» Wazari Wazir Photographer Blog, Malaysian Photographer

Bersama Barisan Penulis Buku Kompilasi Travelog 7 Benua | PBAKL 2016 MAEPS

© 2016 Wazari Wazir | (Kiri) Wazari Wazir, Moji, Prof Dr. Nordin Yahaya, Meor Farid Asyrady, Rafiee Ghani, Badrul Hisham, Siti Noridah, Ida Yunus

Syukur Alhamdulillah dapat juga kami semua barisan penulis Buku Kompilasi Travelog 7 Benua, yang menyumbangkan sekelumit kisah perjalanan kami di negara orang berkumpul di hari terakhir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  di MAEPS Serdang.

Sewaktu bergambar ni, dah banyak booth atau reruai ditutup, ada yang dah ditutup sejak pukul 5:30 PM Lagi. Reruai Kaki Buku A3051 antara reruia terakhir yang ditutup, ini bagi memberi peluang pemina buku travelog hadir ke reruai ini untuk bertemu dengan penulis buku Travelog 7 Benua, jiran-jiran reruai kami dah lama sampai ke rumah mungkin, sedangkan kami masih lagi sibuk melayan peminat buku travelog dan menandatangani buku-buku yang telah dibeli oleh orang ramai.

Penulis buku yang terakhir tiba ialah Prof Dr. Nordin Yahaya kerana dikhabarkan beliau dari Lisbon Portugal dan flight beliau delay semasa transit di Doha Qatar. Alhamdulillah dapat juga sampai sebelum Maghrib, keadaan dah panas waktu ini sebab aircond pun dah tiada, lampu pun dah macam lampu disko, sekejap ada sekejap tak ada, maklumlah dah tutup kedai.

Bukan senang sebenarnya untuk kami berkumpul macam ni, kebanyakan dari kami sibuk dengan urusan kerja dan juga sibuk dengan kembara sana sini, hari ini mungkin kami di sini, esok lusa atau minggu depan mungkin ada yang dah ke Afghanistan atau ke Siberia lagi, tak siapa tahu. Traveler mana reti duduk diam.

Seperti kata penulis buku terkenal  Bruce Chatwin “Man’s Real Home is Not a House, But the Road” mungkin juga kata-kata tersebut boleh diguna pakai untuk sesetengah wanita yang hanya jadikan rumah mereka sebagai hotel persinggahan sementara sahaja sebelum terus berkelana di diunia ini.

Kepada yang masih berminat untuk mendapatkan buku Kompilasi Travelog 7 Benua ini jangan bimbang, walaupun pesta buku telah berakhir, kami penulis buku 7 Benua masing-masing ada menyimpan stok buku sendiri untuk dijual kepada sesiapa yang masih berminat. Adik kakak, kawan-kawan boleh beli dari mana-mana penulis yang anda minati, boleh hubungi mereka melalui pelbagai medium sosial media, baik melalui facebook, twitter atau blog masing-masing kalau ada.

Untuk pengetahuan semua, kepada yang tidak perasan, ini adalah perkongsian ataupun kompilasi cerita-cerita kembara “VOL. 1” InsyaAllah akan ada lagi Volume seterusnya, mungkin berkaitan gunung ganang, campervan, travel photography, mungkin akan melibatkan penulis-penulis yang lain pula, tidak semestinya penulis yang sama. Kiranya buku ini akan dijadikan medium atau perantara untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi kisah-kisah pengembaraan mereka melalui buku.

Tidak dinafikan ini bukanlah sebuah buku yang sempurna, mana mungkin mampu memuaskan hati semua orang, mungkin juga tidak seperti diharapkan, kami terima semua kritikan untuk penambahbaikan di masa akan datang. Di Malaysia ni belum banyak lagi buku-buku yang menghimpunkan kisah-kisan perjalanan sang pengembara, in fact, buku-buku tentang travelog pun agak sukar kita temui, yang ada mungkin dari sasterawan negara yang pernah berkunjung ke luar negara ataupun kisah mereka mengembara di bumi Malaysia ini sendiri dan dengan gaya bahasa yang agak tinggi, mungkin sukar untuk dihadam oleh kebanyakan orang.

Buku ini ditulis mengikut gaya bahasa penulis itu sendiri, berdasarkan pengalaman serta latar belakang yang berbeza-beza dengan peringkat umur yang berbeza-beza. Saya sendiri tidak puas membaca coretan kawan-kawan kerana ceritanya tidak panjang. Mungkin di masa akan datang boleh kami panjangkan lagi cerita secara lebih mendalam ataupun kita boleh tambah jumlah penulis lagi.

Kalau hendak diikutkan buku ini lebih kepada memberi pendedahan kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia kembara agar mereka tahu bukan semuanya indah-indah dalam sesuatu perjalalan itu. Banyak kisah suka duka yang perlu diharungi terutamanya sekiranya kita berkelana sendirian, diharapkan buku ini akan mampu memberi inspirasi ataupun semangat buat sesiapa sahaja di luar sana untuk keluar melihat negara orang sekiranya berkemampuan baik dari segi masa, kewangan dan juga masih bertenaga.

Berkelanan secara backpacking bukan hanya boleh dilakukan oleh golongan anak muda sahaja, mereka yang sudah berusia boleh juga melakukannya. Cuma kita terutamanya bangsa kita, bangsa Melayu lah senang cerita bila sudah meniti usia lewat 50an, sudah jarang melakukan aktiviti seperti ini walaupun mungkin di usia muda mereka sering ke sana sini. Berbeza dengan warga dari negara luar, bukan sesuatu yang asing untuk melihat mereka-mereka yang sudah berstatus “Atuk” lewat usia 50an, 60an, 70an masih lagi membawa backpack ke hulu hilir walaupun sudah bercucu.

Apapun minat masing-masing, dan sebagai manusia kita punya tanggungjawab serta priority atau keutamaan dalam kehidupan yang pelbagai, yang penting kita bahagia dengan pilihan hidup kita.

Baiklah, kepada sesiapa yang masih berminat untuk membeli buku Kompilasi Travelog 7 Benuai boleh beli dengan cara di bawah ini :

Buku terbaru Travel Planet “Kompilasi Travelog – 7 Benua” Vol.1. Buku setebal 210 muka surat bergambar & kisah pengembaraan peribadi setiap penulis. Terbitan MyTravelog MT.

Harga Seluruh Malaysia : RM25.00 (COD) | RM31 Termasuk Pos di Semenanjung  | RM36 Sabah/Sarawak (Termasuk Pos)
Luar Malaysia : USD8.00

Kos Penghantaran Poslaju:
RM6.00 (Semenanjung Malaysia)
RM11.00 (Sabah & Sarawak)

Mohon maaf,untuk sementara waktu,penghantaran ke luar Malaysia tidak dapat dilakukan. Coming Soon.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun dibawah ::

MAYBANK
No. Akaun : 114160023734
Nama : Mohd Wazari bin Wazir.
Payment Details (online) : Buku #‎7Benua

No Tel Saya / Whatsapp : 0122812753

Email Saya : wazariwazir@yahoo.com

Setelah pembayaran dibuat, sila PM kedalam INBOX Facebook saya Wazari  dan lampirkan bukti pembayaran / slip pembayaran bersama maklumat anda mengikut format dibawah ::

Nama ::
Alamat ::
Nombor Telefon / Email ::
Jumlah Buku ::

Proses penghantaran akan dilakukan  secara berperingkat. Saya akan respond setiap message anda yang masuk kedalam INBOX saya secepat mungkin. Mohon maaf jika ambil sedikit masa untuk respond semua message anda.

Lapan Pengembara Berkongsi Cerita, Dalam Buku Kompilasi Travelog 7 Benua » - […] *Artikel Berkaitan : Bersama Barisan Penulis Buku Travelog 7 Benua […]

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*