Adventure,  Travel

Istanbul Aku Datang | Tips Kembara Di Istanbul Turki

Hagia Sophia, Istanbul Turkey
© 2019 Wazari Wazir | Aya Sofya Istanbul | Hagia Sophia Turki

Dengan kemunculan filem terbaru lakonan pelakon jelita Lisa Surihani bertajuk “Istanbul Aku Datang” sedikit sebanyak pastinya akan menarik ramai rakyat Malaysia yang kaki travel untuk berkunjung ke sana, tetapi tanpa kehadiran filem tersebut, Istanbul dari dahulu lagi merupakan salah  satu lokasi pelancongan terkemuka di dunia. Di sini kita boleh melihat pertembungan antara Asia dan Barat.

Saya dapat banyak email yang bertanyakan tentang kos mengembara ke Istanbul, saya hanya boleh kongsikan sedikit pengalaman saya di sana secara kasar dan tidak terlalu terperinci, sebabnya, masa saya amat terhad. Untuk permulaan sebagai rakyat Malaysia kita amat bertuah kerana kita tidak perlukan Visa untuk melancong ke Turki untuk tempoh sehingga sembilan puluh hari.

© 2019 Wazari Wazir | Cordial House Hotel | Sultanahmet Istanbul

Saya mengembara secara “backpackers” dan tinggal di Hostel atau bajet hostel yang hanya menyediakan keperluan minima. Untuk trip ke Istanbul baru-baru ini, kami berempat tinggal di Cordial House Hostel di Istanbul dengan bayaran sebanyak Euro 15 atau lebih kurang RM60 untuk satu malam beserta dengan sarapan pagi.

Euro15 tu bukan untuk sebuah bilik tapi untuk sebuah katil yang mana ada bilik yang mampu memuatkan seramai lapan orang dan ada yang hanya memuatkan untuk dua orang dan empat orang.

Untuk beberapa hari pertama kami tinggal berempat dalam sebuah bilik yang mempunyai empat katil, jadi tiada orang asing dalam bilik kami hanya kami berempat dan sestiap seorang hanya membayar Euro 15 atau lebih kurang RM60 untuk satu malam.

Kepada yang ingin membawa keluarga bersama, hostel bukanlah pilihan terbaik, tetapi ada juga sesetengah hostel yang menyediakan kemudahan seperti hotel, sebuah bilik lengkap dengan TV dan bilik air sekali. Bilik yang kami pilih semasa kami travel tiada bilik air, sebaliknya kalau kami ingin mandi, kami kena keluar dari bilik dan berkongsi bilik air dengan pengembara yang lain, bergilir-gilir.

Untuk yang membawa keluarga ada baiknya pilih hotel yang mempunyai bilik air bina dalam, maksudnya dalam bilik tersebut terdapat bilik air, lebih selesa rasanya dari berkongsi dengan orang lain.

Untuk hotel yang baik, bagi yang membawa keluarga, kosnya agak tinggi, kebanyakannya bermula dari Euro 20 (Hampir RM80) untuk satu malam, mungkin kita boleh dapat harga yang lebih rendah lagi tapi kena rajin cari atau booking melaui internet, sebulan dua sebelum ke Istanbul.

Hotel di Istanbul memang banyak, tetapi bagi yang berkeluarga dan ingin travel sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agency, ada baiknya anda uruskan tempat penginapan dengan menempah melalui internet, sebaik sampai di Istanbul boleh terus ke Hotel tanpa perlu buang masa mencari hotel dan kebanyakan hotel ada menyediakan khidmat “Pick Up” dari airport dengan mengenakan sedikit bayaran.

Tentang makanan pula, ianya bergantung pada kita, sama ada kita ingin makan sebagaimana kita makan di Malaysia, makan sampai kenyang ataupun hanya sekadar untuk mengalas perut. Turkey ialah sebuah negara Islam dan memang tidak susah nak cari restoran makanan halal yang kebanyakannya berasaskan kebab.

Saya membelanjakan hampir 10 Lira atau hampir RM20 sehari untuk makan di Istanbul, ini kira makan sampai kenyang, maksudnya makanan kami agak berat, kalau nak makan berat sebelah pagi dan makan agak ringan sebelah malam, rasanya mungkin tak sampai RM20 sehari. Kalau nak jimat lagi kita boleh beli makanan ringan seperti roti di mana-mana pasaraya yang kita jumpa buat alas perut di waktu malam atau semasa berkunjung ke tempat-tempat menarik.

Kepada yang bertanya cukup ke lima hari atau seminggu di Istanbul? Ini pun bergantung pada cara kita dan minat kita, kalau kita minat photography, sebulan di Istanbul pun tidak cukup tapi untuk “casual traveler”, seminggu dah lebih dari cukup. Untuk pengetahuan lokasi tempat-tempat menarik di sekitar Istanbul adalah tidak jauh antara satu sama lain, boleh berjalan kaki sahaja.

© 2019 Wazari Wazir | Blue Mosque | Masjid Biru | Istanbul

Sebagai contoh lokasi Masjid Biru atau Blue Mosque dan Aya Sofya adalah berdekatan, habis melawat Blue Mosque, boleh melawat Aya Sofya dan seterusnya boleh melawat Muzium Topkapi yang terletak di belakang Aya Sofya sekiranya kita datang dari arah Masjid Biru.

Cuma untuk melawat Muzium Topkapi saya cadangkan untuk habiskan separuh hari di sana kerana kawasannya agak luas dan kepada peminat sejarah, pastinya akan menghabiskan satu hari di dalam Muzium Topkapi. Masuk Muzium Topkapi dan Aya Sofya dikenakan bayaran sebanyak Turkish Lira 20 atau lebih kurang RM35 seorang. (Maklumat terkini 25 Lira)

Selain daripada tempat tersebut, kita boleh juga melawat Masjid Fatih dan juga Masjid Eyup di mana terletaknya Makam  Sahabat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Abu Ayub Al-Ansari yang terletak agak jauh dari tengah Bandaraya Istanbul, untuk ke Eyup boleh naiki teksi ataupun boleh naik feri melalui terminal feri di Eminonu yang terletak tidak jauh dari stesen bas bersebelahan dengan Jambatan Galata.

© 2019 Wazari Wazir | Galata Bridge | Jambatan Galata | Istanbul
© 2019 Wazari Wazir | Pemandangan Dari Atas Galata Bridge | Istanbul

Galata Bridge itu sendiri adalah salah sebuah tempat yang mesti di kunjungi oleh sesiapa sahaja yang melawat Istanbul, ramai pemancing di atas Jambatan Galata dan cukup meriah tatkala senja menjelang.

© 2019 Wazari Wazir | Spice Bazaar | Istanbul

Kepada yang minat membeli belah, sudah tentunya Grand Bazaar dan Spice Bazaar di Eminonu, menjadi tumpuan, kalau tidak berhajat nak beli apa-apa pun, kita boleh habiskan hampir separuh hari ataupun sehari berjalan-jalan di Grand Bazaar, semasa kami pergi dahulu, saya hanya luangkan sedikit masa di Grand Bazaar kerana tidak bercadang nak beli banyak barang, cukuplah, sehelai dua T-Shirt dan Keychain untuk kenangan dan juga ambil beberapa gambar di dalamnya untuk kenangan.

Lagi satu jangan lupa untuk berkunjung ke Galata Tower, di mana kita boleh melihat sebahagian besar Istanbul dari atas menara tersebut, sebaiknya singgah di Galata Tower, dua tiga jam sebelum matahari tenggelam, cuma pada waktu itu, jumlah pelancong di atas agak ramai, tempatnya sempit, kena tunggu giliran untuk buat satu pusingan di menara tersebut, rasanya kalau ke Istanbul tanpa berkunjung ke Galata Tower seperti tidak lengkap, pemandangan dari atas menara tesebut terlalu indah untuk diceritakan di sini.


View Istanbul in a larger map

© 2019 Wazari Wazir | Old Tram | Taksim | Istanbul
© 2019 Wazari Wazir | Keadaan Di Dalam Old Tram | Taksim Istanbul

Tentang pengangkutan, sepanjang kami berada di sana, saya hanya menggunakan Tram dan teksi sahaja, Tram banyak di sana dan kita tidak perlu tunggu lama untuk dapatkan Tram, sentiasa ada, dan apa yang menariknya, semasa kami di sana, bayaran untuk Tram telah ditepkan, sama ada kita ingin berhenti di stesen hadapan kita ataupun stesen yang terakhir, bayarannya adalah sama sahaja, bukan macam LRT di Kuala Lumpur, lain destinasi, lain bayarannya.

Semasa di Istanbul kami sempat juga mencuba menaiki Tram Klasik Istanbul yang diperbuat dari kayu, cuma nak naik tram ini kena beli Istanbul Kad, kita macam Touch and Go Kad atau rapid KL kad. Tidak seperti Tram modern di Istanbul yang mana kita boleh beli token di mesin-mesin yang ada di tepi-tepi stesen. Untuk tram klasik ni kita kena cari kedai atau booth yang jual ISTANBULKART, sebabnya pemandu tram ini tidak akan mengambil wang tunai dari anda. Kalau tiada ISTANBULKART, anda tak boleh naik.

Semasa saya di sana bayaran untuk Tram ialah 2 Lira dan baru-baru ini ada sahabat kata dah naik sebanyak 3 Lira (bermula September 2012) atau RM5.10 untuk ke mana-mana destinasi satu arah. Maksudnya bayar sahaja di mesin token tu sebanyak 3 Lira dan kita boleh turun di mana-mana stesen yang kita suka, last station pun hanya 3 Lira.

Kalau rasa tempat yang kita nak pergi tu agak dekat dan tak berbaloi nak bayar 3 Lira, kita boleh jalan kaki dan bagi saya untuk “Explore” Istanbul, berjalan kaki adalah lebih baik, jalan perlahan-lahan, kalau penat berhenti, kedai makan banyak dan nak solat pun tidak susah kerana Istanbul ni penuh dengan masjid. Seminggu di Istanbul rasanya dah mencukupi untuk “casual traveler”.

Itulah serba ringkas apa yang boleh saya kongsikan dalam ruang masa saya yang terhad, bagi yang melancong sendiri baik berseorangan, bersama kawan atau keluarga tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan, ada baiknya belilah buku panduan melancong ke Istanbul ataupun buat sedikit research di internet dan tuliskan detail itinerary di buku.

Kalau nak tips lagi, boleh dapatkan itinerary yang disediakan oleh banyak travel agency di Istanbul melalui website mereka dan boleh ikut itinerary tersebut dan buat pengubahsuaian ikut masa kita.

Artikel Berkaitan : Kembara Fotografi Istanbul Turkey

Artikel Berkaitan : Kembara Istanbul Bersama Keluarga

*Note : Saya menggunakan Penerbangan Malaysia Airlines untuk trip ke istanbul ini.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

9 Comments

  • Ai

    Sgt informative! Cuma tiket nk masuk ke Hagia Sophiya & Topkapi Palace masa kami pergi recently, kami bayar hari tu 25lira seorg…yg tram, yes 3lira..kami pun bnyk berjalan kaki juga…:)

  • Wazari Wazir

    Terima kasih Ai, nampak gayanya dah naik harga untuk kedua tempat tu, banyak jgak naik 5 Lira tu, apa pun, terima kasih kerana berkongsi maklumat.

  • ROZAM

    terima kasih banyak saudara atas jasa baik meluangkan masa berkongsi ilmu & pengalaman..amat berguna bagi org mcm saya yg suka melancong…

  • Ujie

    Melancong ke turki mmg tak puas. Mmg da tertanam dlm hati nak pegi lg. Aritu pegi dgn trip kampeni. 3 bandar yg kami jejak iaitu Cappadocia (naik belon panas), Ankara (melawat museum mustafa kemal ataturk) dan last sekali baru jejak istanbul. Panjang umur dan murah rezeki, mmg nak dtg istanbul lg sebab 3 ari je kat istanbul, byk tpt tak abes explore.

  • mohd nasir

    salam. saya dah ke istanbul 3 kali, sambil umrah dgn bawa jamaah. Kali terakhir thn 2000. Masa tu 1 juta lira sama dgn 16rm. Saya bawa jamaah ni pun pakai redah aje. Dari atatturk airport naik shutle bas ke tngh bndar dn lps tu naik lg bas ke sultan ahmed. Disitu saya cari hotel dn tawar separuh hrg. Rasanya10 usd 1 bilik.untuk selat bosphorus saya gunakn travel ejen yg berselerak di kwsan itu tp dah lupa byrnnya. Untuk ke Eyyup kami naik teksi dan ke tmpt2 lain dgn tram dn bas. Insha ALLAH, Cuti sek mei nanti saya akan umrah dqn melawat istanbul 3 hari. Kali ini saya bawa jamaah 18 orang. Oleh krna dah lama tak ke sana saya ingin bertanya utk bosphorus tour brp hrg tiket dari eminonu dn tiket masukdolmahbachi palace brp ya. kalau ada sesiapa yang nak join saya persilakan. Saya juga bgtahu jamaah hrg pakej umrah saya ialah tiket ke iatanbu,jedah dn semua belanja di tanah suci tp tak termasuk
    belanja di istanbul,belanja di istanbul akan di kongsi bersama Sekian terima kasih wassalaam.

  • Wazari Wazir

    Salam, terima kasih Mohd Nasir singgah sini, Thaun 2000, dah agak lama tu dan kini Turkey dah tak pakai Sejuta Lira tu, mereka guna Lira dalam jumpah yang kecil. Dah lebih 10 tahun sejak saudara menjejakkan kaki ke Istanbul, ada sedikit perubahan dari segi harga, sebagai contoh masa saya naik Tram tahun lepas hanya 2 Lira sahaja atau RM3.45, 1 Lira sama dengan RM1.72. Untuk ke Eyup saya naik Ferry tak jauh dari Eminonu, kurang 5 Lira kalau tak silap saya dan saya tak naik Bosphorus Tour tapi lalu jugak Bosphorus tu untuk ke Prince’s Island, masa tu saya cuma bayar 5 Lira one way dan pergi balik hanya 10 Lira, Bosphorus tour tu ada sediakan macam2 pakej, kapal besar dan kapal kecil yang berlainan harga. Tahun lepas untuk ke Dolmabahci hanya 20 Lira tapi kalau tak silap saya pertengahan tahun lepas semua harga untuk ke tempat-tempat bersejarah dah naik harga, Aya Sofya pun dah 25 Lira berbanding 20 Lira masa saya ke sana April 2012.

  • maryam

    Hi..
    Nak tanye few question :

    1) Flight ape yg ptt amik ? ( utk backpackers)
    2) How much should i spend or bring while in Istanbul?

    Plan utk ke sana..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.