Adventure,  Art,  Travel

Kembara Trans-Siberian Railway | Pengalaman Di Dalam Keretapi

Travel | Trans Siberian Railway | Siberia

© 2014 Wazari Wazir | Having a Great Conversation With Buryatia Student From Ulan-Ude

Bila saya post tetang trip Trans-Siberia ni ada yang komen, antara lain bermaksud “Naik train just utk tengok view, duduk dalam keretapi tanpa buat apa-apa macam tengok dalam  TV”, mungkin dia maksudkan tengok pemandangan di luar tingkap keretapi macam hanya tengok view dalam Tv sahaja. kadang-kadang malas nak komen kerana bagi saya yang menulis komen pun tak minat nak ambil tahu tentang Trans-Siberian Railway ni, kalau dia ambil tahu, maka tiadalah keluar komen yang sebegitu.

Trans-Siberian Railway ini hanyalah laluan keretapi merentasi Siberia yang luas di Russia ni, sama macam bas express kita iaitu “Transnasional” iaitu sebuah bas yang merentasi Semenjung Malaysia. Ayat yang sesuai saya tak pasti apa untuk “Trans” tu tapi mungkin seperti “Merentasi atau Melalui” seperti Trans-Borneo, Trans-Java dan seumpamanya tapi taklah sama macam “Transformer.”

Trans-Siberian hanyalah laluan merentasi Siberia, cuma Trans-Siberian “Railway” ialah laluan merentasi Siberia dengan menggunakan pengangkutan keretapi, boleh juga kita merentasi Trans-Siberia dengan menaiki kereta, bas, lori, basikal dan lain-lain lagi jenis pengangkutan darat bukan semestinya dengan menaiki keretapi.

Cuma mungkin ada yang keliru, bila sebut sahaja menaiki laluan Trans-Siberia dengan keretapi sebagai contoh dari Moscow ke Vladivostok atau ke Beijing kita akan berada di dalam keretapi berhari-hari antara enam hingga tujuh hari tanpa keluar ke mana-mana. Mungkin ada yang berkata, bosanlah macm tu. Itu bagi mereka yang agak malas nak membaca tentang apa itu Trans-Siberia sebenarnya.

Sebenarnya terdapat berpuluh-puluh hentian antara Moscow ke Beijing atau ke Vladivostok, sama juga sekiranya kita menaiki keretapi KTM dari Kuala Lumpur ke Arau, ada banyak hentian sebelum sampai ke Arau Perlis, cuma bagi yang ingin ke Arau mereka akan turun di Arau tetapi bagi yang ingin turun ke  destinasi antara keduanya boleh sahaja.

Sama juga dengan laluan keretapi Trans-Siberian, kita bebas nak turun di mana sahaja untuk bermalam semalam dua atau lebih, kita boleh pilih bandar mana yang kita rasa menarik dan ada banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti di Moscow, Novosibirsk, Krasnoyarsk atau Kazan di mana di sana terletaknya sebuah masjid yang agak indah iaiti Kul-Sharif dan ia juga kawasan penduduk beragama Islam Tartastan, kita juga boleh turun di Irkutsk untuk melakukan lawatan ke Tasik Baikal, trekking di sekitar Baikal ataupun memancing ikan di Tasik Baikal yang beku sekiranya kita datang pada musim sejuk atau Winter ataupupun mencuba menaiki kereta salji atau “sledge” yang ditarik oleh anjing-anjing Siberian Husky.

Cuma sekiranya kita memilih untuk turun bermalam, kita kena beli tiket keretapi berasingan, sebagai contoh, saya memulakan perjalanan saya dari Saint Petersburg, bermalam dua malam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Moscow, juga saya bermalam selama dua malam dan kemudian meneruskan perjalanan lagi ke Kazan, saya juga habiskan masa selama dua malam di sana, melawat tempat-tempat menarik yang ada di sana.

Kesemua tiket tersebut saya beli berasingan, saya beli secara online untuk menjimatkan masa saya, boleh juga kita beli tiket tersebut di kaunter tiket di stesen keretapi di Russia cuma kita perlu banyak masa kerana kebanyakan dari mereka tidak pandai berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, kita kena guna Bahasa Isyarat ataupun tulis di atas sekeping kertas destinasi mana kita hendak pergi, tarikh, jenis kelas yang kita mahu 1st,2nd, 3rd class keretapi dan jenis keretapi yang kita ingini dalam tulisan Cyrillic. Saya pernah beli tiket di stesen keretapi di Irkutsk.

Di dalam keretapi pula kita akan jumpa pelbagai jenis orang kerana pengangkutan keretapi di Russia ini seperti bas cuma penduduk di sana menggunakannya untuk perjalanan jarak jauh antara tujuh, lapan jam hingga berhari-hari. Dalam gambar di atas itu saya kongsikan gambar saya bersama pelajar universiti dari Yekaterinburg, mereka menaiki train dari Yekaterinburg, manakala saya menaiki train dari Kazan. Kesemua mereka turun di Ulan-Ude dan mereka adalah dari kaum Buryatia, yang ada sedikit kena mengena dengan Mongolian. (Ulan-Ude terletak di selatan Russia)

Saya banyak habiskan masa bersembang dan berbual dengan mereka dan juga penumpang-penumpang lain di dalam keretapi ini namun tak semuanya sempat saya rakam gambarnya, gambar yang di atas inipun dirakam oleh seorang lelaki dari Turkey, dia travel bersama isterinya yang berasal dari Krasnoyarsk, lelaki yang wajahnya seperti Chinese yang duduk di sebelah bahu kanan saya itu mengambil iPhone saya dan menyuruh lelaki Turkey tersebut untuk merakam gambar kami beramai-ramai, bukan saya yang mintak tapi lelaki Buryatia tu yang ejas.

Sebelumnya saya bersembang dengan lelaki Turkey tu, saya tunjuk pada dia gambar-gambar masa saya di Istanbul dan saya juga tunjuk gambar-gambar keluarga saya pada student dari Yekaterinburg tu, selepas itu baru dia ambil iPhone saya dan suruh lelaki Turkey tu mengambil gambar kami. Waktu ni dah malam, tak berapa ingat pukul berapa tetapi lebih kurang pukul 10:00PM rasanya.

Penumpang turun naik bersilih ganti bergantung pada destinasi yang mereka tuju, cuma pelajar-pelajar dari Ulan-Ude ni agak lama dalam keretapi ni, lebih lama dari saya kerana saya turun di Irkutrsk manakala mereka turun di Ulan-Ude, lebih kurang tujuh hingga lapan jam lagi perjalalan selepas saya turun.

Bila mereka tahu saya hendak ke Baikal, sebelum saya turun, salah seorang dari mereka datng duduk di kerusi depan saya bagi sedikit nasihat dan panduan pasal waktu itu suhu di Irkutsk sangat sejuk, antara -22 hingga -25 Celsius.

Semasa dalam perjalanan dari Mongolia ke Beijing pula saya duduk satu compartment dengan tiga lelaki dari Korea Utara, yang seorang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris manakala yang dua lagi tu tak berapa pandai tetapi masih ingin berkomunikasi dengan saya. Setiap kali hendak makan mesti mereka pelawa saya, makan biskut, minum air dan macam-macam lagi, berkongsi gambar keluarga, saya tunjuk gambar keluarga saya pada mereka dan mereka pun tunjukkan gambar keluarga mereka pada saya. Seronok berbual dengan mereka walaupun agak lambat untuk kita faham apa yang hendak mereka cakapkan.

Kalau nak cerita, seribu satu malam pun tak habis rasanya tetapi bagi saya perjalanan Trans-Siberian ini bukan untuk semua orang, maksud saya, mungkin ada yang enjoy, mungkin ada yang rasa bosan terutamanya sekiranya anda travel berseorangan, saya nak sembang lebih-lebih pun tak ada faedahnya bagi saya, cukuplah kalau saya katakan pengalaman perjalanan solo Trans-Siberian Railway merentasi Russia dari Saint Petersburg hingga ke Beijing dengan jarak perjalanan lebih kurang 8515km adalah merupakan antara kenangan paling manis dan bermakna dalam hidup saya.

Perjalanan paling lama saya dalam keretapi ini ialah selama lebih kurang 67 jam atau tiga hari dalam keretapi, iaitu perjalanan dari Kazan ke Irkutsk. Tetapi saya rasa seperti perjalanan tersebut hanya memakan masa selama sehari, banyak benda saya buat dalam train, selain bersembang, mengambil gambar, melihat pemandangan, menulis journal dan banyak lagi. Bila mana keretapi berhenti di mana-mana hentian, kita boleh turun sekejap untuk membeli makanan di kedai-kedai yang terdapat di tepi-tepi landasan keretapi, kebiasaanya keretapi akan berhenti antara lima belas minit hingga tiga puluh minit untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Walaupun gambar di atas kualitinya agak rendah berbanding gambar-gambar rakaman kamera Fujifilm X100T yang saya bawa semasa trip Trans-Siberia tetapi gambar tersebut merupakan antara gambar kenangan paling bermakna bagi saya. Gambar tersebut mengembalikan kenangan manis saya semasa berada tiga hari dalam train laluan Trans-Siberia Railway dari Kazan ke Irkutsk.

“People think being alone makes you lonely, but I don’t think that’s true. Being surrounded by the wrong people is the loneliest thing in the world.”

– Kim Culbertson –

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.