Adventure,  Travel

Pengalaman Merentasi Siberia Dengan Keretapi | Trans-Siberian Railway

Trans Siberian Railway

© 2014 Wazari Wazir | Train K04 (Trans-Mongolian) Leaving Irkutsk Station To Beijing

Siberia_Journey
Siberian_file

© 2014 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railway Journey

“It is good to have an end to journey toward; but it is the journey that matters, in the end.” 

– Ernest Hemingway –

“Cermin, Ya. Tak salah jika orang bilang hidup itu adalah sebilah cermin. Dunia di matamu sesungguhnya adalah cerminan dari hatimu sendiri. Caramu memandang dunia adalah caramu memandang diri. Jika dunia penuh kebencian dan musuh ada di mana-mana, sesungguhnya itu adalah produk dari hatimu yang dibalut kebencian.”

– Agustinus Wibowo –

Apa yang kita cari dalam hidup berbeza-beza dengan orang lain, minat kita juga berbeza-beza. Amat jarang rasanya kita jumpa orang yang tidak kita kenali memakai pakaian yang sama dengan kita dari hujung rambut hingga hujung kaki melainkan kalau kita sedang dalam kumpulan anggota berpakaian seragam.

Kalau pergi menonton bola dengan memakai jersi pasukan yang kita minati, belum tentu jenama atau jenis kasut yang kita pakai itu sama, kalaupun sama, mungkin seluar yang dipakai itu pula berbeza, begitulah manusia punya minat yang pelbagai.

Berbalik kepada pengalaman, sememangnya bukanlah pengalaman namanya kalau semuanya indah-indah belaka. Apa nikmatnya rasa sihat kalau kita tidak pernah merasa betapa peritnya sakit dan kita mungkin tidak tahu atau faham, mengapa sebahagian daripada orang-orang dari dari negara Europe yang mempunyai iklim empat musim begitu meminati negara tropika yang boleh dikatakan panas sepanjang tahun kalau kita tidak pernah merasa betapa dinginnya musim sejuk, 2,3 hari atau seminggu mungkin seronok main salji, cuba dua hingga empat bulan diselimuti musim sejuk melampau.

Bukan sedikit penduduk di negara-negara sejuk yang menjadi korban akibat kesejukan melampau, tak kurang juga betapa ramai penduduk sesetengah negara yang menjadi korban akibat musim panas yang melampau seperti 45 darjah celsius dan ke atas, jauh lebih panas dari apa yang kita rasa di Malaysia.

Pengalaman saya selama lebih 15 hari di Russia sewaktu musim sejuk atau winter yang lepas mengajar saya erti bersyukur dengan keadaan cuaca di Malaysia, walaupun panas sepanjang tahun tetapi tidaklah sampai 45 darjah celsius seperti di India yang kadang-kadang melebihi 50 darjah celsius, saya pernah travel ke India pada musim panas dan ternyata amat perit berbanding panas di Malaysia.

Bercakap tentang musim sejuk di Russia pula, waktu siangnya sangat pendek, matahari hanya terbit atau kelihatan sekitar pukul 9 AM atau 10 AM dan dalam pukul 4 PM sudah terbenam matahari dan waktu Maghrib pun sudah masuk, pergerakan memang sangat terhad pada waktu itu. Suhu sejuk melampu di Siberia sekitar -20 dan -30 darjah celsius sangat menyiksakan, dan oleh sebab itu sepanjnag perjalanan saya dengan keretapi, amat payah untuk saya lihat orang di luar rumah, hanya sekali sekala sahaja saya nampak ada orang berurusan di luar rumah dan saya tidak nampak anak-anak bermain salji di luar rumah sewaktu melalui Siberia dari tingkap cermin keretapi.

Pengalaman juga mengajar saya bahawa trip menaiki keretapi berhari-hari melaui Siberia atau dikenali juga dengan Trans-Siberian Railway bukan untuk semua orang. Ada orang mungkin akan rasa bosan melihat pemandangan Siberia yang kadang-kadang kosong, di kiri kanan hanya kelihatan pokok-pokok Birch dan Fir dan sekali sekala baru nampak rumah-rumah kayu yang sepi seolah-olah ditinggalkan orang. Mungkin ada yang  tertidur melihat pemandangan yang sedemikian.

Saya pula tidak jemu-jemu  memandang pemandangan di kiri kanan gerabak keretapi kerana bagi saya amatlah rugi untuk melepaskan peluang melihat pemandangan yang bukan setiap hari boleh saya saksikan, saya hanya tidur bila hari keadaan sudah gelap pekat di luar jendela hingga tiada satu subjek pun jelas kelihatan.

Walaupun saya meminati Photography, tetapi amat sedikit gambar yang saya rakam kerana saya tidak mahu tumpuan mata saya terganggu dengan aktiviti mengambil gambar, mungkin ada sedikit kerugian di situ tetapi bagi saya bukan semua keindahan alam itu perlu kita rakam, ada masanya kita perlu nikmatinya sepenuhnya tanpa ada hijab.

Kalau kita lihat gambar-gambar yang saya kongsikan di atas tersebut, ada terdapat gambar-gambar di London dan di Beijing China. Saya sememangnya memulakan trip Trans-Siberia saya dari Kota London, dari sana saya ambil flight ke Saint Petersburg dan dari Saint Petersburg ke Beijing dengan menaiki keretapi.

Sudah tiga kali saya mekukan kembara saya pada musim sejuk atau winter, pertama kali ketika ke Kashmir, kali kedua ke Istanbul dan kali ketiga ke Russia dan hanya dengan melakukan trip pada musim sejuk baru kita akan faham kenapa musim sejuk atau winter adalah “Low Season” untuk orang travel kecuali untuk sesetengah destinasi seperti Swiss yang mana orang ke sana untuk main salji dan juga sesetengah tempat lain seperti di Korea, Winter pun peak season juga kerana ramai orang suka atau terpengaruh  dengan “Winter Sonata”.

Salah satu sebab mengapa summer jadi pilihan orang ramai untuk travel dan kenapa waktu summer kebanyakan tiket kapal terbang dan hotel jadi mahal ialah kerana ramai orang travel waktu ini terutamanya ke negara empat musim, salah satu sebab ialah siangnya yang panjang, jadi banyak aktiviti atau tempat-tampat yang kita boleh lawati.

Saya masih ingat lagi sewaktu saya ke Amsterdam tahun lepas (Summer) atas urusan kerja, pukul 9 PM pun masih agak terang lagi, lebih kurang macam pukul 7 PM di Malaysia. Bulan May di Amsterdam waktu Maghrib hampir jam 10 PM, kira jam 10 malam matahari baru nak terbenam dan waktu matahri terbit ialah pukul 5:30 am.

Di Moscow pula bulan May sekarang ini waktu matahari terbit dalam pukul 4 Am dan Maghrib atau matahari terbenam dalam pukul 9 PM malam, bandingkan pula dengan bulan December, matahari naik sekitar jam 9 AM dan Maghrib atau matahari terbenam sekitar jam 4 PM, hanya enam atau tujuh jam sahaja daylight yang ada untuk kita bersiar-siar. Dari situ kita boleh nampak betapa beruntungnya kalau kita travel masa summer, banyak waktu untuk kita berjalan-jalan berbanding winter yang mana siangnya pendek dan malamnya panjang.

Cuma bila bercakap tentang Russia ni, orang kata dan saya juga secara personal bersetuju, kalau kita betul-betul ingin melihat Russia kita kena datang pada waktu winter, baru kita boleh nampak orang-orang Russia memakai pakaian yang tebal-tebal dan juga mengenakan topi kepala atau Ushanka yang unik kepada Russia.

Ada sesetengah orang kalau boleh ingin melakukan perjalanan yang best-best sahaja, ke negara-negara yang maju sahaja, yang “bersih-bersih” sahaja dan negara-negara yang mundur, yang tak berapa maju, berdebu dan penuh kekotoran serta hancing di sana sini tidak masuk dalam list mereka, apapun terpulang pada individu masing-masing, terpulang pada cita rasa masing-masing tetapi bagi saya, sesiapa yang dahagakan pengalaman dalam hidup, mereka akan cuba untuk rasa kesemuanya kalau ada peluang dan kesempatan.

Travel Trans Siberian Railway | Sunset In Siberia

© 2014 Wazari Wazir | Sunset in Siberia | Trans Siberian Railway Journey

Kalau ada yang tanya saya “Best ke trip Trans-Siberian Railway ni?”, Jawapan mudah saya, you kena rasa sendiri baru tahu best atau tidak, berbaloi atau tidak, kalau sekiranya kita dah lakukan perjalanan ini dan rasa menyesal dengan perjalanan tersebut, itu sebenarnya mencerminkan siapa kita, bukan best atau tidaknya destinasi atau perjalanan tersebut.

Tetapi bagi saya, di kalangan kaki travel, best atau tidak bukanlah persoalannya tetapi kita kembara untuk menimba pengalaman baru, untuk melihat dunia ini dengan mata kepala sendiri dan bukan hanya mengenali sesebuah negara hanya melalui bacaan-bacaan di majalah pelancongan, bukan hanya melalui dokumentari di kaca TV atau sumber maklumat dari internet semata.

Saya tidak pernah rasa menyesal dengan setiap trip perjalanan yang saya buat kerana semuanya mendewasakan saya, kesemuanya mengajar saya erti kehidupan, mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan dan lebih penting lagi mengajar saya bersyukur dengan apa yang saya miliki.

Bukanlah satu perkara yang sukar untuk Tuhan jadikan kita semua di dunia ini menyembahNya dan juga bukanlah satu perkara yang sukar sekiranya Tuhan ingin jadikan Iklim di Planet Bumi ini dari Kutub Utara hingga ke Kutub Selatan dan di antara keduanya mempunyai Iklim Tropika yang sama atau memiliki iklim empat musim yang sama, amatlah mudah untuk Tuhan lakukan, tetapi ada sebab dan musababnya dijadikan sedemikian rupa.

Dan bukan juga sukar bagi Tuhan untuk jadikan kita semua berkulit putih dan bermata biru, bertubuh sasa atau langsing serta beramput perang, amatlah mudah bagi Tuhan lakukan. Untuk menjaga 100 atau 200 billion Galaksi  Alam Cakerawala ini pun cukup mudah untuk Tuhan lakukan, apalah sangat untuk mengubah Iklim Dunia dan rupa paras manusia dalam Planet Bumi yang kecil ini.

Mesej saya ialah, berusahalah untuk mengembara, untuk mengenal hati budi saudara sesama kita, baik yang satu agama, satu budaya, satu warna kulit ataupun berlainan agama serta adat dan budaya. Tetapi kita harus mengembara dengan hati serta fikiran yang terbuka, sekiranya kita kembara dengan hati serta fikiran yang tertutup, maka amatlah sedikit manfaat yang akan kita terima.

*How Cold Siberian in Winter?  Come in Person and Feel it Yourself…

*Artikel Yang Berkaitan : Pengalaman Di Dalam Keretapi Trans-Siberian Railway |  Trans-Siberian, Berapa Lama Masa Diperlukan?

 *Ikuti Kisah Pengalaman Kembara Trans-Siberian Railway Saya Yang Tersiar di The Vocket

 

NOTE : Saya bercadang untuk melakukan sekali lagi Trip Trans-Siberian Railway, kali ini bermula dari Beijing menaiki keretapi, merentasi Mongolia, Siberia dan terus ke Moscow di Russia, saya bercadang untuk mencari pihak penaja (Sponsorship) yang berminat mempromosikan jenama anda di Russia secara khususnya dan dunia amnya. Di dalam setiap penulisan pengalaman saya di Blog ini, saya akan mempromosikan jenama anda, mungkin boleh letak banner anda di bawah setiap post artikel yang akan saya tulis nanti.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya melalui email wazariwazir@yahoo.com kita boleh berbincang dengan lebih lanjut.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.