• Adventure,  Life,  Travel

    Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan

    Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup. Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari. Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api…

  • Adventure,  Art,  Photojournalism,  Travel

    KEMBARA DI MUNCAR BANYUWANGI | INDONESIA

      Mulanya saya nak tulis tajuk Kembara Fotografi di Muncar Banyuwangi, tetapi memandangkan gambar yang dirakam di sini tidak banyak mana, tambahan pula ini memang bukan trip fotografi, jadi saya tukar tajuk. Banyuwangi merupakan destinasi akhir perjalanan Kembara Trans-Java saya sebelum ke Surabaya dan pulang ke Malaysia. Di kalangan pelancong, Banyuwangi kurang popular kecuali untuk mereka yang ingin ke Gunung Raung ataupun untuk ke Kawah Ijen, cuma kawasan perkampungan yng saya kunjusngi ini mungkin lagi kurang dikenali para pelancong, tetapi daerah kampung nelayan Muncar ini cukup terkenal dengan Pesta Petik Laut Banyuwangi. Petik Laut ialah sebuah pesta atu mungkin boleh juga dikatakan sebuah Ritual khususnya buat para Nelayan di Kampung…