-
NAGALAND | Dunia Yang Tersembunyi
“I travel because seeing photos in brochures wasn’t good enough for me. It was to be there, that was everything” – Wiremu Ratcliffe – Nagaland, tidak seperti Iceland, England, New Zealand, Poland, Thailand dan juga Switzerland. Nagaland bukanlah sebuah negara tetapi adalah sebuah negeri yang terdapat di dalam negara India yang mana mempunyai 29 buah negeri secara keseluruhannya. Namun demikian Nagaland, bunyinya seperti sebuah tempat misteri ataupun mystical land. Saya tak bercadang nak menghuraikan tentang asal usul Nagaland, tetapi secara ringkasnya, Nagaland adalah tanah milik ataupun tanah (land) yang dihuni oleh Nagas, yang merujuk kepada beberapa suku kaum yang menghuni di kawasan atau negeri ini. Untuk memudahkan kita mengetahui di mana kedudukan…
-
Tidak Lengkap Kembara Ke India Tanpa Merasai Pengalaman Menaiki Kereta Api
Pengalaman Menaiki Kereta Api Di India.
-
Trans-Siberian Railway Trip Mungkin Bukan Untuk Anda
Trans-Siberian Railway Trip mungkin tidak sesuai untuk anda. Mengapa? Kepada kaki kembara terutamanya yang meminati pengembaraan dengan menaiki kereta api, Trans-Siberian Railway mungkin menjadi idaman ataupun kemuncak kepada pengalaman mengembara dengan menaiki kereta api. Masakan tidak, trip Trans-Siberian Railway merupakan perjalanan kereta api paling panjang di dunia, iaitu sepanjang 9288KM dari MOSCOW ke VLADIVOSTOK yang mengambil masa antara enam hingga ke tujuh hari bergantung pada jenis kereta api yang kita naiki. Untuk pengetahuan semua, jarak perjalanan kereta api di Semenanjung Malaysia, bermula dari Stesen Keretapi Johor Bahru Sentral ke Stesen Keretapi Padang Besar hanyalah lebih kurang 848KM sahaja yang mengambil masa lebih kurang 11 jam atau lebih kerana kita perlu…
-
Mengejar “Ghost Train” Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 1
GHOST TRAIN, mengapa saya menggunakan nama “Ghost Train?” Misi sebenar saya bukanlah mengejar Ghost Train, ataupun kereta api hantu, tetapi adalah personel assignment untuk merakam sendiri suasana pelajar-pelajar di Kelantan terutamanya di Daerah Kuala Krai yang menggunakan perkhidmatan kereta api untuk berulang alik ke sekolah. Bila saya dah sampai di Kuala Gris baru saya tahu mengapa mereka menaiki kereta api ke sekolah kerana di Kuala Gris tiada sekolah menengah, yang ada hanya di Dabong. Saya tertarik dengan sebuah gambar yang saya terlihat di internet, saya pun tidak berapa ingat apa yang sebenarnya saya cari pada waktu itu tetapi imej beberapa pelajar sekolah sedang berjalan kaki di landasan kereta api dengan…
-
Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan
Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup. Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari. Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api…