• Adventure,  Travel

    Mengejar Ghost Train Di Kuala Krai Kelantan | Bahagian 3

    Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dirasakan sangat singkat, masakan tidak, saya leka mengambil gambar pelajar-pelajar di dalam kereta api ini sambil bertanya khabar dan mendengar cerita-cerita dari mereka. tak sempat hendak bersembang sangat dengan mereka sebenarnya, pelajar-pelajar lelaki dan perempuan pula, ada yang malu-malu, saya pula, kalau asyik nak bersembang, macam terganggu pulak masa saya yang terhad untuk merakam gambar. Sebaik sahaja kereta api tiba di Stesen Keretapi Dabong, saya bergegas turun untuk merakam gambar pelajar-pelajar sekolah ini turun dari kereta api. Suasana yang agak berkabus di kawasan ini menjadikan persekitaran di sekitar stesen keretapi ini cukup menarik bagi saya. Sekiranya kita tidak pernah ke Stesen Keretapi…

  • Adventure,  Travel

    Kembara Bersama Trans-Siberian Railway | Berapa Lama Masa Yang DiPerlukan?

    Salah satu soalan yang biasa saya terima sekembalinya melakukan trip Trans-Siberian Railway ialah berapa lama masa yang diperlukan untuk trip ini? Ianya terlalu subjektif untuk dijawab, berbanding soalan, berapa lamakah atau, cukup tak 3 hari melawat Pulau Langkawi atau Bali di Indonesia? Banyak faktor mempengaruhi jumlah masa yang diperlukan di dalam trip ini bergantung kepada apa yang kita cari dan harapkan dari perjalanan kita. Trans-Siberian adalah laluan kereta api merentasi Siberia yang luas. Kita boleh sahaja melakukan sebahagian sahaja perjalanan tersebut, kalau kesuntukan masa. Tidak semestinya dari Moscow ke Beijing atau ke stesen terakhir Trans-Siberian Railway iaitu di Vladivostok. Untuk memberi anda sedikit idea, saya kongsikan di bawah ini perjalanan…

  • Adventure,  Art,  Travel

    Kembara Trans-Siberian Railway | Pengalaman Di Dalam Keretapi

    © 2014 Wazari Wazir | Having a Great Conversation With Buryatia Student From Ulan-Ude Bila saya post tetang trip Trans-Siberia ni ada yang komen, antara lain bermaksud “Naik train just utk tengok view, duduk dalam keretapi tanpa buat apa-apa macam tengok dalam  TV”, mungkin dia maksudkan tengok pemandangan di luar tingkap keretapi macam hanya tengok view dalam Tv sahaja. kadang-kadang malas nak komen kerana bagi saya yang menulis komen pun tak minat nak ambil tahu tentang Trans-Siberian Railway ni, kalau dia ambil tahu, maka tiadalah keluar komen yang sebegitu. Trans-Siberian Railway ini hanyalah laluan keretapi merentasi Siberia yang luas di Russia ni, sama macam bas express kita iaitu “Transnasional” iaitu…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Trans-Siberian Railway | Pilihan Untuk Laluan Keretapi | Moscow – Beijing – Moscow

    Sebut sahaja Trans-Siberia, sudah pasti ramai di kalangan traveler terutamanya Backpacker mengidam untuk melakukan perjalanan ini, manakan tidak ini adalah laluan keretapi terpanjang di dunia merentasi Siberia yang luas terbentang, kerana itu namanya Trans-Siberia. Untuk pengetahuan tidak ada keretapi yang bernama Trans-Siberian Train tetapi Trans-Siberian Railway ialah sebuah jaringan laluan keretapi merentasi Siberia. Di Russia sendiri kita ada banyak pilihan untuk melakukannya. Perjalanan terpanjang menggunakan laluan ini ialah sejauh 9289Km yang mana bermula di Moscow, stesen keretapi Yaroslavsky dan berakhir di Vladivostok yang mana mengambil masa selama 7 hari perjalanan dengan keretapi. Vladivostok terletak di hujung selatan peta Russia, terletak di sebelah atas Korea Utara. Terdapat tiga laluan utama perjalanan…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Trans-Siberian Railway | Cara-Cara Membeli Tiket Secara Online

    Langkah Pertama : Bukak Laman web ni RZD , http://eng.rzd.ru RZD ni kira macam laman Web KTM untuk kita beli tiket secara online, ini bukan agensi yang menyediakan perkhidmatan beli tiket keretapi Russia tapi ini adalah laman web Russian Railway itu sendiri, laman web rasmi mereka, sekiranya kita beli melalui agensi atau travel agent, harganya akan jauh lebih tinggi lagi, mungkin kena bayar tambahan RM100-200. Lepas dapat paparan muka seperti ini, langkah seterusnya Klik pada “Passengers” Langkah Kedua : Selepas itu anda akan dapat paparan muka seperti di atas, kemudian Klik pada “Buy Ticket Online” Langkah Ketiga : Anda akan dapat paparan seperti di atas ni, sebelum terlupa semasa anda berada di…