Art,  Travel

Eid al-Fitr 2013 | Eid Mubarak | Selamat Hari Raya Aidilfitri

Eid al-Fitr in Kuala Lumpur

Eid al-Fitr 2013 in Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Eid al-Fitr 2013 in Kuala Lumpur

Eid al-Fitr 2013 in Kuala Lumpur | Selamat Hari Raya Aidilfitri

Eid al-Fitr 2013 in Kuala Lumpur

Eid al-Fitr 2013 in Kuala Lumpur | Selamat Hari Raya Aidilfitri

Eid al-Fitr 2013  In Kuala Lumpur

Eid al-Fitr 2013 In Kuala Lumpur

Eid al-Fitr in Kuala Lumpur

© 2013 Wazari Wazir | Eid al-Fitr 2013 in Kuala Lumpur | Jalan Silang – Hang Lekiu

Sebenarnya dah agak lama saya mengidam nak rakam gambar kat sini, Solat Aidilfitri di tengah-tengah jalan raya antara Jalan Silang dan Jalan Hang Lekiu ni sejak pertama kali  terlihat orang share gambar Solat Hari Raya di Jalan Silang ni di salah sebuah blog yang saya baca satu ketika dulu. Lokasi Solat Sunat Aidilfitri ni ialah di antara persimpangan Jalan Silang dan Hang Lekiu tak jauh dari Mydin Sinar Kota.

Tahun ni saya ditugaskan untuk merakam gambar Solat Hari Raya di Masjid Negara kerana ramai pemimpin negara termasuklah SPB YDP Agong solat di sana, jadi peluang untuk saya mungkin agak tipis untuk merakam gambar di sini.

Tetapi saya tidak berputus asa, harapan saya kalau dapat gambar mereka dengar khutbah pun dah ok, yang penting ada gambar crowd di tengah jalan raya. Bila dah selesai merakam gambar di Masjid Negara, saya bergegas ke sini dan Alhamdulillah mereka sedikit lewat menunaikan solat Hari Raya di sini, dalam pukul 9:05AM baru mereka mula solat dan saya tak berjemaah bersama mereka pasal dah selesai menunaikan solat sunat Hari Raya di Masjid Negara awal-awal lagi. Jadi saya boleh tumpukan perhatian ambil gambar.

 Di dalam blog sebelum ni saya lihat Khatib membaca khutbah di tempat terbuka, tetapi kali ni siap ada kanopi lagi, mungkin di taja oleh pihak tertentu. Dalam kepala saya nak rakam gambar dari belakang khatib masa baca khutbah tetapi disebabkan ada kanopi tu maka tak dapatlah gambar yang saya harapkan. Saya masuk jugak bawah kanopi tu sekejap untuk rakam gambar apa yang patut masa khatib membaca khutbah.

Tidak ramai photographer kat sini, jurufoto Press pun dalam dua tiga orang sahaja dan juga beberapa pelancong asing yang mungkin secara kebetulan berada di sini dan saya tak perasan sama ada terdapat krew stesen television yang membuat liputan kat sini, yang saya nampak cuma di Masjid Negara sebelumnya.

Saya nak cerita panjang-panjang tak berapa pandai jadi biarlah gambar ini sedikit sebanyak bercerita. Kalau anda rasa gambar saya tak berapa bagus, memang tak bagus pun pasal saya agak keletihan berjalan kaki dari Masjid Negara ke sini. So kalau anda rasa gambar ni boleh diperbaiki, apa kata tahun depan anda datang buat liputan kat sini sementara masih ada, kita tak tahu sampai bila pihak berkuasa tempatan benarkan mereka solat di atas jalan raya ni dan kita juga harus ingat, majoriti mereka yang solat di sini bukan warganegra Malaysia.

InsyaAllah dari segi keselamatan, agak selamat ambil gambar di sini, cuma macam biasa kena hati-hati jangan leka kerana kawasan ni cukup padat dengan warga asing dan kita bimbang mungkin ada pihak yng tidak bertanggungjawab ambil kesempatan ke atas kita. Jangan leka ambil gambar, kalau boleh datang dengan kawan, boleh saling “cover line”.

Saya tak banyak ambil gambar “tight shot” pasal kalau banyak sangat nanti orang ingat saya buat liputan di India atau Bangladesh, so saya masukkan “environment” supaya jelas kelihatan di mana lokasi Solat Hari raya Aidilfitri ini.

Selamat Hari Raya dari Saya Sekeluarga…

Nepal Himalaya

I'm a Photographer and Travel Blogger...

3 Comments

  • Azman Ishak

    Salam untuk Encik Wazari. Saya memohon untuk menggunakan sekeping gambar dari catatan ni untuk dibuat padanan pada pembinaan kerangka wordpress untuk blog fotografi.

    Maaf sebab dah guna sekeping baru nak tulis kat komen ni. sample live template boleh di semak di sini

    kalau Encik Wazari mahu saya remove, saya akan remove. maaf sekali lagi. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

    p/s: dah lama follow blog ni. baru ni berani nak komen. itu pon sebab buat salah. :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.