Art,  Travel

Tips Fotografi Kembara | Bila Dan Kenapa Kita Perlu Gunakan ISO Tinggi

Istanbul | Ayasofya | Hagia Sophia

© 2012 Wazari Wazir | Pemandangan Bahagsian Dalam Muzium Ayasofya | Hagia Sophia | Istanbul Turki

Secara ringkasnya, mungkin tidak ramai daripada pembeli kamera DSLR membaca manual yang ada pada kamera mereka dan bukan semua yang mebeli kamera DSLR ialah mereka yang benar-benar berminat dengan ilmu photography, mereka membeli kamera DSLR kerana mereka ada wang dan kamera DSLR nampak lebih “macho” ataupun unggul daripada kamera jenis kompak, dan oleh kerana itu tidak ramai yang mengambil tahu akan keupayaan ataupun kelebihan kamera DSLR mereka.

Saya tidak berhajat untuk menulis panjang kali ini kerana tajuk ini pernah saya tulis dengan agak panjang lebar sebelum ini, di akhir artikel ini, saya akan berikan linknya. Apa yang ingin saya nyatakan secara ringkas di sini ialah tentang penggunaan ISO Tinggi, ISO ini ialah standard yang telah di tetapkan oleh badan antarabangsa, rasanya tak perlu kita nak buang masa belajar tentang asal usul organisai ini, cukuplah kalau saya nyatakan bila kita bercakap tentang ISO pada kamera digital ianya merujuk pada kadar sensitiviti sensor kamera kita terhadap cahaya.

Semakin tinggi nilainya, sebagai contoh ISO 6400, semakin  sensitif ia terhadap cahaya berbanding pada tahap ISO 100. Apa perlunya ISO dan mengapa ada banyak nombor, bila kita perlu guna ISO 100 dan bila kita perlu guna ISO 6400/ Secara asasnya ISO yang terbaik yang mampu memberikan hasil digital gambar terbaik, dari segi ketajaman, kontrast gambar yang baik adalah ISO yang rendah, ISO 200, 100 atau lebih rendah dari itu adalah ISO yang mampu memberikan hasil “imej digital” terbaik, saya kata hasil “digital”, bukan gambar yang hebat kerana gambar yang hebat itu terlalu subjektif untuk di perkatakan, kita boleh rakam gambar yang hebat melalui kamera tangan kita, bergantung pada moment yang di rakam.

Secara logiknya kita perlu gunakan ISO tinggi di tempat kurang cahaya dan ISO rendah pada tempat yang banyak cahaya tetapi banyak faktor yang perlu di ambil kira, tidak semestinya jika tempat itu kurang cahaya seperti dalam gua kita perlu gunakan ISO tinggi, kita sebenarnya boleh gunakan ISO rendah yang memerlukan dedahan lebih lama tetapi kita perlu menggunakan Tripod untuk dedahan atau exposure yang lama yang mungkin memakan masa beberapa saat, kalau kita “handheld” kamera kita untuk beberapa saat kerana ingin dapatkan kualiti terbaik melaui pengguunaan ISO rendah dah tentu gambar kita akan blur atau kabur, kerana kamera bergetar, mana mungkin kita boleh pegang kamera kita selama beberapa saat tanpa sedikitpun bergoyang, kita bukan patung.

Secara asasnya, kebanyakan orang mampu mengambil gambar secara baik tanpa menggunakan tripod sekiranya kita menggunakan kelajuan shutter 1/60 dan ke atas, tetapi ini bergantung pada berat kamera dan lensa yang di gunakan, kalau kita guna lensa 300mm f/2.8 tanpa tripod, guna shutter 1/60, gambar kabur juga, lagi berat lensa lagi laju kita kena guna shutter. Tentang shutter tu lain kalilah kita sembang secara terperinci walaupun shutter-aperture dan ISO sangat kait mengait.

Jadi, bila kita rasa, atau tengok dalam viewfinder kamera kita dengan menggunakan Manual mode, dengan pilihan ISO 100, ia menunjukkan yang gambar kita underexposed, (kena rujuk meter dalam kamera), lensa kita dah habis bukak aperturenya, kalau kita guna lensa f/2.8 kita dah bukak habis tetapi masih lagi memberikan petanda underexposed pada kelajuan shutter 1/60, maka kita perlu turunkan lagi kelajuan shutter, bila dah turun ia jadi 1/10 atau 1/5 dan dah tentu dengan kelajuan shutter ini kamera akan goyang tanpa bantuan tripod. (you all kena try guna manual mode untuk faham apa kaitan semua ni).

Jadi untuk dapatkan kelajuan yang sesuai, iaitu antara 1/60 dan ke atas, apa yang perlu kita ubah ialah ISO nya, kerana Aperture dah habis bukak, tripod tidak boleh di gunakan, pilihan terakhir untuk dapatkan exposure yang baik, gambar terang dan tidak gelap ialah untuk menaikkan kadar sensitiviti sensor kamera kita ke arah yang lebih tinggi, ISO 400-1000 atau yang mana sesuai sehingga di dalam viewfinder kamera kita menunjukkan “bar” exposure meter tu berada di tengah-tengah antara – dan +.

Untuk pengetahun anda, kita bebas mengambil gambar di dalam Ayasofya di Istanbul cuma kita tidak di benarkan membawa tripod, begitu juga di Basilica Cistern, tripod tidak dibenarkan, kita kena tinggalkan tripod kita di bilik pengawal, dan ambil balik bila kita selesai melawat tempat-tempat tersebut. Jadi bila kita kembara ke luar negara, ada masanya kita perlu bergantung kepada ISO Tinggi untuk dapatkan dedahan atau exposure yang baik di atas sebab tersebut.

Keadaan di dalam Ayasofya agak gelap, cahayanya suram-suram, saya menggunakan ISO 2000, shutter f/5 pada lensa 24mm, lensa 24mm saya tu boleh di buka sampai f/2.8 tetapi saya letak f/5 sebabnya saya kalau saya gunakan f/2.8, tidak banyak tempat yang akan sharp atau jelas kerana medan ketajaman gambar atau “depth of field” agak sempit. Kesannya saya memilih untuk guna shutter 1/20 yang lebih perlahan dari 1/60, sebenarnya banyak gambar saya yang agak Blur atau kabur bila menggunakan kelajuan shutter tersebut, tetapi saya rakam banyak-banyak dalam tu dan cuba kawal pernafasan saya agar dapat memegang kamera dengan stabil pada kelajuan shutter yang rendah.

Mungkin ada yang kata kenapa tak naikkan lagi ISO tu pada ISO 6400 so boleh guna kelajuan shutter yang agak laju, good point di situ tetapi kesannya, gambar saya akan ada banyak “noise” berbanding ISO 2000. Di harap sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu. (Tentang “noise” tu boleh rujuk pada link yang di berikan di bawah)

*Boleh rujuk artikel yang pernah saya tulis ini untuk maklumat lanjut : Kepentingan Menggunakan ISO Tinggi

HaiQal

I'm a Photographer and Travel Blogger...

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.