Adventure,  Family,  Travel

Kembara Fotografi Bersama Keluarga | Dari Istanbul Ke Bursa


© 2013 Wazari Wazir | Uludag | Bursa | Turki

© 2013 Wazari Wazir | Uludag | Bursa | Turki

© 2013 Wazari Wazir | Suasana Di Uludag Ketika Salji Turun

Salah satu sebab saya memilih untuk membawa keluarga saya bercuti di Istanbul semasa musim salji atau winter ialah untuk memberi peluang kepada anak-anak saya yang masih kecil untuk bermain salji ataupun merasa pengalaman melihat salji.

Mungkin ada yang berkata, rugi bawak anak kecil ni travel jauh-jauh, mereka bukan ingat sangat pun, tak berbaloi kata mereka tapi bagi saya, pengalaman membawa anak-anak kecil yang cukup tinggi dengan sifat ingin tahu, sangat menyeronokkan walaupun cabarannya cukup besar.

Bagi saya sekiranya anak-anak saya telah meningkat remaja baru nak bawa ke tempat seperti ini dah tentu keterujaan mereka terhadap perkara sebegini agak kurang, dah tentu mereka akan cuba untuk buat hal sendiri dan membiarkan ibu dan bapa dengan hal masing-masing. Mungkin mereka akan rasa malu berjalan berpimpin tangan dengan ibu bapa mereka.

Apapun itu sebenarnya adalah faktor sampingan, faktor sebenar yang membawa kami ke sini ialah “if not now when“. Esok lusa bukan milik saya, saya tidak mahu hidup daam kekesalan, sekiranya ada kemampuan, ada masa, bagi saya mengapa bertangguh, esok hari belum tentu milik kita.


© 2013 Wazari Wazir | Cuaca Sejuk Di Luar | Kami makan Di Dalam Restoran | Uludag | Bursa

Ini adalah kali pertama saya ke Bursa walaupun telah masuk tiga kali saya menjejakkan kaki ke Istanbul, pertama kali pada tahun 2009 atas urusan kerja, tahun 2012 kembara fotografi bersama rakan-rakan dan tahun ini 2013 bersama keluarga.

Di Istanbul kami sekeluarga tinggal di Hotel Cordial House yang terletak di Sultanahmet tidak jauh dari stesen Tram Cemberlitas. Hotel ini agak terkenal dengan pelajar Malaysia dan rasanya tak sukar nak jumpa rakyat Malaysia sekiranya anda menetap di sini, lokasinya agak strategik, kurang lima minit berjalan kaki ke Grand Bazaar dan tempat-tempat menarik lain seperti Blue Mosque dan Hagia Sophia. Bukan susah nak cari hotel di Istanbul ni kerana ia merupakan antara lokasi pelancongan paling popular di dunia.

Memandangkan tajuk blog ini tentang Bursa, kita “straight to the point” la. Jarak antara Istanbul dan Bursa ialah lebih kurang 240 KM sekiranya kita mengikuti jalan darat. Tujuan kami ke Bursa ialah untuk merasa bermain salji. Ada masanya salji turun di Istanbul tetapi sewaktu kami tiba di Istanbul awal February lepas, tiada salji di Istanbul, kalau ada pun bukanlah tempat terbaik untuk bermain salji di tengah kota yang cukup padat dengan pendudukya.


© 2013 Wazari Wazir | Ferry Map Istanbul to Bursa

Kepada yang bertanya, selain Uludag di Bursa, ada tak lagi ke tempat di Turkey ni untuk bermain salji, manalah tahu kalau-kalau berpeluang ke Turkey semasa musim salji, teringain jugak nak main salji, so ada cadangan lokasi lain tak? Memang ada, bukan di Uludag sahaja tetapi Uludag adalah antara lokasi paling hampir atau mudah untuk kita hubungi dari Istanbul.

Selain dari Uludag, anda boleh cuba Ilgaz yang terletak di kawasan “Black Sea” lebih kurang 450 KM dari Istanbul, Sarikamis yang terletak 60 KM dari Kars, Kars pula terletak lebih kurang 1448 KM dari Istanbul. Palandoken yang terletak di Erzurum, iaitu lebih kurang 1247 KM dari Istanbul dan Saklikent yang terletak di Antalya lebih kurang 805 KM dari Istanbul.

Anda boleh Google tempat-tempat tersebut untuk maklumat lanjut, cuma seperti yang saya sebutkan tadi, Uludag di Bursa adalah lokasi paling hampir dengan Istanbul sekiranya kita ingin merasa pengalaman bermain salji.

Seperti mana yang saya tulis sebelum ni, saya tidak pernah ke Bursa, jadi sedikit sebanyak homework saya kena buat, maklumlah bawak keluarga, kalau pergi dengan rakan-rakan, sesat sampai tengah malam atau sesat sampai ke Bosnia Herzegovina  pun tidak mengapa, tidak jadi hal.

Ada dua cara untuk ke Bursa iaitu melalui jalan darat dan melalui jalan laut iaitu ferry. Di Bursa tiada lapangan kapal terbang, yang terdekat ialah di Yenisehir iaitu lebih kurang 64 KM dari pusat bandar Bursa, jadi tak berbaloi rasanya kalau nak naik flight ke sana.


© 2013 Wazari Wazir | KOZA KHAN | Tempat Terkenal Dengan Kain Sutera Di Bursa

Kalau kita memilih untuk mengikuti jalan darat, tidak ada masalah sangat kerana bas cukup banyak beroperasi antara dua desitinasi ini iaitu antara Istanbul dan Bursa, jadi kepada anda yang punya masa yang flexible, boleh pilih laluan bas. Jalan darat menggunakan bas akan makan masa lebih kurang 3 jam setengah untuk ke Bursa, itupun bergantung pada keadaan lalu lintas.

Cuma bagi yang berkeluarga seperti kami yang punya anak kecil, menggunakan bas bukanlah pilihan yang bijak, walaupun hanya memakan masa selama 3 jam lebih, kurang selesa untuk anak-anak duduk terperap dalam ruang bas yang kecil. Jadi kami memilih feri kerana ianya agak besar dan anak-anak bebas nak berjalan ke sana sini dalam feri tersebut.

Feri bergerak bukan sepanjang masa, ada jadual perjalanan yang perlu diikuti jadi kita kena pandai merancang masa. Terminal Feri yang paling popular ialah di Yenikapi dan satu lagi yang agak baru dibuka semenjak bulan Mac 2012 yang dikenali dengan nama IDOBUS yang berlepas dari terminal Feri Kabatas.

Cukup mudah untuk ke Kabatas ni sebenarnya, sekiranya kita menaiki tram dari Sultanahmet menuju ke Taksim, Kabatas ialah stesen tertakhir Tram, lepas turun tram, kita menyeberang jalan dah boleh nampak stesen feri Seabus Line atau IDOBUS ni.

Selain dari itu ada sebuah lagi syarikat feri iaitu BUDO yang berlepas dari Terminal Feri Eminono. Terminal Feri ni tak jauh dari Spice Bazaar. Kalau kita datang dari arah Masjid Biru atau Aya Sofya menuju ke Jambatan Galata, kita akan nampak terminal feri ini.

Jadual perjalanan IDOBUS Ferry ni bermula seawal jam 10:30 pagi dan makan masa lebih kurang 90 minit untuk sampai ke terminal Feri Guzelyali di Bursa. Feri terakhir yang berlepas dari terminal Feri Kabatas ialah pada jam 9:45 PM.

Kami memilih untuk naik feri di Terminal Feri Yenikapi kerana ianya berlepas lebih awal, kerana kami bercadang untuk terus ke Uludag sebaik sahaja sampai ke Bursa (Selepas Check in di Hotel). Hanya ada dua jadual perjalanan untuk ke Terminal Feri Guzelyali dari Yenikapi iaitu pada jam 7:30 AM dan pada pukul  5:30 PM. Dari terminal Yenikapi ke Guzelyali makan masa lebih kurang 80 minit.

Selain dari terus ke Guzelyali iaitu terminal feri paling hampir dengan pusat bandar Bursa, kita juga boleh memilih untuk menaiki Feri dari stesen yang sama iaitu Yenikapi tetapi turun di terminal Feri Yalova yang terletak agak jauh dari pusat bandar Bursa, dari Yalova akan makan masa hampir satu jam untuk ke Pusat bandar Bursa berbanding dengan perjalanan yang makan masa lebih kurang setengah jam sekiranya kita turun di Guzelyali Feri terminal.

Namun sekiranya kita rasa jadual perjalanan terus dari Yenikapi ke Guzelyali agak terlalu awal iaitu jam 7:30 AM, kita boleh memilih untuk ke Yalova yang mana feri dari Yenikapi ke Yalova akan bergerak agak lewat sedikit iaitu pada pukul 8:30 Am, 11:30 AM, 1:30 AM, 3:30 AM dan 7:30PM. Jadi ada banyak pilihan sekiranya kita berhasrat untuk naik feri ke Yalova.

Kami menaiki Feri dari Terminal Feri  YENIKAPI pada jam 7:30 AM. Tiket yang dikenakan ialah sebanyak 30 Lira seorang. Kalau beli online rasanya lebih murah, saya beli di kaunter. Mungkin ada yang bertanya, awal Feri ni, pukul berapa saya keluar hotel, sebenarnya saya tak pasti jarak antara hotel saya di Sultanahmet dan Yenikapi, saya ingat jauh, jadi selepas subuh sekitar kam 5:30 AM saya minta pihak hotel menghubungi teksi untuk kami ke Yenikapi dan perjalanan dengan teksi tak sampai pun 15 minit, lagipun awal pagi suasana lengang, laju lah teksi tu jalan tapi kaunter tiket hanya dibuka pada pukul bermula jam 6 Pagi, agak kesejukan kami menunggu di luar.

Perjalanan memang menarik dan selesa, di tiket tu ada ditulis nombor tempat duduk dan kita tak boleh nak duduk sesuka hati kecuali banyak bangku kosong, Feri yang kami naiki ni agak besar kerana feri ini juga membawa kenderaan lain, lori kereta dan sebagainya dan kepada yang banyak duit boleh beli tiket business class untuk feri ni.

Selain dari itu ada ruang untuk kanak-kanak bermain, ada restoran untuk kita makan dan minum, memang selesa untuk perjalanan yang makan masa kurang dua jam.

Saya tak sempat nak rakam gambar masa naik feri kerana, waktu itu hujan turun dan kami berjalan agak jauh juga untuk naik feri ni dari kaunter tiket, macam mana nak pegang kamera sambil mendukung Raphael dalam cuaca hujan pagi yang amat sejuk.

Syukur Alhamdulilah tepat jam 9:00 AM kami tiba di terminal Feri Guzelyali Bursa, cuaca agak mendung dan sejuk pada waktu itu namun salji tidak kelihatan di Bursa. Untuk pengetahun jaran antara Pusat Bandar Bursa ke Uludag ialah lebih kurang 57 KM. Uludag ini ialah salah sebuah Taman Negara di Turkey, dikenali dengan nama Uludag National Park.

Travelog 7 Benua

Artikel Berkaitan : Kembara Bersama Keluarga Ke Bursa II

I'm a Photographer and Travel Blogger...

2 Comments

  • syamil

    salam tuan, nak tny selain teksi, mcmne nk pegi ke jeti yenikapi? dan di bursa ada amek pakej ke utk ke uludag? terima kasih.

  • Wazari Wazir

    Salam, @Syamil, Selain dari teksi kalau nak ke Bursa kita boleh juga naik Feri dari kabatas, untuk ke Kabatas tu boleh naik Tram, sampai Kabatas, seberanag jalan dah ada Feri, cuma kena tengok jadual Feri tu. Untuk ke Yenikapi tu ada juga Tram tapi kena jalan kaki sikit untuk ke sana, saya naik teksi pasal keluar awal pagi, Tram pun belum beroperasi lagi. Di Uludag saya travel sendiri tak guna travel agency…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.