Adventure,  Life,  Travel

Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan

© 2018 Wazari Wazir | Pemandangan Di Cemoro Lawang Bromo
© 2018 Wazari Wazir | Pemandangan Dari Laluan Bandung Ke Yogyakarta
© 2018 Wazari Wazir | Pemandangan Dari Laluan Bandung Ke Yogyakarta
© 2018 Wazari Wazir | Pemandangan Dari Laluan Bandung Ke Yogyakarta
© 2018 Wazari Wazir | Pemandangan Dari Laluan Bandung Ke Yogyakarta
© 2018 Wazari Wazir | Tiba Di Stesen kereta Api Yogyakarta
© 2018 Wazari Wazir | Pemandangan Di Cemoro Lawang | Bromo
© 2018 Wazari Wazir | Pemandangan Di Cemoro Lawang | Bromo

Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup.

Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari.

Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api melintasi kampung-kampung kecil setidak-tidaknya saya dapat melihat kehidupan di sana, paling tidak pun kehidupan sepanjang laluan kereta api ini.

Bagi saya perjalanan berkereta api ini hanyalah sebagai pembuka mata sahaja, insyaAllah jika ada kelapangan saya akan spend lebih masa di satu-satu tempat. Saya cuma sempat bermalam di beberapa kawasan sahaja iaitu di Bandung, Yogyakarta, Bromo, Bali, Surabaya dan juga Banyuwangi. Pulau Jawa ini sangat besar untuk dijelajahi dalam masa seminggu dua, hatta setahun dua pun belum tentu kita mampu menjelajah setiap corong dan lorong.

Terbaca juga di media sosial, orang mengkritik atau mengutuk sesuatu tempat, mengatakan kawasan tersebut penuh scam, penuh penipuan, penuh dengan sisi gelap yang ramai orang tak tahu sehingga berasa serik untuk ke sana lagi. Terpulang masing-masing, sekiranya kita berkelana ke negeri orang dengan hasrat untuk bersenang lenang, dengan hasrat untuk bercuti, dengan hasrat untuk dibelai manja sudah tentunya gangguan-gangguan tersebut amat menyakitkan hati,

Tetapi sekiranya kita ke negara orang dengan hasrat untuk menimba pengalaman baru, insyaAllah semua dugaan serta cabaran tersebut akan kita hadapi dengan hati terbuka, ianya adalah pakej yang datang sekali dalam sebuah perjalanan. Ini bukan pula bermakna kita seronok ditipu orang, tidak sama sekali, pengembara yang bijak sudah tentunya membuat persediaan rapi, sudah tentunya banyak homework yang dilakukan sebelum ke negara orang, sudah ditimbangkan Pros and Cons kehidupan di satu-satu tempat, segala scams, penipuan, tipu daya telah sedia diambil maklum.

Seperti kata orang dahulu, jangan keluar mengembara kalau ilmu belum cukup di dada. Ilmu ini pun subjektif juga, satu ketika dahulu, apa yng dimaksudkan dengan ilmu mungkin ilmu keagamaan, ilmu seni mempertahankan diri agar selamat di negeri orang. Cuma di zaman internet atau zaman cyber ini, ilmu yang diperlukan oleh seseorang sebelum berkelana sudah tentu berbeza dengan ilmu yang diperlukan oleh pengembara 100 tahun yang lalu.

Pengembara zaman ini perlu lengkapkan diri dengan “Survival Skill” baik survival skill di tengah-tengah kota mega, ataupun di tengah-tengah hutan rimba. Ilmu navigasi, ilmu mengelakkan supaya tidak ditipu daya, ilmu supaya tidak sesat, kemahiran menggunakan teknologi dalam membanu memudahkan perjalanan kita, ilmu berinteraksi dengan orang sekeliling, ilmu atau maklumat untuk menggunakan pengangkutan awam, itu ini dan macam-macam lagi.

Dipendekkan cerita, kita kena well prepared. Kecuali kita berkelana dengan mengambil pakej-pekej pelancongan yang mana semuanya diuruskan oleh pihak agency, maka pergerakan kita akan mudah dan kebarangkalian untuk kita ditipu mungkin berkurangan sebabnya yang mengikuti pakej pelancongan ini bergerak dalam satu kumpulan agak ramai, ada sahaja orang yang memantau pergerakan kita dan scammers pun biasanya jarang nak approach orang yang bergerak secara berkumpulan ini.

Di Indonesia pun seperti mana kita sedia maklum,banyak juga scam, penipuan dan tipu daya, yang mana saya juga pernah alami dalam trip ini. Rasanya tak perlu sangat untuk saya ceritakan di sini, saya anggap ianya pengalaman mengajar saya erti hidup. Di Malaysia sendiri pun ramai juga pelancong atau pengembara luar ditipu oleh rakyat tempatan, ditipu oleh pemandu teksi, dirompak, diragut dan sebagainya.

Seperti di Indonesia, walaupun terdapat pelbagai scams di sana, insyaAllah saya tidak akan serik ke sana kerana keindahan Indonesia melebihi kekurangannya. Sama juga seperti di India, yang cukup terkenal dengan scams sana sini, hendak beli tiket kereta api pun kalau tak kena gaya kita akan ditipu, ditipu oleh pemandu Tuk-Tuk dan sebagainya, tetapi itu semua lumrah sebuah perjalanan. Saya sendiri pernah ditipu oleh seorang yang mengaku sebagai Imam yang menjaga Masjid/Surau di Taj Mahal. Tetapi kali ke dua saya ke India, saya dah dapat elakkan ditipu oleh “Imam” yang sama.

Apa yang penting jangan pernah berhenti untuk mengembara menyaksikan keindahan serta kehidupan di dunia ini. Hanya dengan mengembara sana sini kita akan lebih mengenali saudara mara kita baik yang sama agama ataupun berlainan fahaman, kita tidak akan mampu mengenali manusia-manusia lain di dunia luar sana hanya dengan membaca melaui buku-buku, di media sosial ataupun melaui cerita-cerita orang. Kita perlu berinteraksi dengan mereka, lihat dengan mata kepala kita sendiri untuk memahami kehidupan ini.

Artikel Berkaitan : KEMBARA TRANS-JAVA

*Kepada yang berminat hendak dengar secebis pengalaman saya semasa di Russia, boleh dapatkan buku Travelog 7  Benua. Klik pada banner di bawah ini untuk maklumat lanjut…

Travelog 7 Benua

 

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.