Adventure,  Travel

Fotografi Kembara | Kenangan Di Jeti Pantai Sawangan | Kuala Penyu | Sabah

Family PhotographyTravel Photography | Jeti Sawangan | Kuala Penyu

© 2015 Wazari Wazir | Jeti Pantai Sawangan Kuala Penyu Sabah

Semasa menyambut Hari Raya baru-baru ini ke Sabah, saya mengambil kesempatan berkunjung ke sini. Tidak dirancang sangat pun tetapi masa tu kami sekeluarga bersama ibu mertua beraya di rumah saudara di pekan Kuala Penyu, dah alang-alang berada di sini, saya beritahu isteri saya, elok kita pergi ke Jeti Sawangan ni, dah lama tak pergi. Last time pergi tahun 2010 semasa HaiQal baru berusia 3 tahun.

Cadangan saya untuk pose semula gambar yang sama di jeti tersebut, amat malang sekali bila sampai sahaja di Jeti ini, amat menyedihkan melihat keadaan Jeti yang usang dan hanya menunggu masa untuk roboh sahaja. Saya tidak pasti status sebenar jeti ini, apakah akan dibaik pulih ataupun dibiarkan begitu sahaja.

Tak berani nak bergambar lebih-lebih di sini, bimbang akan keselamatan kami, nak berjalan ke hujung jeti pun rasa was-was. Keadaan persekitaran juga agak terbiar, penuh dengan sampah sarap.

Pada Tahun 2010, saya bergambar di jeti ini dengan menggunakan kamera Nikon D200 dengan lensa Prime 50 mm, manakala kali ini saya hanya menggunakan kamera compact Fujifilm X100T dengan lensa Fix 23 mm. Depth of Field dan perspective-nya berbeza. Keadaan lighting-nya juga berbeza. Agak “harsh” semasa kunjungan saya baru-baru ini.

*Hopefully ada jeti baharu akan di bina di sini di masa hadapan nanti, insyaAllah…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.