• Adventure,  Travel

    Kembara | Hidup Tanpa Cabaran Amat Membosankan

    © 2015 Wazari Wazir | Me at Izmaylovsky Market | Moscow | Russia “Hidup tanpa cabaran amat membosankan.” Kata-kata itu boleh sahaja diperdebatkan sehingga kiamat sekalipun, tetapi dalam dunia realiti, bukan semua orang sukakan cabaran. Ada orang sukakan sesuatu yang pasti, sukakan rutin harian, tidak suka rutin mereka “diganggu.” Saya pula memilih bidang Photography sebagai pekerjaan kerana saya tidak suka “rutin.” Ya, memang betul, tugas harian saya sememangnya penuh rutin iaitu mengambil gambar tetapi setiap tugasan itu berbeza, berbeza tempat, berbeza acara serta berbeza personaliti yang dirakam. Ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat jabatan, ada masanya saya mengambil gambar mesyuarat peringkat antarabangsa, ada masanya saya mengambil gambar anak-anak kecil…