• Adventure,  Life,  Photojournalism,  Travel,  Uncategorized

    Kembara Rentas Russia Jalan Darat | Trans-Siberian-Railroad

    ©  2016 Wazari Wazir | Trans-Siberian Railroad | National Geographic Magazine | June 1998 Sekali tengok, terus saya jatuh cinta dengan cover majalah National Geographic June 1998 tu, wajah yang penuh misteri bagi saya. Sesuai dengan Russia yang penuh misteri. Dah lama saya mencari majalah ini, sebelum saya ke trip saya ke Trans-Siberia lagi. Sebelum ke sana, saya banyak buat homework atau sedikit research, saja nak cari input atau maklumat yang boleh membantu urusan saya di Russia nanti dan dalam hati terfikir jugak, takkanlah NatGeo tak perna buat liputan atau coverage tentang laluan keretapi yang dianggap antara terhebat di dunia ini. Selain membaca blog-blog pengembara yang pernah ke Russia, saya…

  • Adventure,  Travel,  Uncategorized

    Kembara Trans-Siberian Railway | Bermulanya Sebuah Pengembaraan

    © 2016 Wazari Wazir | Somewhere in Siberia | Russia Pernah tak kita menonton sebuah filem kegemaran kita baik di panggung wayang ataupun melalui DVD dan oleh kerana kita teruja dengan cerita dalam filem tersebut maka kita pun bercerita dengan kawan kita betapa hebatnya filem tersebut. Lalu kawan kita pun teringin untuk menontonnya, kita pun berilah dia pinjam DVD ataupun temankan dia untuk menonton filem tersebut bersama-sama. TETAPI, ternyata bagi kawan kita, ianya sebuah filem yang membosankan, jalan cerita yang perlahan, kurang action, sampai tersengguk-sengguk dia menahan kantuk menonton filem tersebut. Apa perasaan kita? Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kita manusia mempunyai cita-rasa yang berbeza-beza, walaupun kita…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Hidup Tanpa Cabaran Amat Membosankan

    © 2015 Wazari Wazir | Me at Izmaylovsky Market | Moscow | Russia “Hidup tanpa cabaran amat membosankan.” Kata-kata itu boleh sahaja diperdebatkan sehingga kiamat sekalipun, tetapi dalam dunia realiti, bukan semua orang sukakan cabaran. Ada orang sukakan sesuatu yang pasti, sukakan rutin harian, tidak suka rutin mereka “diganggu.” Saya pula memilih bidang Photography sebagai pekerjaan kerana saya tidak suka “rutin.” Ya, memang betul, tugas harian saya sememangnya penuh rutin iaitu mengambil gambar tetapi setiap tugasan itu berbeza, berbeza tempat, berbeza acara serta berbeza personaliti yang dirakam. Ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat jabatan, ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat antarabangsa, ada masanya saya mengambil gambar anak-anak kecil…

  • Art,  Travel

    Kembara Trans-Siberia | Masjid Kul Sharif | Permata Kazan Di Russia

    Sebelum saya menulis artikel ini, saya ada buat research sedikit tentang Kazan, Ibu Negeri Republik of Tatarstan Russia, tapi macam lama sangat nak research, so saya serahkan pada anda semua buat research. Bukan apa, takut lama sangat research, langsung tergantung cerita dan tiada artikel disiarkan. Di Russia terdapat 22 buah Republik, yang mana terbaru ialah Republik Crimea, setiap Republic mempunyai kuasa autonomi sendiri, perlembagaan sendiri,  president dan parlimen sendiri. Kita di Malaysia ni mesti kenal ataupun pernah dengar nama Akhmad Kadyrov kan? Beliau ialah  President Republic of Chechen. President Republic of Tatarstan pula ialah Rustam Minnikhanov, beliau menjadi President semenjak Tahun 2010 hingga kini. Anyway, sebahagian besar bangsa Tartastan beragama Islam, dan lebih 50 %…

  • Adventure,  Travel,  Uncategorized

    Catatan Kembara | Pengalaman Menyambut Hari Lahir Bersendirian Di Irkutsk Siberia

    © 2014 Wazari Wazir | Paparan Waktu Ketibaan Keretapi Di Stesen Keretapi Irkutsk | 4 Mocba – Пекин | Moscow – Beijing © 2014 Wazari Wazir | Ketibaan Keretapi Trans-Mongolian K4 di Platform No 1 Sebetulnya dalam hidup aku, belum pernah lagi aku “menyambut” hari lahir, tiada sambutan hari lahir dalam kamus hidup saya, tiada kek hari jadi serta pesta itu ini dan sebagainya, hatta tarikh hari lahir pun aku sembunyikan dari pengetahuan rakan-rakan facebook saya, dan sebab itu tiada ucapan selamat hari lahir tertera di kotak status facebook saya. Apapun inilah buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, bersendirian “menyambut” tarikh di mana aku genap berumur 39 tahun iaitu pada tanggal…