Family,  Life,  Portrait

Tips Photography Merakam Gambar Hari Jadi | Upacara Meniup Lilin

Family Photography | Happy Birthday Haiqal

© 2016 Wazari Wazir | Selamat Hari Ulang Tahun HaiQal | ISO 2000 | f/5 | 1/40

Setiap kali Hari Ulang Tahun anak saya, mesti saya cuba ambil gambar meniup lilin. Kalau kita baca di internet mesti macam-macam versi orang bercerita pasal meniup lilin ni, bukan acara kita, bukan amalan Islam, itu ini dan sebagainya, ya memang betul cuma, saya buat ni, senang cerita for the sake of photography, pasal nampak cantik dengan available light yang ada pada lilin tersebut menerangi wajah anak-anak saya.

Tiada sambutan apapun, hanya kami sekeluarga sahaja anak beranak, ditemani ibu mertua saya serta adik ipar saya, dalam gambar ni tak nampak sebab saya hanya ambil gambar anak-anak saya sahaja, lagipun cahaya lilin yang ada tidak cukup untuk menerangi kawasan yang luas, so mereka bertiga sahaja dalam gambar. Sebaik HaiQal meniup lilin tersebut, barulah saya pasang lampu dan dan rakam sekali lagi gambar satu keluarga, siap guna flash lagi, biar terang semua.

Bukan susah sangat nak ambil gambar seperti ini, yang penting ISO kena tinggi. Kepada yang bertanya, boleh ke guna ISO rendah kalau guna tripod? Ya memang boleh, tetapi kalau kita guna ISO rendah seperti ISO 100 atau ISO 200, nanti kita terpaksa guna shutter yang slow atau perlahan dan akibatnya, gambar akan jadi blur atau kabur, maklumlah, budak-budak bukan reti duduk diam.

Sebaiknya guna manual, kalau boleh set dulu Shutter kepada 1/40 dan ke atas, sebaiknya 1/60 dan ke atas, lepas tu test shot, kalau nampak gambar gelap, jangan adjust shutter, adjust ISO, kalau ISO 1000, cuba bagi ISO 2000 atau ISO 3000, ini semua bergantung pada jumpah cahaya. Ini sambutan Hari Jadi HaiQal ke-9, so ada 9 lilin atas kek tu, kuat jugaklah cahayanya, kalau kita sambut Hari Jadi anak umur setahun hingga tiga tahun, atau ada 2,3,4,5 batang lilin sahaja, dah tentu cahayanya sedikit, so tak bolehlah ikut setting yang saya kongsikan di atas.

Kalau lilin tak banyak, ataupun sumber cahaya tak kuat, maka kita kena naikkan ISO, mungkin ISO 4000 atau 5000, cubalah test dulu, sebelum shoot. Saya ambil gambar ni guna tripod pasal kelajuan shutter bawah 1/100 dan kebawah, peluang untuk kamera shake agak tinggi, jadi untuk meminimakan gambar blur akibat kamera goyang, maka saya guna tripod bagi stabil sedikit.

Kalau ada yang tanya kenapa tak pakai flash? Satu soalan yang bagus, apapun terpulang pada diri masing-masing, ikut selera anda, bagi saya, saya inginkan mood seperti dalam gambar tersebut, hanya diterangi cahaya lilin sahaja. Kalau anda tak suka, anda suka yang terang benderang, itu saya tak boleh na kata apa, ternyata citarasa kita berbeza.

Apapun kepada sesiapa yang berminat hendak mencuba dapatkan gambar seperti ini, selamat mencuba, lupa pulak hendak beritahu, sebelum shoot ni, selepas set up semua, saya tutup semua lampu rumah, kipas pun tutup juga, supaya lilin tak padam, TV pun saya tutup, saya inginkan total darkness, kegelapan total, hanya bersumberkan cahaya lilin semata. Lepas tu, masa hendak potong kek, saya pasanglah lampu dan kipas semula.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.