Adventure,  Culture,  Life,  Travel

India | Catatan Perjalanan VIII

Rajasthan | Jodhpur | Sardar Market

© 2010 Wazari Wazir | Sardar Market | Jodhpur | Blue City

Kami masih lagi berada di Jodhpur untuk hari kedua, sebelum meneruskan perjalanan kami menuju ke Jaipur dengan keretapi Marudhar Express yang akan bertolak pada jam 9:30 AM dari Stesen Keretapi Jaipur yang terletk tidak jauh dari hotel Govind di mana kami menginap.

Dalam catatan sebelum ini saya terlupa bercerita tentang pengalaman kami makan nasi di beriani timbang di Jodhpur, kedai makan memang banyak terdapat di sekitar hotel penginapan kami, tidak perlu untuk kami berjalan jauh dari hotel untuk mencari restoran. Turun sahaja dari hotel dan melintas jalan sudah tersedia di depan mata restoran untuk kami makan namun kerana berasa was-was dengan sumber makanan yang dihidangkan kami bertanya pada pengusaha hotel terbabit di mana kami boleh mendapatkan “Muslim Food”, layanan tuan punya hotel memang bagus, kami ingatkan dia akan melukis peta diatas kertas bagi menunjukkan di mana lokasi kedai tersebut, sebaliknya beliau mengajak kami ke satu sudut di hotel ini dan beliau menunjukkan di mana lokasi kedai nasi beriani terbabit. Walaupun keadaan agak gelap di luar sana, kami boleh mengagak di mana letaknya kedai tersebut.

Beliau menunjukkan kepada kami di mana kami boleh mendapatkan nasi beriani yang terdapat tidak jauh dari hotel kami, tidak perlu untuk kami mendapatkan khidmat “Auto Rickshaw” kerana jaraknya dekat. Sebelum kami turun ke bawah hotel, kami sempat bertanya lagi pada pengusaha hotel tersebut di mana kami boleh mendapatkan Kain Sari yang murah di sini, di Jodhpur ini, memandangkan ramai orang beranggapan harga serta kualiti kain Sari di Rajasthan ini adalah antara yang termurah dan terbaik di India. Sekali lagi pengusaha hotel tersebut yang agak berusia umurnya, mungkin dalam lingkungan 60 tahun menunjukkan kepada kami di mana lokasi kedai yang menjual pelbagai aneka kain sari tersebut dan ternyata kedai tersebut hanyalah terletak tidak jauh dari restoran nasi beriani yang ditunjukkan olehnya sebelum ini.

RAJASTHAN 2010

© 2010 Wazari Wazir | Pemandangan Waktu Malam Di Hadapan Hotel Kami Di Jodhpur

Sebenarnya kedai nasi beriani tersebut bukanlah sebuah kedai sebaliknya hanyalah sebuah warung kecil yang didirikan di hadapan kaki lima antara deretan kedai-kedai yang terdapat di sepanjang jalan di hadapan hotel kami ini. Untuk pengetahuan semua semenjak kami menjejakkan kaki di India, kami berlima belum lagi menjamah barang sebutir nasi pun, sebaliknya kami hanya mengisi perut kami dengan menjamah sedikit coklat atau biskut yang kami bawa dari Kuala Lumpur, bukannya tiada restoran di New Delhi, memang banyak restoran di sini tetapi oleh kerana terlalu mengambil sikap was-was dan terlalu berhati-hati kerana takut akan keracunan makanan maka kami tidak berani untuk singgah masuk di mana-mana restoran hinggalah kami menjamah nasi beriani di sebuah warung kecil di kaki lima antara deretan kedai-kedai di Jodhpur ini.

RAJASTHAN 2010

© 2010 Ahmad Shukri | Nasi Beriani Timbang | Jodhpur | Rajasthan

Apa yang menarik perhatian kami sebaik memesan nasi beriani ini ialah ianya “ditimbang” sebelum dihidangkan kepada kami, inilah kali pertama dalam sejarah hidup kami, makan nasi beriani yang ditimbang. Mulanya kami mintak sedikit sahaja tetapi setelah menjamah nasi beriani tersebut, kami semua mintak tambah, mungkin kerana terlalu lapar atau terlalu sedap, memang berselera betul kami makan di waktu itu, kalau ada sedara mara tegur dari belakang pun, pasti kami buat tidak tahu atau tidak nampak, begitu berseleranya kami menjamah nasi beriani timbang di Rajasthan ini.

Kalau diperhatikan dalam gambar di atas, diseberang jalan tersebutlah terletaknya kedai atau warung nasi beriani timbang tersebut, terletak di kaki lima antara deretan kedai menjual barangan elektrik dan pelbagai jenis textile. Suana seperti dalam gambar memang agak gelap kerana tiada lampu jalan di sini, hanya diterangi oleh lampu-lampu dari deretan kedai-kedai yang ada serta lampu dari kenderaan yang bertali arus. Saya merakam gambar di atas sambil menunggu kawan-kawan yang lain sibuk memilih kain-kain sari untuk di bawa terbang ke Kuala Lumpur nanti.

RAJASTHAN 2010

© 2010 Wazari Wazir | Sibuk Memilih Kain Sari | Jodhpur | Rajasthan

Jodhpur | Rajasthan

© Team Rajasthan | Foto Rakaman Fuad Abdullah | Bergambar Setelah Puas Hati Membeli Kain Sari

Kalau nak diikutkan saya memang tak nak beli apa-apa sangat, kalau ada pun hanyalah T-Shirt ataupun keychain sahaja tetapi bila tengok sahabat yang lain bagai nak gila membeli Sari, lepas keluar kedai masuk kedai, saya pun teracun jugak, banyak jugaklah kain sari yang kami beli Bila ada member kata harga di sini memang murah gila dari di Kuala Lumpur, dah keluar kedai pun kami kembali masuk kedai semula, yelah kan, duit kita boleh cari lagi dengan bekerja lebih keras tapi bukan mudah untuk datang ke sini berulang kali. Kalau setakat di New Delhi tu, boleh gagah lagi, tapi kalau nak ke sini di Jodhpur dengan jarak 12 jam perjalanan berkeretapi bukanlah sesuatu yang mudah. Maka tanpa fikir panjang kami beli lagi sampai puas hati.

RAJASTHAN 2010

© 2010 Foto Di Rakam oleh Fuad | Teh Tarik Session | Govind Hotel Rooftop | Jodhpur Rajasthan

Lepas habis puas bershopping, kami kembali semual ke hotel kami yang hanya terletak di seberang jalan dan pekena Teh Tarik dan Kopi O di atas bumbung hotel. Memang ada kedai minuman di atas bumbung hotel kami, kedai tak besar kecil sahaja dan tak banyak pilihan sangat, setakat nak basahkan tekak tu, kira okeylah. Suasana menghirup Kopi O di Rajasthan ni memang tak sama dengan minum di warung di Kuala Lumpur, suasananya memang berbeza, rasa puas kerana tercapai hasrat untuk ke bumi Rajasthan.

Rajasthan | Jodhpur | Sardar Market

© 2010 Wazari Wazir | Sardar Market | Jodhpur | Rajasthan

Rajasthan | Jodhpur | Sardar Market

© 2010 Wazari Wazir | Sardar Market | Jodhpur | Rajasthan

Pada sebelah pagi keesokan harinya kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Sardar Market ataupun di Clock Tower untuk merakam sedikit lagi gambar sebelum meneruskan perjalanan seterusnya ke Jaipur dengan menaiki keretapi yang akan bergerak pada jam 9:30 AM, jadi kami ada sedikit masa untuk ke Clock Tower, lagipun berdasarkan maklumat di dalam buku panduan Lonely Planet, jarak Clock Tower tersebut tidak jauh dari stesen keretapi, hanya mengambil masa tidak sampai dua puluh minit dan dengan tambang Auto Rickshaw kurang Rs100 sahaja. Kawasan ini adalah kawasan pasar yang sesak dengan orang ramai tetapi memandangkan kami tiba di sini awal pagi maka kawasan ini masih lagi lengang, belum ada lagi gerai atau kedai yang beroperasi di sini.

Ada baiknya bagi sesiapa yang ingin mengembara ke mana-mana untuk melakukan sedikit kerja rumah sebelum melaukan perjalanan, setidak-tidaknya kita tahu mana arah yang hendak dituju, jarak masa perjalanan serta berapakah jumlah tambang teksi, bas, keretapi ataupun lain-lain jenis pengangkutan untuk sampai ke destinasi yang hendak di tuju, dengan itu kita boleh bajet masa kita serta kita juga boleh bajet berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Kawasan di sekitar pasar ini sememangnya menarik, ada pelbagai perusahaan kecil-kecilan yang dilakukan oleh penduduk setempat, saya hanya sempat singgah dibeberapa lokasi sahaja di sini kerana tidak mahu terlalu leka mengambil gambar sehingga menyebabkan kami ketinggalan keretapi, kalau jurufoto mengambil gambar dan kena pulak dengan selera lensa kamera masing-masing memang boleh leka, masa terasa begitu pantas berlalu, namun Alhamdulillah kami berjaya merancang masa kami dengan baik di sini dan setelah selesai merakam sedikit gambar di sini, kami kembali ke hotel, kemas sedikit barang dan terus ke Stesen Keretapi Jodhpur sebelum sempat bersarapan pagi.

Related Post : Catatan Perjalanan VII

I'm a Photographer and Travel Blogger...

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.