• Life,  Photojournalism

    Fikir Dahulu Sebelum Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Photojournalist

    Sebelum saya mengarut panjang dalam tulisan saya kali ini, ingin saya bertanya kepada anda semua, kenal tak dengan photographer Mat Salleh sebelah kanan gambar di atas yang menggalas dua buah kamera jenama Canon tanpa Flash? Sekiranya anda boleh menjawab tanpa membuat carian menggunakan Google Image Search, anda mungkin seorang peminat fotografi yang meminati aliran Photojournalism tetapi kalau anda tidak kenal pun tidak mengapa, bukan ada hadiah pun yang hendak direbutkan. Actually selain daripada photographer Mat Salleh tersebut, kedua-dua photographer di sebelah kanan beliau iaitu seorang jurufoto lelaki dan seorang jurufoto wanita yang bertudung, juga merupakan antara photographer terpenting di Malaysia ini. Walaupun wajah jurufoto lelaki tersebut terlindung di sebalik kamera, namun…