Life,  Photojournalism

Fikir Dahulu Sebelum Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Photojournalist


© 2015 Wazari Wazir | The Photographers at The Parliament During President Barack Obama Visit To Malaysia

© 2015 Wazari Wazir | The Photographers at The Parliament During President Barack Obama Visit To Malaysia

© 2015 Wazari Wazir | The Photographers at The Parliament During President Barack Obama Visit To Malaysia

© 2015 Wazari Wazir | The Photographers at The Parliament During President Barack Obama Visit To Malaysia

Sebelum saya mengarut panjang dalam tulisan saya kali ini, ingin saya bertanya kepada anda semua, kenal tak dengan photographer Mat Salleh sebelah kanan gambar di atas yang menggalas dua buah kamera jenama Canon tanpa Flash? Sekiranya anda boleh menjawab tanpa membuat carian menggunakan Google Image Search, anda mungkin seorang peminat fotografi yang meminati aliran Photojournalism tetapi kalau anda tidak kenal pun tidak mengapa, bukan ada hadiah pun yang hendak direbutkan.

Actually selain daripada photographer Mat Salleh tersebut, kedua-dua photographer di sebelah kanan beliau iaitu seorang jurufoto lelaki dan seorang jurufoto wanita yang bertudung, juga merupakan antara photographer terpenting di Malaysia ini. Walaupun wajah jurufoto lelaki tersebut terlindung di sebalik kamera, namun kebanyakan rakan-rakan photojournalist tempatan cukup kenal rapat dengan beliau.

Sewaktu saya mengikuti bengkel Fotografi Kembara bersama Saiful Nang, beliau melontarkan sebuah pertanyaan kepada peserta yang hadir, SN bertanya siapa kenal “Steve McCurry”? Pertanyaannya seolah tidak disambut, ramai yang diam ataupun malas nak jawab, tetapi dalam hati, saya tahu ramai yang tidak tahu siapa dia Steve McCurry, kerana boleh dikatakan rata-rata yang hadir adalah kaki travel atau kaki kembara yang ingin belajar tentang bagaimana hendak mendapatkan gambar-gambar percutian yang menarik, kebanyakan daripada mereka bukannya peminat photography hard core yang tahu tentang nama-nama besar dunia photography.

Setelah Saiful Nang, bertanya siapa ingat lagi tentang gambar wanita Afghanistan bermata hijau yang menghias muka depan majalah National Geographic satu ketika dahulu, barulah ada terdengar suara yang menyambut “Ooooo”, tetapi saya percaya kalau dipaparkan di layar projektor potret 50 orang photographer Mat Salleh, sudah tentu agak sukar bagi mereka untuk meneka dengan tepat yang mana satu Steve McCurry.

So apa motif saya tulis benda ni? Motif saya antara lain ialah, menjadi seorang Photojournalist bukanlah sebuah kerjaya yang “Glamour,”

Kebanyakan orang bila melihat gambar-gambar yang terpapar di dada-dada akhbar ataupun melihat wajah artis kesayangan mereka di muka depan majalah baik majalah tempatan ataupun antarabangsa ataupun menerusi media sosial, bukan mereka nak ambil tahu pun siapa jurufoto hebat yang merakam gambar tersebut, kecuali yang meminati bidang photography sahaja, yang mungkin hendak tahu siapakah gerangan photographer yang bertuah dapat merakam gambar artis tersebut, ada yang nak tahu untuk memuji sang photographer, ada juga yang hendak tahu untuk mengkritik karya photographer tersebut. My point is, kebanyakan orang tak ambil peduli, tak ambil kisah pun pun siapa yang merakam gambar tersebut.

Berbalik kepada gambar di atas, photographer Mat Salleh tersebut ialah Pete Souza, beliau ialah “Chief Official White House Photographer for President Obama“. Gambar di atas saya rakam semasa President Barack Obama mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun lepas (2014).

Gambar tersebut saya rakam di Parlimen semasa istiadat sambutan rasmi. Saya ambil gambar Pete Souza pasal saya kenal dan minat dengan karya dia, kalau saya tak kenal dia, saya tak heran pun nak rakam gambarnya. Saya kenal Pete Souza tetapi yang pasti Pete Souza tak kenal saya.

Di kalangan peminat photography tanahair terutamanya yang meminati bidang fotografi kewartawanan ataupun photojournalism sudah tentu kenal dengan nama Pete Souza, sebabnya beliau merupakan Photographer kepada President Obama dan hubungan beliau dengan Obama pun dah macam satu keluarga dan beliau telah merakam gambar-gambar Obama sebelum Obama menjadi President lagi.

Sebelum menjadi Chief Official White House Photographer kepada President Obama, pada tahun 1983 hingga 1989, beliau juga telah menjadi Official Photographer kepada President Ronald Reagen. Tahun 1983 saya baru masuk darjah dua, beliau telah mengambil gambar seorang President. Semasa lawatan President Barack Obama ke Malaysia pada tahun 2014, Pete Souza telah pun mencecah usia 60 tahun, umur pencen wajib bagi kakitangan kerajaan di Malaysia.

Kalaupun ada kakitangan kerajaan ataupun swasta yang menjawat jawatan sebagai Photographer, biasanya kalau dah bekerja selama 25 hingga 30 tahun ataupun berumur antara 45  tahun dan ke atas, biasanya mereka dah menjawat jawatan kanan, senior photographer dan biasanya pada usia tersebut, mereka ni dah duduk di office sahaja, memberikan arahan ataupun tugasan ataupun menjadi Photo Editor untuk agency media masing-masing, tetapi Pete Souza masih lagi mengikuti President Barack Obama ke serata dunia meninggalkan anak dan isteri serta mungkin cucunya. (Actually tak banyak yang diketahui tentang keluarga beliau).

So apa yang menyebabkan Pete Souza popular atau dikenali ramai terutamanya dikalangan peminat photojournalism? Sebabnya antara lain ialah beliau merupakan jurufoto kepada President Amerika Syarikat, jurufoto kepada  seorang  president kuasa besar yang dikenali di seluruh dunia. Mungkin tidak semua penduduk dunia mengenali President Obama tetapi hakikatnya ramai orang mengenali President Amerika Syarikat tersebut berbanding President Republic of Kiribati.

Di mana letaknya Kiribati pun orang garu kepala, nama president dia pun tak ramai orang tahu, apa lagi nama official photographer kepada President Kiribati (entah ada atau tidak official photographer kepada president tersebut, saya pun tidak tahu).

*Ikuti Sambungannya DI SINI

I'm a Photographer and Travel Blogger...

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.