Family,  Life

Tips Fotografi Keluarga | Jangan Ulangi Kesilapan Saya

Family Photography | FRIM

Family Photography | FRIMFamily Photography | FRIMFamily Photography | Once Upon a Time in LangkawiFamily Photography | Once Upon a Time at The BeachFamily Photography | Kilugus | Kuala Penyu Sabah

Family Photography | Mother and Daughter | Penestanan | Ubud | BaliFamily Photography at Cameron Highlands | Malaysia
Traveling Family | Danau Beratan | Bedugul | BaliIstanbul | Adalar | Traveling Family

Family Photography | Sultan Abdul Samad Building | Kuala Lumpur

© 2015 Wazari Wazir | Family Photography | FRIM  | Langkawi |  Sabah | Cameron Highlands | Bali | Istanbul | K. Lumpur

“A photograph never grows old. You and I change, people change all through the months and years but a photograph always remains the same. How nice to look at a photograph of mother or father taken many years ago. You see them as you remember them. But as people live on, they change completely. That is why I think a photograph can be kind.”

– Albert Einstein –

Sepertimana yang sahabat semua tahu, terutamanya pengunjung tetap blog ini, saya kerap mengambil gambar keluarga tetapi amat jarang kelihatan diri saya di dalamnya kerana saya lebih fokus mengambil gambar mereka sehingga kadang-kadang terlupa bergambar bersama ataupun menganggap tidak penting atau tidak apa.

Actually, itu adalah suatu kesilapan bagi diri saya, mungkin sekarang ini dengan trend “Selfie” perkara sebegini sudah tidak timbul lagi tetapi ianya kerap berlaku sekiranya kita mengambil gambar menggunakan kamera DSLR yang besar dan berat, agak tidak selesa untuk kita menggunakan kamera DSLR untuk berselfie dengan memegang kamera tersebut sebelah tangan sahaja.

Sewaktu HaiQal masih Kecil, Raphael dan kini Arianna yang sudah petah bercakap bila melihat gambar mereka bersama ibunya, seringkali mereka bertanya “mana ayah?” Mereka masih kecil dan tidak tahu atauun tidak ingat tentang sessuatu peristiwa di dalam gambar, kanak-kanak kecil berusia di bawah 5 tahun biasanya kurang mengingati peristiwa-peristiwa  lampau yang berlaku pada mereka ketika umur tersebut.

Kita mungkin boleh explain atau terangkan kepada mereka bahawa kitalah yang mengambil gambar tersebut, “Ayah ada dekat depan,” kita beritahu mereka tetapi sekiranya kita lihat balik gambar-gambar lama, kita baru sedar bahawa, alangkah ruginya kita tidak sekali bergambar bersama mereka.

Anyway, nak cerita panjang pun no point. Yang penting jangan lupa masukkan diri anda bersama ketika bergambar bersama keluarga, itu tidak bermakna setiap foto perlu ada gambar Si Tukang Gambar, cukuplah dua tiga keping yang ada gambar kita bersama dan selebihnya fokus pada merakam aktiviti mereka.

Kebanyakan gambar di atas, saya rakam tanpa menggunakan tripod, saya hanya letakkan kamera tersebut di atas, batu, tanah ataupun apa-apa sahaja permukaan yang stabil dan set-kan kamera pada “Self Timer” mode untuk merakam gambar.

Nampak macam mudah, dan nampak macam anak-anak saya hanya menurut perintah untuk bergambar, hakikatnya tidak, sekejap sahaja, mereka dah berlari ke sana dan ke sini, sekejap lagi pula sudah buat wajah yang kurang menyenangkan. Untuk dapatkan gambar yang memuaskan hati, saya terpaksa ambil gambar berulangkali, berulang alik antara kamera dan lokasi saya bergambar.

Kadang-adang expressi wajah anak-anak tidak berapa elok, kadang-kadang ada pula subjek lain atau orang lain yang lalu di belakang mereka yang mengganggu pandangan terutamanya sekiranya subjek tersebut memakai pakaian yang berwarna terang, sudah tentu akan menyakitkan pandangan mata, so kena tunggu line clear baru rakam.

Dua buah gambar paling atas saya rakam semasa mengikuti isteri menghadiri Perkhemahan Perdana anjuran sekolah beliau di FRIM Kepong, nampak di belakang itu clear sahaja bukan? Actually terdapat banyak kenderaan yang lalu di belakang sana dan ramai juga orang yang berjalan mundar mandir di situ. So saya kena sabar menunggu, line clear cepat-cepat tekan shutter kamera on”Self Timer” dan segera bergambar bersama mereka.

Sama juga seperti gambar di tepi pantai di Langkawi tersebut, ini tempat terbuka, public place, kita tak boleh nak salahkan atau marahkan orang yang lalu lalang di belakang kita, dan kita tak boleh nak halang orang supaya memberi ruang kepada kita beberapa minit untuk mengambil gambar, tempat terbuka, kita kena ejas ikut keadaan. Kalau hendak background yang betul-betul clear, pergilah ke studio ambil gambar.

Last but not least, cara terbaik atau amalan terbaik, contoh sekiranya kita bawa family kita jalan-jalan di tempat-tempat menarik, pergi Zoo ke, Muzium ke, Taman Bunga ke, ambil dulu gambar satu keluarga berlatarbelakangkan landmark atau mercu tanda tempat berkenaan, ambillah 3,4,5 shot dengan pelbagai gaya ke, lepas tu barulah jalan-jalan dalam tu.

So kalau kita asyik leka sangat mengambil gambar anak-anak di dalam tu, sampai  terlupa nak bergambar pun tidak mengapa kerana kita telah ada gambar kenangan bersama mereka berlatarbelakangkan mercu tanda tempat tersebut. Tak perlulah setiap langkah atau setiap tempat kurungan haiwan di Zoo kita perlu bergambar, take the time to enjoy your surroundings, yang penting kita ada gambar kenangan di tempat tersebut, walaupun hanya sekeping dua, gambar tersebut akan menjadi “kunci” membuka balik pintu memori kenangan lama bersama keluarga, insyaAllah…

*Terima Kasih Kerana Sudi Membaca, Please Support Me, Vote For My DiGi WWWOW Award  Here : A Wonderful World Through Photography

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.