Adventure,  Travel,  Uncategorized

Happening, Apabila Selebriti Backpackers Malaysia Berkumpul

The Photographer | Malaysian TravelerThe Photographer | Malaysian Traveler

The Photographer | Travel Photographer

© Wazari Wazir | Sesi TT Bersama Pengembara Tegar Malaysia

Okay, sebelum saya melalut lebih jauh lagi dan sebelum anda semua berkata saya “Poyo”, biarlah saya jelaskan maksud sebenar tajuk blog saya kali ini. Saya bukanlah salah seorang Selebriti Backpackers yang dimaksudkan, saya hanya menumpang glemer mereka sahaja, yang saya maksudkan dengan “Selebriti Backpackers” itu ataupun yang di Celebrate ialah Siti Noridah atau yang lebih dikenali sebagai ET yang baru sahaja menghasilkan sebuah buku Travel bertajuk Travelog ET Kembara AFGHANISTAN, seorang lagi ialah Meor Farid Asyradi atau lebih dikenali sebagai Mr. Traveller yang juga telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Travelog MR. Traveller.

Selebriti selanjutnya ialah Badrul Hisham yang telah menghasilkan sebuah buku bertajuk ADVANTURA Pulang ke Malaya dan juga Selebriti yang tidak asing lagi dikalangan Backpackers kental Malaysia iaitu Nazri Arshad atau lebih dikenali sebagai Moji, beliau belum lagi menulis buku tentang kisah kembaranya, rancangan kembara beliau bertajuk Kembara Backpackers Bersama Moji pernah disiarkan di RTM dan Astro serta projek terbaru beliau ialah Jom Korea Travelog yang disiarkan di TV AlHijrah.

Saya pulak yang duk menyelit di sana hanya menumpang glemer sahaja, atau menumpang tuah, harap-harap bertuah juga sebagaimana bertuahnya mereka.

Asal pertemuan ini sebenarnya berdasarkan status facebook  Travelog ET (Siti Noridah) Penulis Buku Traveg ET Kembara Afghanistan, beliau up status, katanya sesiapa yang hendak membeli buku Travelog ET secara COD boleh jumpa beliau di Bangsar, saya pun bersama rakan sekerja dan juga rakan kembara Fuad, pun datanglah ke Bangsar. Member saya Fuad tu yang berbaju biru (gambar bawah) berminat nak beli buku Travelog ET Kembara AFGHANISTAN, dia pesan kat saya tolong belikan, lepas tu nampak status ET kata siapa nak beli boleh datang Bangsar, so saya pun ajak member saya tu turun Bangsar.

Hari waktu tu baru lepas hujan tetapi masih lagi gerimis, actually dua tiga hari sebelum tu saya dapat mesej dari Che Wan (yang pakai topi ala Safari tu) tanya saya jadi ka tak datang, saya jawab tak pasti lagi, takut ada last minit assignment. Bila sampai saja di sana, lepas parking motor saya dapat lagi mesej dari Che Wan, tanya saya jadi ke tak datang, tak sempat saya nak balas dah nampak kelibat mereka berdua sedang duduk di warung. Che Wan ni terlibat dalam reka bentuk atau reka letak buku Travelog ET Kembara Afghanistan tu, pertama kali saya jumpa beliau semasa buat liputan Bersih 4 di hadapan LRT Masjid Jamek.

Salah satu sebab saya datang ialah nak dengar sendiri dari mulut ET (Siti Noridah) tentang pengalaman beliau di Afghanistan, maklumlah bukan semua benda sempat dimasukkan ke dalam buku, mungkin ada cerita-cerita yang tak sempat atau mungkin kurang sesuai untuk dituliskan di dalam buku, nak tahu proses visa, route, keselamatan, contact person kat sana kalau ada, cara beliau menulis buku, bagaimana beliau mencari masa menulis buku dan macam-macam lagi, Lepas tu dia kata Meor atau MR. Traveller pun nak datang, saya dengar pun dah cuak.

Tak lama lepas tu memang betul Meor Farid Asyradi sampai, dari meja kecik dah kena pindah ke meja besar pulak pasal tak cukup ruang, lepas pindah meja besar sikit, Moji pulak sampai, tak lama lepas tu Badrul Hisham, penulis buku ADVANTURA Pulang ke Malaya pulak sampai, time tu rasa macam nak menyorok bawah meja atau angkat kaki nak balik rumah pun ada, almaklumlah, kita sedar diri kita ni siapa, bukan selebriti, rasa kekok dikelilingi Selebriti Backpackers Malaysia ini.

Kepada rakan-rakan backpackers terutamanya rakan-rakan facebook BBM atau Backpackers Buddies Malaysia yang jumlah ahlinya sudah lebih 60,000 orang, nama-nama seperti Moji, Mr. Traveller, ET dan Badrul Hisham ni sudah memang tidak asing lagi. memang betul dalam group BBM ada beribu-ribu kaki travel, ada yang travel senyap-senyap, sekali sekala baru update status padahal dah berpuluh negara travel ataupun ada juga yang travel senyap-senyap berbulan-bulan dan tiada siapapun tahu kisah mereka.

Cuma yang membezakan Selebriti ini berbanding backpackers Malaysia yang lain ialah kerana ada antara mereka sudah punya rancangan kembara yang disiarkan di Kaca TV, standard Artis dah seperti Moji. Kisah Badrul Hisham yang pulang ke Malaysia dengan menaiki basikal dari London pun pernah mendapat liputan di kaca TV adan masuk suratkhabar. Sama juga dengan kisah Kembara Mr. Traveller iaitu Meor yang mengembara ke Europe dengan menaiki keretapi, usia masih muda tetapi telah menjejakkan kaki ke 35 buah negara, pernah juga di-interview di salah sebuah stesen TV tempatan.

Yang terbaru ialah ET atau Siti Noridah, traveler solo wanita Malaysia yang mengembara berbulan lamanya ke negara bergolak iaitu Pakistan, Iran  dan Afghanistan, selain itu ada lagi beberapa buah negara lain yang telah beliau kunjungi. Semenjak kisah perjalanannya ke Afghanistan secara solo diketahui ramai, maka banyaklah pihak yang ingin menghubungi beliau, nak tahu cerita lanjut tentangnya, beliau semakin popular dengan terhasilnya buku Travelog Afghanistan beliau.

Actually ramai lagi yang hadir, lebih kurang 12 orang semua yang hadir sesi TT mengejut ini. Dalam ramai-ramai tu ada seorang lagi yang tak sempat hendak saya berbual memandangkan meja yang agak panjang dan beliau pun sibuk berbual dengan rakan disebelahnya, Orang yang dimaksudkan ialah Ida Yunus, beliau pernah kembara  ke Russia melalui laluan  Trans-Siberian railway jugak. Tak sempat saya nak dengar pengalaman beliau.

Rasa macam dalam mimpi pun ada sebenarnya, almaklumlah bukan senang nak jumpa semua backpackers hebat ini dalam satu-satu masa. Dah nama pun backpackers, dah tentu tak duduk diam. Senyap-senyap up status facebook ada di hujung dunia sana ataupun mungkin terlepas ke Kutub Utara.

Saya sempat berbual rancak dengan Moji kerana beliau duduk sebelah saya, senang sikit nak berborak, Noridah pulak sibuk bersembang dengan rakan kembara wanita di sebelahnya (hal-hal berkaitan gadis-gadis agaknya), manakala Badrul dan Meor sibuk berbual dengan orang lain juga.

Watak Moji memang tak ubah seperti dalam TV, sangat happening, kalau bercerita susah hendak berhenti, dalam waktu yang singkat, cukup banyak pengalaman dikogsikan terutama kisahnya di Amerika Selatan, antara yang menarik perhatian saya ialah kisahnya di Peru atau di Machu Picchu. Dalam sembang-sembang tu dapat tahu yang Moji juga minat dengan Cuba dan merancang untuk ke sana.

Saya pun dah lama menyimpan impian untuk ke Cuba sebelum dimodenkan oleh Amerika, sekarang ni Amerika dah longgarkan syarat kemasukan ataupun syarat untuk rakyat mereka ke Cuba, takut lepas ni Cuba dah jadi moden, dah kurang authentic orang kata. Bukan saya tak suka Cuba maju tetapi kalau boleh saya ingin rasa pengalaman berada di Cuba sebelum ianya penuh dengan bangunan-bangunan moden pencakar langit seperti di New York. Dalam sembang-sembang tu semoat jugak saya meracun Moji supaya belaiu membukukan kisah kembara beliau, dan beliau pada dasarnya bersetuju namun ianya bukanlah tugas yang mudah.

Kepada kaki travel, rasanya tak perlu hendak saya kenalkan siapa mereka-mereka ini, tetapi kepada yang belum kenal terutamanya Meor, beliau semakin popular dengan terbitnya bukau MR. Traveller, Bayangkan dalam masa 14 hari sahaja bukunya telah terjual sebanyak 2000 naskhah, satu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk 1st time writer, Buku tulisan Badrul Hisham yang mengisahkan pengalamannya berbasikal pulang ke Malaysia dari London juga merupakan antara buku Genre Travel Writing yang mendapat perhatian, kira kategori “Laku Keras.” Sempat berbual secara ringkas dengan beliau tentang pengalamannya tapi masa yang terhad tak sempat nak cungkil banyak lagi pengalaman berharga dari beliau, bertubuh kecil, bersemangat waja orangnya.

Ketiga-tiga buku tersebut saya beli dan saya habis membacanya dalam masa beberapa hari sahaja, kepada kaki travel atau backpackers, saya cadangkan agar anda membeli buku-buku mereka yang sarat dengan penagalaman dan juga tips-tips berguna yang mungkin boleh kita guna pakai untuk kembara kita seterusnya. Buku terbaru yang saya beli ialah buku Travelog ET Kembara AFGHANISTAN (saya beli secara online dari ET), buku ADVANTURA Pulang ke Malaya serta buku Travelog MR. Traveller saya beli semasa Pesta Buku Kuala Lumpur yang lalu.

Nak sembang tentang travel ni rasanya sampai ke pagi pun tak habis dan memang betul pun, selepas saya pulang, rupanya Siti Noridah atau ET bersembang dengan Ida Yunus sampai jam 4 pagi, kalau saya masih bujang mungkin boleh saya join sembang sampai ke Subuh, tapi apa nak buat, anak-anak dan  isteri menunggu di rumah, tambahan pulan esok paginya saya akan menghadiri seminar tentang penulisan buku anjuran Legacy Publishing di Taman Melawati dan salah seorang ahli penanya ialah Meor Farid Asyradi atau MR. Traveller yang turut hadi  waktu itu.

Oleh kerana masing-masing ada urusan, saya, rakan saya Fuad dan Meor MR. Traveller angkat kaki dulu dan mereka pun terus bersembang. Kalau ikutkan hati memang nak stay lama lagi, banyak benda yang belum terjawab, banyak lagi soalan yang hendak ditanya. Tapi apapun, Syukur Alhamdulillah ditakdirkan pertemuan ini oleh Yang Maha Kuasa, semoga ada hikmah disebaliknya dan mudah-mudahan akan ada lagi perjumpaan seumpama ini di masa hadapan, insyaAllah…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.