-
Kembara Solo Sebagai “A Rite of Passage”
“A Rite of Passage” Apa menatang “Rite of Passage” ni, tak pernah dengar pun. Pernahkah anda mendengar nama Charles-Arnold Kurr Van Gennep? Seorang Ethnographer Perancis yang lahir di Ludwigsburg German? Lagi tak pernah dengar kan? Tidak mengapa, tidak penting sangat pun, nak travel satu dunia tak wajib pun nak kenal siapa Van Gennep ni tetapi untuk menjadi seorang Backpackers andaWAJIB ke KRABI dulu. Lawakkan, tak lawak? Yer, Lawak hambar. Pernah dengar tak satu ketika dahulu kecoh di media sosial di kalangan kaki travel bila ada kaki backpacker mengatakan “Tak backpackers la kalau tak pergi Krabi Bro!” Entahlah, saya pun belum pernah sampai ke Krabi, mungkin belum layak lagi digelar “Backpackers.”…
-
Tips Kembara Secara Solo | Pengurusan Kewangan
Awak kena ikut media lain ke Amsterdam, dan buat liputan foto Perdana Menteri di sana. Masih segar lagi dalam ingatan saya, jawapan daripada Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah JAPEN. Dalam hati berkata “macam mana nak ke Amsterdam ni, duit tak cukup ni. Entah berapa lama pulak saya akan bertugas di Amsterdam nanti.” Kemudian saya beritahu Pegawai Khas tersebut akan masalah yang saya hadapi. Bukan apa, kalau hendak diikutkan, tugas saya hanya di Ukraine di mana tragedi MH17 berlaku, team lain akan berangkat pulang ke Malaysia pada hari tersebut. Jadi saya bertanya kepada Pegawai Khas tersebut sama ada saya perlu ikut pulang atau ke Amsterdam. Tak pernah terlintas pula di fikiran…
-
Tips Dan Persediaan Untuk Mengembara Secara Solo Keliling Dunia
“The Only Impossible Journey Is The One You Never Begin.” -Tony Robbins- Hujan turun agak lebat lebat pada waktu itu, dengan kilat sabung menyabung, seolah-olah menduga-duga perasaan saya ketika itu. Seolah-olah menguji kecekalan hati saya waktu itu untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan isteri untuk tempoh yang agak lama. Bertarikh 8 Disember 2014 dan bermulalah pengembaraan solo saya yang pertama ke Rusia, sebuah negara yang saya belum pernah saya jejaki. Saya bukan mengada-adakan cerita tetapi memang begitulah keadaanya sewaktu saya melangkahkan kaki ke Stesen ERL Bandar Tasik Selatan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA di Sepang. Sebaik selesai sahaja menunaikan solat Maghrib saya meminta isteri saya menghantar…
-
Kembara Dan Fotografi | Merakam Gambar Pada Waktu Yang Berbeza
Kembara Dan Fotografi | Merakam Gambar Pada Waktu Yang Berbeza
-
Pengalaman Menaiki Kereta Api Darjeeling Himalaya | Darjeeling Himalayan Railway
DARJEELING? Di mana Darjeeling? Darjeeling terletak di sebelah West Bengal atau Barat Bengal. Apa yang ada di Darjeeling, tentang ini susah saya hendak jawab, sebab agak subjektif. Semuanya bergantung kepada minat masing-masing. Bagi saya, salah satu sebab utama saya ke Darjeeling ialah untuk merasa menaiki Kereta Api Wap (Steam Locomotive) Darjeeling yang telah berusia lebih 100 Tahun. Kepada Yang berminat tentang kereta Api, boleh teruskan pembacaan anda, tetapi sekiranya anda kurang berminat dengan kereta api, mungkin anda boleh berhenti di sini sahaja, tetapi kalau anda curious hendak tahu apa bestnya Kereta Api Darjeeling Himalaya ini, teruskan membaca. Apa yang saya tulis di sini tidak sama seperti apa yang telah disiarkan…