• Art,  Moment

    Steel Wool Photography Tips | Batu Laut | Banting

      STEEL WOOL PHOTOGRAPHY : Dalam Bahasa Melayu saya tidak tahu apa gelarannya, kalau hendak diikutkan “Steel Wool” ini  seperti “Benang Besi.” Wool ni pula biasanya orang kaitkan dengan bulu kambing biri-biri. Unruk mudah faham tanpa pening kepala kita panggil “Steel Wool Photography” sahaja cukup. Panjang sangat mukaddimah pun tak memberi erti apa-apa pun. Dipendekkan cerita untuk menghasilkan  “Steel Wool Photography” yang mana hasilnya seperti gambar di atas bukanlah sesuatu yang sukar, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba, boleh cuba. Steel Wool Photography ini bukanlah perkara atau teknik baharu dalam bidang photography, dah lama dah orang gunakan, sejak zaman filem lagi, cuma ada yang suka, dan ada yang tak suka,…

  • Adventure,  Life,  Photojournalism,  Travel

    Mount Kinabalu International Climbathon 2017, Sabah, Malaysia

    Killian Jornet, Scott Jurek, Ann Trason, Anna Frost, Safrey Sumping, Marco De Gasperi, Sandi Menchi, Tahira Najmunisaa Muhammad, kenalkah anda dengan nama-nama yang saya sebutkan di sini? Sekiranya anda mengenali salah seorang dari mereka tanpa bantuan Pakcik Google, anda adalah sebahagian kecil peminat sukan Ultra Trail Running atau Ultra Marathon, cuma untuk larian Gunung Kinabalu atau Kinabalu International Climbathon ini jarak larian tidaklah sampai 42Km, tetapi bagi saya ianya tetap mencabar. Kalau saya sebut Hafiz Jantan, Nazmizan Muhammad, Jegathesan, Watson Nyambek,  Usain Bolt, Ben Johnson, Florence Griffith–Joyner atau  (Flo-Jo) mungkin agak ramai yang mengenali nama-nama ini. Walaupun ramai peserta yang menyertai acara Marathon atau Ultra-marathon atau Trail-Running berbanding larian pecut Sprinter 100…

  • Adventure,  Family,  Life,  Moment,  Portrait

    Tips Photography | Bagaimana Mengambil Gambar Menggunakan Artificial Light

    © 2016 Wazari Wazir | My Children Playing With Lanterns “Faith Means Living With Uncertainty, Feeling Your Way Through Life, Letting Your Heart Guide You Like a Warm Lantern in The Dark.” -Dan Millman- Sebenarnya dah lama saya nak ambil gambar anak dengan lantern ni, tetapi bukan lantern modern macam ni, lantern ataupun lampu minyak tanah yang dalam bekas ada gelas tu, yang biasa di kampung kita guna. Setiap kali bila lalu di Pekan Sungai Besi, ternampak kedai lama, yang jual lampu tu, nak beli tapi tak beli beli, maklumlah di bandar keperluan nak guna lampu mintak tanah tu kurang penting, lilin pun dah cukup kalau blackout. Biasanya kalau blackput…

  • Family,  Portrait

    Fotografi | Ada Apa Dengan Sekeping Gambar

    © 2016 Wazari Wazir | A Moment to Remember Semenjak kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit sehingga kurang masa untuk menulis di sini. Bukan tiada bahan, cukup banyak sebenarnya bahan untuk ditulis, cerita Trans-Siberia pun belum habis lagi, itu tak termasuk dengan tugas-tugas hakiki di jabatan. Salah satu sebabnya ialah agak sibuk menguruskan hal anak-anak saya. Isteri saya agak kena tahan di wad hospital agak lama, jadi saya dan anak-anak tinggal di rumah ibu saya di Sungai Besi, ulang – alik ke Putrajaya dengan ERL dan juga menggunakan bas untuk hantar anak saya HaiQal ke sekolah. Kalau hendak cerita memang agak rumit juga nak menguruskan itu ini, tetapi rasanya tak…

  • Family,  Travel

    Jalan-Jalan Cari Teenage Mutant Ninja Turtles di Kuala Lumpur

    © 2016 Wazari Wazir | Teenage Mutant Ninja Turtles di Kuala Lumpur | Malaysia Minggu lepas semasa sedang membaca akhbar The Star ternampak gambar action figure Teenage Mutant Ninja Turtles ni di depan Pavilion Kuala Lumpur. Nampak macam menarik je. Kebetulan kami berada di KLCC, ambil kesempatan untuk ke Pavilion. Salah satu sebab, nama anak saya sama seperti watak salah seorang action figure tersebut iaitu Raphael. Saya bukan peminat tegar filem TMNT ni tetapi dah selalu sangat ke KLCC, elok berubah angin sikit, bukan ada nak shopping apa pun sini, kalau ada pun yang saya shopping ialah membeli sebuah akhbar dan belanja makan anak-anak beranak  sahaja, nak shopping benda lain…