• Life,  Photojournalism,  Portrait,  Travel,  Uncategorized

    Megapakah Jurufoto Menggunakan Lensa Telephoto Yang Besar, Berat Dan Panjang?

    Artikel ini saya tujukan kepada adik kakak yang masih lagi dibangku sekolah, yang masih belum mengenali bidang photography ini secara mendalam, terutamanya kepada adik kakak di bangku sekolah menengah yang kemungkinan terlihat subjek ataupun topik tentang kerjaya jurufoto dalam buku teks mereka, dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (KSSM) Secara tepatnya. Kepada Abang Kakak yang dah berstatus otai dalam bidang fotografi ni, abaikan saja artikel ini, jangan buang masa berharga anda, lebih baik melepak di kedai kopi sambil layan facebook atau whatsapp. Untuk tidak membuang masa lagi, mari kita teruskan dengan pembelajaran. Pernahkah adik-adik terlihat jurufoto membawa lensa yang besar gedabak, panjang dan kelihatan macam berat sangat sampai terpaksa…

  • Life,  Photojournalism

    Suka Duka Menjadi Seorang Photojournalist

    Pete Souza, namanya tidak asing lagi dikalangan Photojournalist baik di Malaysia mahupun di dunia, masakan tidak beliau ialah Ketua Jurufoto White House, di Amerika Syarikat, boleh dikatakan jurufoto peribadi kepada President Amerika Syarikat, iaitu yang terkini Barack Obama. Sebelum ini beliau juga pernah berkhidmat sebagai Jurufoto White House kepada President Ronald Reagen. Beliau juga pernah berkidmat secara Freelance untuk National Geographic dan juga Life Magazine serta pernah terlibat merakam peperangan di Afghanistan. Diringkaskan cerita, beliau telah ke serata dunia. Itu yang orang nampak, apa yang orang tak nampak dan mungkin tidak pernah hendak ambil tahu, bagimana dengan keluarganya, Kalau hendak ikutkan kehidupan peribadi Pete Souza agak misteri, kalau tak silap…

  • Life,  Photojournalism

    Fikir Dahulu Sebelum Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Photojournalist

    Sebelum saya mengarut panjang dalam tulisan saya kali ini, ingin saya bertanya kepada anda semua, kenal tak dengan photographer Mat Salleh sebelah kanan gambar di atas yang menggalas dua buah kamera jenama Canon tanpa Flash? Sekiranya anda boleh menjawab tanpa membuat carian menggunakan Google Image Search, anda mungkin seorang peminat fotografi yang meminati aliran Photojournalism tetapi kalau anda tidak kenal pun tidak mengapa, bukan ada hadiah pun yang hendak direbutkan. Actually selain daripada photographer Mat Salleh tersebut, kedua-dua photographer di sebelah kanan beliau iaitu seorang jurufoto lelaki dan seorang jurufoto wanita yang bertudung, juga merupakan antara photographer terpenting di Malaysia ini. Walaupun wajah jurufoto lelaki tersebut terlindung di sebalik kamera, namun…