Uncategorized

Trans-Siberian Railway Trip Mungkin Bukan Untuk Anda

© 2015 Wazari Wazir | Train Stop In The Middle of Siberia

© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway | Train 004 | Trans-Mongolian | Irkutsk Russia

Trans-Siberian Railway Trip mungkin tidak sesuai untuk anda. Mengapa? Kepada kaki kembara terutamanya yang meminati pengembaraan dengan menaiki kereta api, Trans-Siberian Railway mungkin menjadi idaman ataupun kemuncak kepada pengalaman mengembara dengan menaiki kereta api. Masakan tidak, trip Trans-Siberian Railway merupakan perjalanan kereta api paling panjang di dunia, iaitu sepanjang 9288KM dari MOSCOW ke VLADIVOSTOK yang mengambil masa antara enam hingga ke tujuh hari bergantung pada jenis kereta api yang kita naiki.

Untuk pengetahuan semua, jarak perjalanan kereta api di Semenanjung Malaysia, bermula dari Stesen Keretapi Johor Bahru Sentral ke Stesen Keretapi Padang Besar hanyalah lebih kurang 848KM sahaja yang mengambil masa lebih kurang 11 jam atau lebih kerana kita perlu buat pertukaran di Gemas atau Tampin sebelum meneruskan lagi perjalanan seterusnya ke Padang Besar dengan ETS.

“I like trains. I like their rhythm, and I like the freedom of being suspended between two places, all anxieties of purpose taken care of: for this moment I know where I am going.” 
 –Anna Funder

© World Map | Size Comparison Between Russia and The Rest of The World

Russia adalah merupakan sebuah negara yang paling besar di dunia, dan tidak hairanlah jika perjalanan berkereta api di Russia mengambil masa berhari-hari, tetapi kenapa saya katakan Trans-Siberian Railway mungkin tidak sesuai untuk anda? Cuba perhatikan bulatan hitam di dalam peta dunia di atas.

Bulatan hitam tersebut adalah sebahagian daripada Europe, iaitu Western Europe, sebahagian Eastern Europe dan juga negara-negara Balkan. Untuk trip selama lebih kurang tiga minggu di Russia dengan mengambil kira jarak perjalanan yang panjang, kita boleh melawat lebih sepuluh negara di Europe seperti Perancis, Italy, German, Switzerland, Sweden, Poland, Bosnia Herzegovina, Portugal, Austria, Czech, Belgium dan mungkin juga hingga ke Istanbul di Turkey.

Trans-Siberian trip untuk tempoh perjalanan selama tiga minggu, boleh menelan kos sebanyak antara RM5K hingga 7K, ini adalah bajet style backpacker bukan melalui mana-mana travel agency dan sekiranya kita mengambil pakej Trans-Siberia dari mana-mana travel agency, amat payah untuk kita dapat kos di bawah RM10K, rata-ratanya adalah RM10K ke atas termasuk flight tiket, penginapan, makan minum dan sightseeing.

Jadi perbelanjaan antara RM5K hingga RM7K (backpackers Style) adalah agak tinggi untuk kebanyakan backpackers. Persoalannya apakah berbaloi atau tidak dengan jumlah belanja yang dikeluarkan. Untuk jumlah tersebut kita boleh gunakan untuk melaksanakan Ibadah Umrah (kepada yang belum melaksanakannya) dan untuk jumlah sebanyak itu kita mungkin boleh lakukan trip ke beberapa buah negara di Eropah, berbanding hanya sebuah negara iaitu Russia.

© 2015 Wazari Wazir | View Along Trans-Siberian Railway | Siberian Village

Kita perlu jujur dengan diri sendiri, apa yang ingin kita cari dalam pengembaraan kita, apakah kita terpengaruh dengan rakan-rakan atau Trans-Siberian Railway sememangnya idaman kita untuk sekian lamanya, seperti saya, sejak zaman bujang lagi.

Sekiranya kita belum pernah melakukan trip berkereta api untuk tempoh yang agak panjang, saya cadangkan, apa kata, kita cuba dahulu trip di dalam Malaysia, naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar ataupun naik keretapi Ekpress Rakyat Timuran dari Johor Bahru Sentral ke Tumpat Kelantan (17/18 Jam) atau dari Gemas ke Tumpat.

Ataupun mungkin kita boleh cuba trip berkereta api dari Padang Besar ke Bangkok (lebih kurang 17 Jam) atau cuba trip TRANS_JAVA , dari Jakarta ke Surabaya di Indonesia yang memakan masa antara 12 hingga 13 jam.

Kenapa saya kata cuba dulu? Untuk mengetahui sama ada kita akan rasa enjoy ataupun bosan dengan perjalanan yang panjang ini yang memakan masa kurang 24 jam berbanding trip Trans-Siberian Railway yang memakan masa berhari-hari. Trip paling lama saya dalam keretapi di Russia ialah selama 3 hari di dalam kereta api, iaitu perjalanan dari Kazan ke Irkutsk.

© 2015 Wazari Wazir | A Walk in The Woods by Bill Bryson, My Traveling Companion Book

© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway | My Writing Journal


“I never travel without my diary. One should always have something sensational to read in the train.”

– Oscar Wilde –

Trans-Siberian Railway ini terkenal bukan kerana pemandangan indah sepanjang perjalan kereta api ini, ianya terkenal kerana merupakan perjalanan berkereta api paling jauh di dunia di dalam sebuah negara. Setelah melakukan trip ini, saya mengakui pemandangan sepanjang laluan kereta api ini bukanlah sesuatu yang menarik untuk diceritakan ataupun untuk difotografikan.

Bagi saya trip perjalanan kereta api antara Jakarta ke Bandung ataupun dari Bandung ke Yogyakarta dan ke Surabaya lebih cantik lagi pemandangannya yang mana ada masanya kita akan diapit oleh pemandangan sawah padi luas terbentang dan perkampungan yang menarik berbanding kawasan tundra di Russia yang luas terbentang.

Sekali lagi saya katakan , Trans-Siberian Railway bukan terkenal kerana pemandangan indah sepanjang laluannya. Sekiranya itu yang anda harapkan, anda akan kecewa dan akan habiskan banyak masa dengan tidur sahaja dalam kereta api ini.

Lebih baik anda naik kapal terbang untuk ke mana-mana destinasi di Russia daripada membuang masa dengan tidur sahaja. Trans-Siberian Railway terkenal kerana ianya merupakan perjalanan kerata api paling lama dan jauh di dunia (9288KM | Moscow – Vladivostok).

Sekiranya kita harapkan pemandangan yang menarik dengan berkereta api, saya cadangkan anda cuba trip berkereta api di Europe, antaranya ialah.

  1. West Highland Line di Scotland. Perjalanan sejauh 264KM merentasi bandar-bandar ataupun pekan-pekan kecil di Britain dan merasai pengalaman melalui “Harry Porter Bridge” iaitu Glenfinnan Viaduct yang digunakan oleh Hogwarst Express.
  2. Bernina Express, Switzerland. Laluan kereta api ini adalah salah satu daripada Unesco World Heritage Site, perjalanan hanya mengambil masa selama lebih kurang 4 jam untuk jarak perjalanan sejauh 144KM melalui kawasan pergunungan yang cantik di Switzerland. (Switzerland ni memang sebuah negara kecil yang cantik, tidak boleh dipertikaikan lagi).
  3. Le Train Jaune, France. Laluan kereta api ini juga melaui kawasan pergunungan yang indah di Perancis, iaitu merentasi Banjaran Pyrenees (French Pyrenees).
  4. Rhine Valley, Germany. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 50 minit melaui kawasan Sungai Rhine.
  5. Trenino Verde Della Sardegna, Italy. Kereta api kecil yang melaui Bandar Mandas ke Arbatax yang mempunyai pemandangan yang menarik, juga melalui kawasan pergunungan.
  6. Bar to Bergrade, Montenegro – Serbia. Merentasi Bosnia Herzegovina.
  7. Rauma Line, Norway. Lebih kurang 115KM antara Andalsnes melalui Sungai Rauma, juga kawasan pergunungan.
  8. Glacier Express, Switzerland. Express Train yang paling perlahan, melalui perjalanan sejauh 290KM selama 7 jam antara Zermat ke St Moritz. Train ini ada tingkap yang luas untuk kita menikmati pemandangan pergunungan Alps.
  9. Arlberg Line, Austria. Melalui perkampung indah di Tirol. 2 jam perjalanan antara Innsbruck ke Bludenz.
  10. Inlandsbanan, Sweden. 14 jam perjalanan sejauh 1300KM melalui kawasan terpencil Swedish bermula dari Kristinehamn di selatan menuju ke Gallivare di utara Arctic Circle.

© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway | Train 004 | Trans-Mongolian | Irkutsk Russia

Highlight Trip Trans-Siberian Railway bukanlah untuk menikmati pemandangan indah di sepanjang laluan kereta api ini, tetapi highlight ataupun mengapa sesetengah pengembara memilih untuk melakukan perjalanan ini ialah untuk merasa pengalaman berhari-hari di dalam kereta api. Apa rasanya dan bagaimanakah keadaan suasana sepanjang perjalanan berhari-hari ini.

Trip kereta api di Western Europe seperti yang saya listkan di atas mungkin sesuai untuk pelancong yang ingin bersiar-siar, kerana pada pandangan saya penduduk di sana kalau untuk ke sana sini, lebih baik menaiki kereta sendiri berbanding kereta api, kerana kebanyakan negara di sebelah Western Europe terutamanya, tidak berapa besar. Sekiranya kita memandu seharian di sana, mungkin kita boleh melewati beberapa buah negara berbanding di Russia.

© 2015 Wazari Wazir | Life on Board of Trans-Siberian Railway Journey | Family With Small Children
© 2015 Wazari Wazir | Inside Platzkart Train Compartment

© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway | Irkutsk Russia

Tujuan saya menulis ini ialah supaya anda tidak terpengaruh dengan cerita-cerita rakan-rakan kembara yang telah melakukan trip ini. Mungkin mereka enjoy seperti saya, mungkin anda tidak. Kalau trip ini percuma, mungkin anda tak perlu fikir panjang, tetapi sekiranya anda telah menyimpan wang yang banyak untuk trip ini, lebih baik fikir kembali dan bukannya travel ikut-ikutan, hanya kerana hasutan kawan-kawan, kita pun terpengaruh, akhirnya rasa bosan dan menyesal sebab “Indah khabar dari rupa.


© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway | Train 004 | Trans-Mongolian | Irkutsk Russia

© 2015 Wazari Wazir | Watching Movies on The Laptop

Ada dikalangan peminat fotografi bertanyakan kepada saya tentang trip ini, nak ikut katanya, nanti kalau nak pergi lagi bagitau katanya. Hmmmmm, susah nak cakap. Bila tengok gambar-gambar yang mereka rakam, kebanyakannya gambar-gambar “cantik.”

Gambar pemandangan alam, gunung ganang, sungai dan air terjun, gambar bangunan-bangunan pencakar langit, gambar “cute and lovely” eye candy orang kata. Negara yang mereka pernah pergi New Zealand, Austria, Iceland, Prague, Norway, lepas tu tiba-tiba nak try Trans-Siberian Railway. Saya takut mereka akan pulang dengan kehampaan sahaja sebab tiada gambar-gambar “Cantik” untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan.

Saya ada berpesan kepada kawan-kawan saya yang minat fotografi, kalau ingin ke Russia, contoh kalau ingin ke Lake Baikal sahaja, tak perlu rasanya habiskan masa berhari-hari di dalam kereta api.

Kalau kita dari Malaysia, boleh ambil flight ke Bangkok dan dari Bangkok ada Flight direct ke Irkutsk. Pesawat S7 Airlines (Siberia Airlines) boleh menerbangkan kita terus ke Irkutsk dengan penerbangan selama lebih kurang 6 jam dari Bangkok. Selepas itu kita boleh ambil bas atau kenderaan lain untuk ke Tasik Baikal.

Sekiranya kita minat dengan Citycsape, mungkin Hong Kong, Beijing, Singapore, ataupun bandar-bandar lama di Western Europe lebih menarik atau lebih photogenic untuk di potretkan. Sebab itu tak ramai di kalangan kawan-kawan saya yang meminati photography pernah buat outing di Russia. Ada kawan saya yang pernah ke New Zealand, Czech, Iceland, Norway, Switzerland berkali-kali, macam rumah kedua pun ada tapi sekalipun tidak pernah ke Russia, sebab apa? Tanyalah mereka sendiri.

Selain dari Tasik Baikal, antara lokasi tumpuan Photographer seluruh dunia ialah di Kamchatka Peninsula, tetapi agak jauh dan remote untuk sampai, sebaiknya secara berkumpulan untuk menjimatkan kos. Kamchatka terletak di tanah besar Russia, kawasan di sini dah macam Alaska juga, cuma ianya dipisahkan dari Alaska oleh Laut Bering.

Sebut saja Alaska, kita dah boleh bayangkan bagaimana cantiknya kawasan tersebut. Cantik dengan alam semulajadi yang masih terpelihara. Alaska dahulunya adalah sebahagian dari Russia, cuma ianya telah dijual kepada Amerika.


© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway | Train 004 | Trans-Mongolian | Irkutsk Russia


© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway | Train 004 | Trans-Mongolian | Irkutsk Russia

© 2015 Wazari Wazir | Street Vendor Selling Smoked Omul Fish From Lake Baikal
© 2015 Wazari Wazir | Street Vendor Selling Smoked Omul Fish From Lake Baikal

© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway | Train 004 | Trans-Mongolian | Irkutsk Russia

Sembang macam tak nak kengkawan pi Russia je.” Bukan macam tu, saya tak nak kawan-kawan menyesal, tak nak nanti bila balik, rasa menyesal pulak, duit yang dihabiskan bukan sedikit, kalau setakat RM500/600 mungkin okey lagi, walaupun RM500/600 tu boleh tahan banyak juga, bayangkan pula RM5000/7000.

Jadi kepada yang bertanya kepada saya, best ke? Jawapan saya BEST la, sebab memang saya minat. Bagi saya “Pemandangan” yang paling indah sepanjang trip Trans-Siberian ini ialah di dalam kereta api itu sendiri dan juga di hentian-hentian di mana kereta api ini berhenti.

Boleh dikatakan sebahagian besar pengguna Trans-Siberian Railway ini ialah penduduk tempatan untuk berulang alik dengan pelbagai urusan ke daerah-daerah atau kampung mereka yang jauh di pedalaman.

Saya seronok melihat gelagat penumpang, terutamanya yang berkeluarga, yang mebawa anak-anak kecil bagaimana mereka melayan karenah anak-anak mereka. Sesekali terlihat warga tua bermain catur, bermain teka silangkata sesama mereka.

Gerabak kereta api ini dah jadi seperti rumah sementara mereka untuk tempoh beberapa hari. Kebiasaannya para penumpang akan membawa sejumlah besar makanan bersama mereka bergantung kepada berapa lama mereka akan berada di dalam kereta api. Ada yang bawa satu papan telur ayam pun ada, untuk mereka makan dalam kereta api nanti.

Kereta Api ini ada menyediakan “Dining Car” ataupun gerabak khas yang dijadikan restoran, di mana kita boleh memesan makanan di sana. Tetapi kebanyakan penumpang jarang ke sana, sebab malas hendak melalui beberapa gerabak untuk ke Dining Car tersebut dan makanan di sana agak mahal. Jadi kebanyakan penumpang akan membawa stok makanan sendiri.

Untuk pengetahuan pembaca, di setiap gerabak kereta api ada disediakan “Samovar” iaitu sumber air panas yang mendidih secara percuma sepanjang perjalanan, jadi kita boleh masak apa sahaja yang sesuai dengan air panas tersebut. Nak rebus telur, nak masak mee segera, buat kopi, teh, makan oat dan macam-macam lagi.

Sekiranya kita keputusan bekalan makanan di dalam train ini, mungkin sebab terlebih makan, jangan bimbang, di dalam kereta api ini juga ada orang yang menjual pelbagai jenis makanan kepada kita dari satu gerabak ke satu gerabak, pilih sahaja yang mana berkenan dan diyakini halal. Kebiasaanya setiap awal pagi akan ada orang yang membawa pelbagai jenis makanan untuk kita beli, tunggu sahaja di tempat duduk kita atau di katil kita.

Dan boleh dikatakan hampir di setiap hentian di mana kereta api ini berhenti ada kiosk kecil yang menjual pelbagai makanan untuk kita beli, sekiranya kita keputusan bekalan makanan ataupun ingin mencari makanan lain dari apa yang boleh kita beli di dalam kereta api ini.

© 2015 Wazari Wazir | It’s Sold Outside
© 2015 Wazari Wazir | View Along Trans-Siberian Railway

© 2015 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway

© 2015 Wazari Wazir | With Student From Buryatia
© 2015 Wazari Wazir | With University Student From Buryatia
© 2015 Wazari Wazir | With The Man From North Korea
© 2015 Wazari Wazir | Peking – Ulaan Baatar-Moscow

Dipendekkan cerita, saya tidak pernah merasa bosan sepanjang perjalanan ini. Penumpang sering bertukar ganti, ada yang hanya naik untuk perjalanan singkat dan ada yang naik untuk perjalanan yang berhari-hari, seperti pelajar-pelajar berbangsa Buryat dari Universiti di Yekaterinburg. Mereka naik dari Stesen Yekaterinburg dan akan turun di Ulan Ude, manakala saya pula turun di Irkutsk. Maksudnya, bila saya turun mereka tidak turun tetapi meneruskan lagi perjalanan ke Ulan-Ude, manakala saya pula turun di Irkutsk.

Saya banyak habiskan masa bersembang dengan mereka, kadang-kadang guna bahasa ayam itik, kadang-kadang guna Bahasa Inggeris, walaupun tak berapa lancar, tetapi bolehlah untuk berbual-bual.

Gambar dengan pelajar tersebut dirakam guna kamera smartphone sahaja dan bukan saya yang minta di rakam gambar tetapi student tersebut yang ambil smartphone saya dan beri kepada penumpang dari Istanbul yang berada di hadapan saya, dan beliaulah yang merakam gambar di atas.

Di hadapan saya, iaitu katil di hadapan saya diduduki oleh sepasang suami isteri dari Turkey dan Isterinya orang Russia iaitu dari Krasnoyarsk. Sempat juga bersembang dan saya tunjukkan gambar-gambar di smartphone saya semasa saya di Istanbul. Mereka juga ada menjemput saya ke Krasnoyarsk, sebab kata mereka, Krasnoyarsk sebuah tempat yang cantik. Balik Malaysia saya google, memang betul, Krasnoyarsk merupakan salah sebuat tempat yang menarik untuk dikunjungi di Russia.

Selain bersembang ayam itik dengan warga Trans-Siberian Railway, ada masanya bila compartment saya kosong sebab ramai penumpang keluar, saya membaca buku dan menulis catatan di diari.


Ada satu ketika, satu malam, gerabak saya dipenuhi oleh anak-anak muda beruniform, nampak macam pakaian tentera, cuma saya tak pasti mungkin kadet agaknya, Tapi situasi tersebut macam dalam adegan di dalam filem.

Bukan apa, bila kereta api berhenti di satu hentian, saya tak ingat hentian di mana, kerana sudah lewat malam, saya nampak ada anggota keluarga yang menyambut kepulangan mereka, dari tingkap kereta api, walaupun samar-samar, jelas kelihatan raut ceria anggota keluarga mereka memeluk erat mereka, tak kurang juga nampak kelibat beberapa orang gadis yang menyambut kepulangan mereka.

Mungkin mereka baru tamat latihan, ataupun ada tugasan di mana-mana untuk tempoh yang agak lama. Ada yang bawa jambangan bunga, bawa placard dan macam-macam lagi.

Bagi saya yang menariknya Trip Trans-Siberian Railway ini, bukan terletak kepada pemandangan sepanjang perjalanan laluan kereta api ini tetapi kepada “Indahnya Pengalaman” yang tercipta. Pengalaman yang tidak boleh dirakam oleh kamera, pengalaman yang kalaupun diceritakan, mungkin tidak akan sampai kepada yang mendengarnya. Pengalaman yang akan dikenang sampai bila-bila.

Saya tak menyesal, berhabis duit untuk sebuah “Pengalaman” dan pulang tanpa “gambar.” Pulang tanpa gambar yang sesuai dijadikan hiasan dinding, gambar yang sesuai dijadikan kalendar, gambar yang mempunyai nilai jualan yang tinggi di stockphoto. Gambar”Wow, Syantek, Hebat, Mabeles, Osam, Osom” dan macam-macam lagi tetapi itu semua tak penting bagi saya. Yang penting saya puas hati, yang penting saya happy dengan pengembaraan ini.


Jadi kesimpulannya kita kena tahu apa tujuan dan matlamat kita, dan kita kena tahu apa yang kita cari. Kalau nak dapatkan gambar yang cantik-cantik, “Eye Candy” menghiasi Instagram kita. Trans-Siberian Railway bukanlah perjalanan yang berbaloi, tetapi kalau kita inginkan sebuah pengalaman yang akan kita kenang sampai bila-bila, Trans-Siberian Railway mungkin sesuai untuk kita.

Kalau ada kawan-kawan yang merasa bosan naik ETS selama lima, enam jam menuju ke utara tanah air dari Kuala Lumpur ataupun 17/18 jam naik kereta apai Ekpress Rakyat Timuran dari Johor Bahru Sentral ke Tumpat Kelantan, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan berhari-hari di dalam kereta api di Russia.

© 2015 Wazari Wazir | My Travel Companion From North Korea


Ada banyak lagi “Pengalaman Indah” yang hendak saya ceritakan, tapi mungkin anda bosan mendengarnya, tetapi secara peribadi, pengalaman sewaktu bersama penumpang-penumpang dari North Korea selama lebih kurang 31 jam, yang menaiki kereta api dari Stesen Ulaan Bator Mongolia menuju ke Beijing China, merupakan pengalaman paling manis buat diri saya, walaupun wajah mereka tidak semanis pelajar-pelajar dari Yekaterinburg itu.

Pengalaman bersama mereka sangat berharga. Saya masih tercari-cari ayat yang sesuai untuk menceritakan kisah bersama mereka, bukan “ayat-ayat cinta” yer.

Sekiranya ada yang bertanya, nak buat lagi ke Trip Trans-Siberian ni, dah serik ke? Sudah tentu saya nak buat lagi, kalau boleh 2,3 kali lagi dan saya nak cuba. Kalau boleh nak naik dari Moscow ke Vladivostok tanpa keluar bermalam di mana-mana, maksudnya, saya nak lakukan perjalanan terus sejauh 9288KM selama 6 atau 7 hari ke Vladivostok.

Saya nak ronda-ronda di dalam kereta api ini dari satu gerabak ke satu gerabak, dari satu compartment ke satu compartment dan cuba sedaya boleh nak rakam aktiviti yang dilakukan oleh penumpang-penumpang di dalamnya. Mungkin ada yang sudi dirakam gambarnya, mungkin ada yang tak sudi tetapi itu semua cabaran untuk diri saya.

Sebab apa? Sebab saya ada terbaca yang Kerajaan Russia akan cuba tamatkan 3rd Class train atau Platzkart ini secara berperingkat dan akan digantikan dengan gerabak yang lebih moden dan pantas. Sama seperti tamatnya riwayat KTM Ekpress Rakyat di Pantai Barat Semenanjung yang kini hanya tinggal sejarah, kerana telah digantikan dengan ETS.

Di Semenajung yang tinggal kini hanya Ekpress Rakyat Timuran ERT, yang masih ada sleeper berth, laluan Johor Bahru ke Tumpat Kelantan, yang mugkin juga akan digantikan dengan ETS, sedikit masa lagi.

*Sengaja saya kongsikan gambar-gambar dalam bentuk hitam putih di sini selain gambar Peta Dunia yang berwarna. Sekiranya para sahabat handai sekalian mampu melihat warna-warna melalui paparan gambar-gambar black and white ini, maka Trip Trans-Siberian Railway mungkin sesuai untuk anda, tetapi sekiranya anda gagal melihat warna-warna disebalik gambar-gambar ini yang nampak dull, boring, bosan, monotone, tahniah, anda telah berjaya menyelamatkan wang anda.

*Kepada rakan-rakan yang ingin melihat atau merasa bagaimana keadaan di dalam keretapi ini, mungkin boleh lihat Film TRANSSIBERIAN ini. Filem tahun 2008 ini diarahkan oleh Brad Anderson dan dilakonkan oleh watak utamanya, Woody Harrelson dan Emily Mortimer, cuma jangan terpengaruh la dengan jenayah di dalam keretapi ini. Itu hanya lakonan sahaja.

Traveling Trans-Siberian Railway Alone

Ikuti juga kisah pengalaman Kembara Solo Trans-Siberian saya di The VOCKET

***Kepada yang berminat hendak membaca secebis pengalaman saya semasa di Rusia, boleh dapatkan buku Travelog 7  Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…

Travelog 7 Benua

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.