• Adventure,  Life,  Travel

    Kembara | Hidup Adalah Satu Perjalanan

    Apa yang kita cari dalam hidup ini mungkin tidak akan pernah sama dengan orang lain, ada yang matlamatnya untuk mengumpul sebanyak-banyak harta dalam hidup, ada pula yang ingin mengumpul sebanyak-banyak ilmu pengetahuan, ada pula yang ingin mengumpul pengalaman hidup. Apa yang kita cari terpulang kepada kita, tiada salahnya pilihan kita asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain dan kepada kita yang beragama Islam, tidak lari atau menyalahi tuntutan agama, maka carilah apa yang kita hendak cari. Gambar-gambar di atas saya rakam semasa trip perjalanan berkereta api Trans-Java merentas kepualaun Jawa menggunakan perkhidmatan kereta api bermula dai Jakarta dan berakhir di Banyuwangi. Hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan, walaupun hanya berkereta api…

  • Adventure,  Art,  Photojournalism,  Travel,  Uncategorized

    TIPS FOTOGRAFI | MENGGUNAKAN LENSA TELEPHOTO UNTUK GAMBAR PEMANDANGAN, LANDSCAPE PHOTOGRAPHY

    Bila kita bercakap tentang gambar pemandangan ataupun landscape photography, lensa yang biasa digunakan adalah wide angle ataupun lensa sudut luas. Sebabnya mudah pemandangan itu adalah sesuatu yang besar, meliputi kawasan yang luas, seluas mata memandang orang kata. Amat jarang kita lihat landscape photographer membawa Lensa 400mm atau 600mm ketika outing, kebiasaanya lensa yang dibawa adalah dalam range atau lingkungan 10mm hinga 35mm. Sebabnya ialah, seboleh-bolehnya seorang landscape photographer ingin memasukkan seberapa banyak elemen ke dalam gambar, contoh gunung ganang yang luas terbentang ataupun padang ragut yang luas dengan ratusan biri-biri atau haiwan liar. Tetapi pernahkah anda melihat gambar di Afrika, iaitu gambar di Safari di mana kelihatan sekawan zirafah yang…

  • Adventure,  Art,  Photojournalism,  Travel

    KEMBARA DI MUNCAR BANYUWANGI | INDONESIA

      Mulanya saya nak tulis tajuk Kembara Fotografi di Muncar Banyuwangi, tetapi memandangkan gambar yang dirakam di sini tidak banyak mana, tambahan pula ini memang bukan trip fotografi, jadi saya tukar tajuk. Banyuwangi merupakan destinasi akhir perjalanan Kembara Trans-Java saya sebelum ke Surabaya dan pulang ke Malaysia. Di kalangan pelancong, Banyuwangi kurang popular kecuali untuk mereka yang ingin ke Gunung Raung ataupun untuk ke Kawah Ijen, cuma kawasan perkampungan yng saya kunjusngi ini mungkin lagi kurang dikenali para pelancong, tetapi daerah kampung nelayan Muncar ini cukup terkenal dengan Pesta Petik Laut Banyuwangi. Petik Laut ialah sebuah pesta atu mungkin boleh juga dikatakan sebuah Ritual khususnya buat para Nelayan di Kampung…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Wisata Di Kota Bandung | Jawa Barat, Indonesia

    © Wazari Wazir 2017 | Wisata Di Kota Bandung | With Pak Yanto (Last Pix)   Bandung, ada apa di Bandung? Bila dengar member nak pergi Bandung, biasanya yang tergambar difikiran ialah mereka yang ingin pergi shopping, sebab dengar kata barang-barang di sana murah terutamanya pakaian. Dan kebiasaanya menjelang perayaan terutamanya menjelang Hari Raya, dua tiga bulan sebelum tu, dah tentu ramai ke Bandung. Selain daripada shopping, yang biasa kita dengar bila orang ke Bandung ialah ke Tangkuban Perahu atau Tangkuban Parahu. Dulu ingatkan Tangkuban Parahu ni sebuah tasik, sebab tengok gambar yang orang pergi tu nampak macam sebuah tasik, malas nak google lebih-lebih, rupanya Tangkuban Parahu ni sebuang Gunung…

  • Adventure,  Life,  Photojournalism,  Travel

    Panduan Ke Cemoro Lawang Dari Probolinggo | Bromo | Trans-Java

    © 2017 Wazari Wazir | How To Get To Cemoro Lawang From Probolinggo Di sini saya ingin kongsikan secara ringkas cara bagaimana kita boleh ke Cemoro Lawang Bromo dari Probolinggo. Cemoro Lawang ialah kawasan atau mungkin boleh kata kawasan perkampungan yang paling hampir dengan Gunung Bromo. Kebiasaanya mereka yang akan ke Bromo memilih sama ada datang dari arah Malang atau Probolinggo, ada yang kata datang dari Malang lebih mudah dan ada yang kata datang dari Probolinggo lebih mudah, terpulang masing-masing. Di sini saya hanya boleh cerita tentang dari arah Probolinggo kerana ini adalah laluan yang saya pilih. So, sekiranya kita memilih untuk ke Cemoro Lawang dari Probolingo, kebiasaanya yang datang…