Adventure,  Life,  Photojournalism,  Travel,  Uncategorized

Kembara Trans-Java Indonesia | Bromo

Trans-Java

Trans-Java

Trans-Java

Trans-Java

Trans-Java

Trans-Java

Trans-Java

Trans-Java

Trans-Java

© 2017 Wazari Wazir | Trans-Java Indonesia

Kalau blog ni sebuah rumah, rasanya dah penuh sawang, macam rumah tinggal jer. Ekceli bukan tiada bahan hendak menulis, banyak sangat sampai tak sempat hendak tulis, tambahan lagi dengan kesibukan yang teramat sangat serta kekangan masa free yang semakin terhad hingga blog ini terabai. Rasa macam rugi pulak bayar hosting pasal tidak dimanfaatkan.

Untuk tidak banyak mengomel, saya teruskan cerita, baru-baru ini saya dan rakan sekerja saya Azmi, telah ke Indonesia, plan asal sebenarnya ingin layan Trans-Siberia dari Saint Petersburg hingga ke Vladivostok dan terus ke Beijing tetapi tangguh punya tangguh hingga harga tiket kapal terbang jadi mahal dan proses dapatkan visa Russia dan china makan masa sebab Cuti tahun baharu Cina Februari lepas, saya ambil keputusan layan Trans-Java sahaja.

Sekarang ni dah senang nak booking ticket kereta api Indonesia, ada apps, kita boleh beli tiket secara online dan boleh pilih  jenis kereta api yang kita hendak dan boleh pilih seat sekali. Perjalanan kami bermula di Jakarta, terus ke Bandung, Yogyakarta, Surabaya, Banyuwangi dan juga ke Pulau Bali, cuma untuk post ni saya cerita tentang sedikit pengalaman di Bromo sahaja, sebab kalau nak ceita semua panjang sangat. Boleh beli tiket kereta api Indonesia guna website ni atau download appsnya TIKET

Kalau kita ada duit, maksud saya banyak duit, perjalanan di Indonesia bukanlah susah sangat dan mahal sangat, senang cerita dalam kemampuan kebanyakan backpacker bajet rendah macam saya. Kita boleh ambil pakej terus ke Bromo, dari mula sampai ke airport di Surabaya hingga ke Cemoro Lawang dan terus tour Bromo. Cuma perjalann kami panjang iaitu bermula di Jakarta menaiki kereta api melalui Bandung, Yogyakarta, Surabaya dan kemudian ke Cemoro Lawang.

Sebaik kami tiba di Stesen Kereta Api di Surabaya, kami terus cari Angkot untuk ke Stesen Bas Bungurasih. Tujuan kami sebenarnya ialah untuk ke Probolinggo, dari Probolinggo, kami akan meneruskan perjalanan ke Cemoro Lawang. Mungkin ada yang bertanya kenapa kami tidak menaiki kereta api terus ke Probolinggo, yer, memang ada kereta api dari Surabaya ke Probolinggo tetapi dari hasil pembacaan saya, akan ada sedikit masalah di sana nanti.

Ada “scam” atau sindiket yang akan memerangkap pelancong/backpackers untuk memilih travel agency tertentu membawa mereka ke Gunung Bromo, dan macam-macam masalah lagi yang saya dengar sebaik kita keluar dari Stesen Keretapi Probolinggo. Sebab dari apa yang saya research, cara termudah hendak ke Bromo secara DIY tanpa mengikuti mana-mana travel agency ialah dengan menggunakan khidmad “Bison” sejenis Angkot yang agak besar, sebenarnya sebuah van yang boleh memuatkan 10 hingga 15 orang penumpang ke Bromo, dan lokasi “Bison” ini terletak tidak jauh dari stesen bas Bayuangga, seberang jalan sahaja.

Jadi kami pilih bas, sebab saya dah lukis map dalam notebook dan dah pinpoint mana kedudukan “Bison” tersebut yang memang tak jauh dari stesen bas tersebut. Kami tak nak pening-pening kepala melayan karenah “calo” atau agen-agen travel agency yang akan cuba memaksa kami mengambil pakej-pekej pelancongan mereka.

Sebaik tiba sahaja di Stesen Bungurasih, kami dihampiri oleh beberapa orang ulat tiket atau “calo,” perkara ini memang saya dah jangkakan dan saya memang dah prepare mentally untuk melayan kareanah mereka, “ke mana Pak?” “ke mana Pak?” mereka mengekori sahaja ke mana kami pergi dan apabila pertanyaan tidak dilayan, mereka mula meninggikan sedikit suara seolah-olah memarahi kami.

Saya malas nak ikut mereka sebab, kebiasaanya mereka akan mengenakan harga tiket berkali-kali ganda dari yang sepatutnya, dan dari research saya, sebaiknya terus sahaja ke terminal bas dan cari bas yang akan membawa kita ke destinasi mana yang kita ingin pergi dan terus duduk dalam bas tersebut, tambang kita bayar dalam bas pada konduktor bas.

Saya mencari bas ke Probolinggo dan sebaik nampak terminal yang bertulis “Probolinggo” saya pun ke sana dan bertanya pada seorang pertugas di sana yang memakai pakaian seragam syarikat bas tersebut untuk kepastian destinasi bas tersebut. Bas Ekpress yang kami naik ialah bas “LADJU” tak pasti sama ada ini nama syarikat bas atau apa tetapi itu yang tertulis di badan bas tersebut, nak kata “Laju” sangat tak jugak, kira bolehlah.

Kalau hendak diceritakan secara detail perjalanan dari Surabaya hingga ke Cemoro Lawang Bromo, rasanya boleh buat cerpen ataupun mau makan 10-20 keping kertas A4, tetapi secara ringkasnya, Alhamdulillah lebih kurang 4 jam lebih kami tiba di Stesen Bas Bayuangga Probolinggo.

Belum sempat kami turun, dah ada “calo” atau orang yang bertanya “ke mana Pak?” ” ke Bromo?” “mari pak, sudah ada 8 orang menunggu sana”, katanya. Ada pulak “Ojek” yang menawarkan khidmat mereka ke Bromo, “Ojek” ataupun perhidmatan Teksi Motosikal. Kami terus ikut orang yang menawarkan khidmat Bison tadi, sebab katanya dah ada 8 orang menunggu, dan dalam hati saya berkata, kalau macam tu, tak lama tunggu mungkin terus ke Bromo.

Rupanya kami berdua adalah orang atau group pertama yang sampai dan kami kena tunggu 8 atau 10 orang lagi barulah “Bison” tersebut akan bergerak, kalau hendak gerak cepat kami kena chartered Bison tersebut dengan harga Rp550,000 atau lebih kurang RM183, (harga berubah-ubah). RM183 untuk dua orang bukanlah jumlah yang mahal sangat tetapi kami nak jimat, so kena tunggu orang lagi. Dari apa yang saya baca, kita boleh dapat RP50,000 seorang atau RM16/17 sahaja untuk ke Cemoro Lawang, so banyak duit boleh jimat di situ, kalau kita jenis banyak duit, bayar jer, senang cerita.

Kami bukan tak boleh bayar untuk chartered satu van tetapi saya secara personal ingin merasa pengalaman menunggu “Bison” penuh. Di stesen Bison yang tak lain hanya tempat van-van ini parking ada kedai makan, so saya habiskan masa menunggu sambil makan nasi serta sup, boeh tahan jugak sedapnya.

Tak lama lepas tu ada seorang solo backpacker perempuan dari Germany sampai, lepas tu dua orang lagi backpackers wanita sampai, mereka dari Spain, lepas tu datang 3 orang backpackers dari Indonesia serta seorang backpackers dari Singapore. So total semua termasuk kami berdua 9 orang. Proses menunggu ni sebenarnya makan masa hampir dua jam, dan dua orang gadis dari Spain tu marah-marah masa masuk ke restoran menunggu ni, sebab mereka dah kena tipu sebelumnya, nanti saya sembang lain, kan saya dah beritahu tadi banyak “scam” di Probolinggo ni.

Cukup 9 orang kami pakat-pakat semua setuju bayar RP60,000 seorang, tayar pun golek, Alhamdulillah lebih kurang satu jam lebih perjalanan kami pun selamat sampai ke Cemoro Lawang, kawasan Bison hantar kami ni kira di penghujung Cemoro Lawang, jalan kaki tak sampai 100 meter dah boleh sampai ke tebing Cemoro lawang yang mana kita boleh nampak Gunung Bromo dan Gunung Batur, rasa macam tak percaya pun ada, Alhamdulillah sampai jugak.

Lokasi di mana kami diturunkan oleh Bison tadi ialah kurang 50 meter dari hotel Cemara Indah, tetapi kami tak tinggal di sana, pasal mahal kosnya, kalau you all Goggle Hotel Cemara Indah Cemoro Lawang atau Cemara Indah Bromo, baru you all akan dapat gambaran tepat lokasi kami diturunkan.

Sejam dalam perjalanan dari Stesen Bison ke Cemoro Lawang, saya duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu, sempat sembang dan sempat juga si pemandu atau pak supir promote homestay tertentu atau pakej tertentu, saya cakap, sampai sana nanti cerita.

Panjang lagi nak sembang ni, nantilah saya sambung. Gambar biasa-biasa jer, gambar jalan-jalan sekadar rekod, bukan nak buat stockphoto. Lagipun saya travel bulan February, musim hujan dan kepada yang berminat hendak ke Bromo sebaiknya datang antara penghujung bulan April hingga ke Julai, kalau nak layan Milky Way, make sure you all datang masa awal bulan. Maksud saya awal bulan ni ni ialah masa bukan bulan penuh, masa awal bulan kalendar Islam, atau datang 2,3 hari sebelum awal bulan kalendar Islam, masa tu malam gelap pekat dan sesuai sangat kalau nak layan Milky Way.

Okey, insyaAllah ada masa saya sambung lagi…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.