Adventure,  Travel

Kembara | Hidup Tanpa Cabaran Amat Membosankan

Trans Siberian Railway | Izmailovsky Market | Moscow | Russia

© 2015 Wazari Wazir | Me at Izmaylovsky Market | Moscow | Russia

“Hidup tanpa cabaran amat membosankan.” Kata-kata itu boleh sahaja diperdebatkan sehingga kiamat sekalipun, tetapi dalam dunia realiti, bukan semua orang sukakan cabaran. Ada orang sukakan sesuatu yang pasti, sukakan rutin harian, tidak suka rutin mereka “diganggu.” Saya pula memilih bidang Photography sebagai pekerjaan kerana saya tidak suka “rutin.” Ya, memang betul, tugas harian saya sememangnya penuh rutin iaitu mengambil gambar tetapi setiap tugasan itu berbeza, berbeza tempat, berbeza acara serta berbeza personaliti yang dirakam.

Ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat jabatan, ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat antarabangsa, ada masanya saya mengambil gambar anak-anak kecil sedang mengibar bendera nun jauh di Bario Sarawak sana dan ada masanya saya mengambil gambar pemimpin negara mengibar bendera di Dataran Merdeka. Ada masanya saya mengambil gambar di sekitar KLCC, ada masanya saya mengambil gambar nun jauh di Santiago Chile sana.

Tidak ada jadual tetap dalam pekerjaan saya, pada kebanyakan masa saya tidak mengetahui apakah tugasan saya esok hari, kadang-kadang bila tengahari baru assignment masuk, there will always be an element of surprise, saya tidak tahu di mana saya akan bertugas minggu depan dan atas tugasan apa.

Dalam bidang Photography pun, rutin ataupun “Pattern” yang sekata amat membosankan, kita perlukan sesuatu yang “contrast” untuk buat gambar tersebut nampak ceria, hidup ataupun berlainan dari orang lain. Pattern yang sekata, sama warna memang cantik dalam sebuah gambar tetapi sekiranya ada sesuatu yang keluar sedikit dari pattern yang sekata tersebut maka ianya bagi saya akan menjadi lebih menarik.

Satu ketika dahulu saya pernah berkunjung ke salah satu Pameran di Balai Seni Lukis Negara, di Bangunan lama bersebelahan bangunan Keretapi Tanah Melayu, kini bangunan tersebut telah bertukar menjadi sebuah hotel. Di sana tergantung di dinding sebuah gambar perarakan Hari Kebangsaan di mana ramai wanita bertudung berwarna biru sedang berarak, gambar tersebut dirakam dari arah belakang, “Tight Shot” tetapi yang menjadikan gambar tersebut menarik bukanlah pattern wanita bertudung biru dari pandangan belakang itu yang menjadi tarikan tetapi yang menjadikan gambar tersebut menarik ialah kerana salah seorang daripada peserta perarakan tersebut menoleh ke bahagian belakang dan menampakkan sebahagian wajahnya. Perbuatan gadis tersebut telah “Break The Pattern” dan kerana itu gambar tersebut jadi menarik dan lain dari yang lain.

Begitu juga dalam kehidupan kita, sekiranya sepanjang masa kita mengulangi rutin harian yang biasa-biasa, bagi saya secara personal amatlah membosankan, tetapi mungkin ramai yang suka akan kebiasaan. Dari hari Isnin sampai Jumaat ulang alik ke pejabat mengadap komputer, Sabtu dan Ahad bercuti di rumah ataupun berjalan-jalan di taman atau pusat membeli belah dan rutin harian bersambung lagi dari Isnin hingga Jumaat. tak payah nak pening-pening kepala.

Bukan pula saya bermaksud kita semua perlu keluar negara bercuti, maksud saya cuba buat sesuatu yang diluar kebiasaan kita, break the rutin of our life, kalau sebelum ini kita tidak pernah buat photobook, kenapa tidak cuba buat, kalau sebelum ini kita dah pernah buat photobook tetapi dengan company yang sama sahaja, kenapa tidak cuba dengan company lain pula, mungkin kurang bagus, atau mungkin jauh lebih baik lagi, saya sendiri pernah mencuba company yang baru iaitu Artifact Uprising untuk photobook saya dan hasilnya menarik.

Kalau sebelum ini kita banyak mengambil gambar portrait, kenapa tidak sekali sekala kita layan street, kita layan landscape, architecture. Kalau sebelum ini semua gambar-gambar kita adalah gambar berwarna, mengapa tidak kita cuba buat black and white. Saya suka mencuba dan kerana tidak putus-putus mencuba, saya sedikit mahir dalam mengedit gambar hitam putih dan juga sedikit kemahiran menambah texture pada gambar.

Kalau sebelum ini kita selalu travel dalam Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia hanya dengan menaiki kereta, mengapa tidak cuba menaiki keretapi, cuba menaiki bas ataupun kepada yang lebih adventure, boleh cuba berbasikal pusing Semenanjung Malaysia. Bosan pusing Semenajung Malaysia, Sabah dan Sarawak sedia menanti. Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki ke Sabah dan Sarawak atau yang dari Sabah serta Sarawak belum pernah ke Semenanjung ataupun hanya sampai di Kuala Lumpur sahaja, mengapa tidak ambil masa explore tempat-tempat lain di Semenanjung ataupun yang ke Sabah Sarawak, explore tempat-tempat menarik di sana.

Tiada siapa yang boleh jadikan hidup kita penuh dengan warna warni kecuali kita sendiri. Saya telah 3 kali ke Istanbul, 2 kali ke India serta Nepal dan saya inginkan pengalaman baru, inginkan cabaran baru. Sekiranya saya masih ke India atau Nepal, saya dah boleh jangka apa yang akan saya lihat dan telah tahu keadaan di sana tetapi Russia adalah sebuah negara baharu bagi saya yang mana saya tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana.

TAKUT, tipulah kalau  saya kata saya tak takut bersendirian ke Russia, dengar cerita macam-macam ada di sana, dengan Mafianya, dengan orangnya yang seringkali kelihatan kasar dan bengis, dengan kesejukan melampaunya di sana dan macam-macam lagi cerita yang agak menggetarkan jiwa mendengarnya. Tetapi saya beranikan diri kerana telah lama menyimpan impian untuk ke Russia, sekiranya saya mengalah dengan ketakutan saya, maka sampai bila pun kaki ini tidak menjejak bumi Russia.

Berulang alik ke India ataupun Nepal akan jadi “normal” atau kebiasaan bagi saya, masih dalam “Comfort Zone,” rasa sedikit selesa, selesa pasal dah tahu tentang keadaan di sana, saya inginkan “surprise” satu kejutan di mana setiap sudut atau lorong yang saya lalui bakal memberikan pengalaman baru dan itu hanya boleh saya dapati dengan berkunjung ke tempat atau negara yang saya belum pernah kunjungi.

Gambar di atas di akam oleh sahabat saya iaitu pelajar di Moscow Russia semasa menemani saya ke Pasar  Izmaylovsky, kira pasar ni macam Pasar Seni di Kuala Lumpur ataupun seprti Pasar Philippine di Kota Kinabalu Sabah, di sini cukup banyak barang-barang peninggalan Soviet Union, barang-barang tinggalan perang pun banyak terjual di sini. Cuma sewaktu kami ke sini, banyak kedai tutup kerana waktu itu musim sejuk, “Low Season” di musim sejuk tak ramai pengunjung, hasil jualan pun kurang memberangsangkan, jadi keadaan agak lengang, so kalau ingin ke pasar ini, sebaiknya datang semasa summer, kalau berniat nak beli banyak barang. Metro Station untuk ke sini ialah Stesen Partizanskaya, turun sini dan jalan kaki sahaja.

Salah satu sebab saya memilih untuk ke Russia semasa musim sejuk atau winter ialah kerana semangat ingin tahu betapa sejuknya Russia semasa winter. Kita di Malaysia telah biasa dengan cuaca panas dan saya ingin tahu bagaimana sejuknya Russia, inipun salah satu cara “break the pattern” juga, keluar dari kebiasaan tubuh badan kita dihangatkan dengan sinaran matahari dan membiarkan tubuh badan kita digigit kesejukan winter di Russia yang bukan calang-calang sejuknya.

Sebelum ini saya biasa travel dengan DSLR dan kini untuk trip Trans-Siberian, saya hanya membawa kamera kecil Mirrorless Fujifilm X100T dengan lensa yang tidak boleh ditukar iatu 23mm (kecuali dengan penambahan adaptor), itupun di luar kebiasaan travel saya dan ianya satu cabaran buat diri saya untuk merakam gambar-gambar perjalanan saya hanya dengan satu lensa sahaja. Dan apabila kita telah selesai menempuh satu cabaran, cuba cari cabaran baru pula, always challenge yourself. Kepada yang pernah menaiki keretapi dari Kuala Lumpur hingga ke Bangkok, why not try Trans-Siberian Journey pula…

“The Danger of An Adventure is Worth a Thousand Days of Ease and Comfort”

 – Paulo Coelho –

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.