Family,  Life,  Portrait

Tips Fotografi Mengambil Gambar Kanak-Kanak Menggunakan Kamera Kompak

Family Photography | My ChildrenFamily Photography | My Children

© 2015 Wazari Wazir | My Children Having Fun at The Park | Taken With Fujifilm X100T | 23 mm Lens

Tips Fotografi Mengambil Gambar Kanak-Kanak Menggunakan Kamera Kompak, macam ntah hape hape jer tajuk blog ni kan? Anyway itu salah satu cara untuk memudahkan carian orang ramai di Google, atau mana-mana enjin carian di internet ni. Biasanya untuk topik tertentu, orang akan mencari tentang tips-tips sesuatu perkara, kenapa, bagaimana, siapa dan lain-lain lagi. Kalau saya tulis tajuk, indahnya zaman kanak-kanak, biasanya orang tidak akan kaitkan dengan fotografi, mungkin akan kaitkan dengan pengalaman silam, cerita pendek, cerpen ataupun buku dan sebagainya.

Okey, terus kepada tajuk blog, actually rasanya dah cukup banyak tajuk-tajuk berkenaan fotografi kanak-kanak, baby ataupun gambar keluarga yang saya kongsikan di blog ini, masakan tidak, sejak anak pertama saya lahir ke dunia lagi saya dah kongsikan semua itu, kini HaiQal bakal masuk kelas darjah tiga tahun hadapan, insyaAllah.

So, apa lagi yang hendak diceritakan dan dikongsikan melainkan mengulangai semula tips-tips yang pernah saya kongsikan dahulu. Cuma kali ini ada sedikit perbezan, sebelum ini kebnyakan gambar anak-anak saya dirakam menggunakan kamera DSLR dengan Lensa 50 mm, tetapi untuk gambar ketiga-tiga orang anak saya di atas iaitu HaiQal, Raphael dan Arianna, saya menggunakan kamera kompak sahaja, kamera bersize kecil Fujifilm X100T yang  ringan dengan lensa tetap atau Fixed Focal Lens 23 mm sahaja.

Biasanya kamera kompak ini, kalaupun ada yang boleh Zoom in and zoom out, tapi tak boleh pergi jauh sangat kecuali yang agak mahal harganya. Jadi dalam kebanyakan masa gambar subjek atau orang dalam gambar tu kelihatan kecil, terutamanya sekiranya kita menggunakan kamera kompak dengan lensa 23 mm, 28 mm atau 35 mm. Sebab gambar subjek jadi kecil ialah sebab jarak kita yang jauh dari subjek.

Jadi cara penyelesainnya sangat mudah, common sense orang kata. Pernah dengar tak kata-kata ini daripada jurufoto legenda peperangan, Robert Capa “If your photographs aren’t good enough, you’re not close enough.” Maksudnya antara sebab gambar kita kurang bagus atau kurang baik ialah kita jauh daripada subjek. Bila kita jauh dari subjek, orang dalam gambar itu akan kelihatan kecil dan kurang impak pada yang melihatnya.

Pada awal tahun 1940-an, Robert Capa sering menggunakan lensa 50 mm sahaja, masa tu mumgkin belum ada lagi lensa Telephoto 70-200 mm ataupun 24-105 mm ataupun lain-lain zoom lens lagi. Pada ketika itu kebanyakan lensa adalah “Prime Lens” atau “Fixed Focal Length.” Maksudnya Focal Length itu tetap tak boleh Zoom in dan Zoom Out, masa tu hanya ada 24 mm, 28 mm, 35 mm, 50 mm, 105 mm dan seterusnya.

Maksudnya lagi kalau kita inginkan subjek kelihatan besar dalam frame atupun memenuhi sebahagian besar frame kita, kita yang perlu berjalan mendekati subjek tersebut, berbanding dengan Zoom Lens seperti 24 -105 mm, kita boleh berdiri di tempat yang sama, dan kalau hendak subjek itu kelihatan besar dalam frame, kita Zoom kan pada 105 mm tanpa perlu melangkah walau setapak pun, ini berbeza kepada yang hanya memiliki lensa Fixed 24 mm, kita kena berjalan mendekati subjek supaya subjek memenuhi ruang frame kamera kita.

Dalam erti kata yang mudah untuk kita faham, untuk mendapatkan gambar yang memberi impak kepada kita, wajah subjek perlulah besar dalam frame gambar ataupun memenuhi sebahagian besar frame gambar kamera kita. Tetapi itu bukan bermakna semua keadaan kita perlukan subjek utama itu memenuhi ruang frame kamera kita untuk menimbulkan kesan.

Ada masanya subjek hanya sebesar batang mancis sahaja dalam frame tetapi menimbulkan kesan yang besar atau mendalam, seperti seorang sedang menaiki unta di padang pasir yang luas di waktu matahari sedang terbenam, kalau kita ambil gambar subjek sedang menaiki unta memenuhi sebahagian frame berbanding dengan size manusia dan unta yang kecil yang kita letakkan di penghujung frame gambar, kesannya berbeza, kesan loneliness, cerita pengembaraan menjelajah padang pasir yang luas, ceritanya berbeza, impaknya berbeza. Tiada salahnya kita hendakkan size manusia dan unta itu memenuhi frame ataupun hanya sekadar sebesar size batang mancis sahaja tetapi masih boleh nampak jelas struktur bentuk seekor unta dan manusia yang sedang menaikinya.

Okey berbalik kepada mengambil gambar keluarga ataupun anak-anak kita dengan kamera kompak bersize kecil, kita ingat balik pesan Rober Capa, kita perlu dekatkan diri kita dengan subjek. Kalau anak-anak kita ada lebih dari seorang, biarkan mereka bermain sesama  mereka  ataupun kalau sedang berseorangan, biarkan dia leka bermain dengan permainan kegemarannya, kita berbual-bual dengan mereka dan dalam masa yang sama kita ambil gambar mereka. Kelebihan kamera kompak size kecil, ringan, senang nak bawa.

The point is, get as close as possible dengan mereka. Teknik ini tidak semestinya hanya boleh digunakan dengan kamera kompak, kita juga boleh menggunakan teknik “Getting Closer” ini dengan menggunakan kamera yang terdapat dalam telefon pintar kita.

Tips extra pulak, untuk merakam gambar seperti di atas itu ialah kita perlu bijak dalam melihat kualiti cahaya. Gambar di atas saya rakam di sebuah taman di awal pagi, selepas kami sekeluarga selesai berjogging. Saya memang bawak kamera setiap kali keluar berjogging bersama keluarga, mula-mula isteri saya berjogging bersama HaiQal dan Raphael dan saya menjaga Arianna, dan kemudian saya pula berjogging, isteri saya pula menjaga anak-anak dan beg kamera saya, so takdelah saya jogging dengan bawak  kamera sekali.

Awal pagi biasanya sekitar pukul 7:30 AM dan 8:00 AM waktu di Kuala Lumpur, cahaya dia cukup cantik dan saya memang minat bermain dengan backlighting ni, backlighting ini bermaksud sumber cahaya yang datang daripada bahagian belakang subjek. Salah satu sebabnya ialah ia boleh membentuk “Rim Light” pada bahagian rambut anak-anak saya, kira macam ada “framing” pada bahagian rambut anak-anak saya.

So, next time kalau kita ingin ambil gambar anak-anak kita, jangan lupa ambil dari jarak dekat, penuhkan ruang frame dalam viewfinder kamera tetapi jangan penuh sangat, berikan sedikit ruang kiri kanan, atas bawah bahagian kepala dan kaki mereka. Lepas itu, kalau kita nak ambil gambar anak-anak kita dari jarak yang jauh, sedang berlari ke, melompat  ke, terpulang, be creative, jangan ingat kita perlu ada kamera DSLR dengan lensa panjang-panjang baru boleh ambil gambar hebat, Rober Capa dulu guna lensa 50 mm sahaja (pada kebanyakan masa) Legendary Photographer tu…

“If it makes you laugh, if it makes you cry, if it rips out your heart, that’s a good picture.”
– Eddie Adams –

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.