• Uncategorized

    Trans-Siberian Railway Trip Mungkin Bukan Untuk Anda

    Trans-Siberian Railway Trip mungkin tidak sesuai untuk anda. Mengapa? Kepada kaki kembara terutamanya yang meminati pengembaraan dengan menaiki kereta api, Trans-Siberian Railway mungkin menjadi idaman ataupun kemuncak kepada pengalaman mengembara dengan menaiki kereta api. Masakan tidak, trip Trans-Siberian Railway merupakan perjalanan kereta api paling panjang di dunia, iaitu sepanjang 9288KM dari MOSCOW ke VLADIVOSTOK yang mengambil masa antara enam hingga ke tujuh hari bergantung pada jenis kereta api yang kita naiki. Untuk pengetahuan semua, jarak perjalanan kereta api di Semenanjung Malaysia, bermula dari Stesen Keretapi Johor Bahru Sentral ke Stesen Keretapi Padang Besar hanyalah lebih kurang 848KM sahaja yang mengambil masa lebih kurang 11 jam atau lebih kerana kita perlu…

  • Uncategorized

    Tips Dan Persediaan Untuk Mengembara Secara Solo Keliling Dunia

    “The Only Impossible Journey Is The One You Never Begin.” -Tony Robbins- Hujan turun agak lebat lebat pada waktu itu, dengan kilat sabung menyabung, seolah-olah menduga-duga perasaan saya ketika itu. Seolah-olah menguji kecekalan hati saya waktu itu untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan isteri untuk tempoh yang agak lama. Bertarikh 8 Disember 2014 dan bermulalah pengembaraan solo saya yang pertama ke Rusia, sebuah negara yang saya belum pernah saya jejaki. Saya bukan mengada-adakan cerita tetapi memang begitulah keadaanya sewaktu saya melangkahkan kaki ke Stesen ERL Bandar Tasik Selatan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA di Sepang. Sebaik selesai sahaja menunaikan solat Maghrib saya meminta isteri saya menghantar…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Jangan Takut Untuk Keluar Mengembara

     “Lakukanlah perjalanan. Karena perjalanan tidak hanya mengenalkanmu pada dunia luar, tapi juga membuatmu lebih mengenal diri sendiri. Tanpa perjalanan, kamu bisa kehilangan kesempatan untuk mengenal diri sendiri.”  – Agustinus Wibowo – Rasa Takut adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan orang tidak keluar mengembara, baik bersama rakan-rakan ataupun bersendirian. Selain faktor masa, kewangan, kesihatan, masalah keluarga dan lain-lagi, tidak dapat tidak faktor rasa “TAKUT” merupakan penghalang utama kita. Ada orang yang punya wang ringgit, masa, pendek kata punya segalanya yang teringin untuk keluar mengembara tetapi terhalang oleh rasa takut mereka. Dengar berita tentang kehilangan pesawat MH370, dengan berita tentang pesawat Malasyia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, kita rasa…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Hidup Tanpa Cabaran Amat Membosankan

    © 2015 Wazari Wazir | Me at Izmaylovsky Market | Moscow | Russia “Hidup tanpa cabaran amat membosankan.” Kata-kata itu boleh sahaja diperdebatkan sehingga kiamat sekalipun, tetapi dalam dunia realiti, bukan semua orang sukakan cabaran. Ada orang sukakan sesuatu yang pasti, sukakan rutin harian, tidak suka rutin mereka “diganggu.” Saya pula memilih bidang Photography sebagai pekerjaan kerana saya tidak suka “rutin.” Ya, memang betul, tugas harian saya sememangnya penuh rutin iaitu mengambil gambar tetapi setiap tugasan itu berbeza, berbeza tempat, berbeza acara serta berbeza personaliti yang dirakam. Ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat jabatan, ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat antarabangsa, ada masanya saya mengambil gambar anak-anak kecil…

  • Adventure,  Photojournalism,  Travel

    Travel and Photography | Winter in Saint Petersburg

    © 2014 Wazari Wazir | Winter in Saint Petersburg | Russia “What good is the warmth of summer, without the cold of winter to give it sweetness.” – John Steinbeck – I choose to travel to Russia in winter for a reason, I know that the best time to visit Russia or any four season country is during summer, that’s when most of the tourist flocking into the city and summer is consider as a high season in tourism industry, and that’s why most of the times you really can’t get cheap air travel ticket for traveling and in some places the hotel price will goes up because the demand is…