Photojournalism,  Travel

Ramadan Di Kuala Lumpur | Bubur Lambuk Di Masjid India

Travel and Photography | Bubur Lambuk Masjid India

Travel and Photography | Bubur Lambuk Masjid India

Travel and Photography | Bubur Lambuk Masjid India

Travel and Photography | Bubur Lambuk Masjid India

Travel and Photography | Bubur Lambuk Masjid India

© 2014 Wazari Wazir | Bubur Lambuk di Masjid India

Last week memandangkan tiada assignment apa nak buat, saya bersama rakan sekerja saya Nazri Rapaai mengambil keputusan untuk ronda-ronda sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India untuk ambil apa-apa gambar yang menarik sempena Ramadan kali ini. Antara yang menarik perhatian ialah suasana orang ramai sedang mengambil bubur lambuk di Masjid India.

Kalau kena gaya dan sudut tertentu, mungkin ada sesetangh orang akan ingat gambar diatas dirakam di India ataupun Bangladesh, cuma saya malas nak tunggu lama-lama kat dalam tu pasal agak panas. Maklumlah bubur tersebut baru sahaja dimasak dan pengagihan bubur lambuk bermula seawal jam empat petang dan sekitar jam lima petang bubur lambuk habis diedarkan.

Menurut seorang brother yang selalu ke sini, katanya bubur lambuk Masjid India ini lebih sedap dari bubur Lambuk Kampung Baru dan tahan lebih lama, rasanya lebih “spicy” kerana lebih banyak rempah ratus digunakan dan tahan lebih lama kerana mereka tidak menggunakan santan dalam ramuan bubur lambuk tersebut. Apapun saya tidak boleh mengesahkannya pasal saya dah agak lama tidak makan bubur lambuk Kampung Baru, dan di sini saya cuma mengambil gambar sahaja, dan tidak membawa pulang bubur lambuk yang disediakan.

Kami tak sempat nak menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam menjayakan program bubur lambuk di Masjid India ni, semuanya sedang sibuk dan saya tidak menunggu lama di sini, kalau ikutkan di Masjid India ini seperti juga mana-mana masjid di Malaysia ini ada jamuan berbuka puasa di sediakan dan selain di sini, Masjid Jamek Kuala Lumpur juga turut mengadakan jamuan berbuka puasa seperti biasa, so banyak pilihan untuk wargakota berbuka puasa.

Kesemua gambar-gambar diatas saya rakam guna kamera Fujifilm X100T, so agak limited sikit sudut pandang yang saya boleh rakam, sekiranya ada lensa uyang lebih luas atau telephoto lens mungkin lebih pelbagai sudut pandang boleh dirakam tanpa mengganggu kelancaran proses pengagihan bubur lambuk tersebut.

Post Berkaitan : Iftar Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.