Art,  Emotion,  Expression,  Face,  Family,  Malay,  Malaysia,  Melayu,  Moment,  Photoshop,  Portrait,  Portraiture,  Reportage Photography,  Sayang

Photography | A Moment To Remember

© 2009 Wazari Wazir

“If these picture have anything important to say to future generations, it’s this – I was here, existed. I was young, I was happy, and someone cared enough about me in this world to take my picture”

( From The Movie | One Hour Photo )

Kata-kata Robin Williams dalam filem “One Hour Photo” tersebut cukup memberi kesan kepada saya sebagai seorang photographer dan juga sebagai orang biasa, bukan maksud saya photographer itu orang yang luar biasa, cumanya sebagai photographer yang bekerja dan sebagai orang biasa yang mengambil gambar sebagai hobi adalah dua perkara yang berbeza.

Pernahkah kita terfikir sebagai orang yang dirakamkan gambarnya berterima kasih pada jurufoto yang merakamkan gambar kita? Dalam kehidupan ini banyak perkara atau benda yang kita boleh beli dengan wang ringgit tapi detik ataupun saat keemasan yang dirakamkan oleh jurufoto tak mungkin berulang, kalaupun cuba untuk dilakonkan semula, ianya tidakkan sama dengan gambar yang dirakamkan secara semula jadi, secara spontan, secara jujur, secara ikhlas.

Pernah saya bercerita dengan teman-teman, situasi di mana seorang “wartawan” bergambar dengan Fidel Castro, President of Cuba, sewaktu persidangan NAM di Kuala Lumpur suatu waktu dahulu, ingin membeli gambar saya, saya jual dengan harga yang agak mahal, untuk empat keping gambar bersaiz 4R saya kenakan bayaran RM250. Terperanjat si “wartawan” mendengar harga yang sedemikian rupa, dia call saya balik, dia kata, dia bukannya jahil sangat pasal foto ni, ramai member-member dia jurufoto ( wartawan, biasalah ) memang selalu dikelilingi jurufoto, dia berkata,” gambar 4R sekeping baru 30 sen jer, ni empat keping sampai RM250 apa cerita”, dia bukan cakap sebijik-sebijik macam tu, tapi lebih kurang macam tulah bunyinya. So macam mana you nak jawab, memanglah harga sekeping baru 30 sen jer waktu tu, tapi saya bukan bercerita pasal “kertas” di sini.

Saya bagitau dia, saya bukan menjual “gambar” tapi “moment”, bagi saya RM250 untuk 4 keping gambar bersama Fidel Castro adalah harga yang teramat murah, saya rasa ada ramai orang yang sanggup membayar harga yang lebih dari itu untuk bergambar dengan Fidel Castro. Seperti yang saya katakan “saya bukan menjual gambar tetapi moment”. Kertas gambar yang dicetak memanglah tak mahal mana tapi nilai gambar tu amat tinggi, mungkin bukan sekarang tapi di masa akan datang, dengan bangganya kita boleh berkata, “I’ve a picture with President Fidel Castro”. Mungkinj bukan semua orang menyukai Fidel Castro tetapi sewaktu persidangan NAM tersebut berlangsung, boleh dikatakan hampir semua wartawan ingin bergambar dengannya, sampai saya sendiri tak sempat nak bergambar dengannya sebab sibuk ambil gambar kawan-kawan, nasib jurufoto, macam tu lah.

Dipendekkan cerita, ” wartawan” tadi tu datang ke opis saya dan membayar harga yang saya tetapkan, duit RM250 bila-bila pun boleh cari tapi moment serta kenangan bersama seseorang, tak mungkin berulang. Bukanlah tujuan saya untuk mencari keuntungan dengan “menjual moment” tetapi niat hati saya supaya orang menghargai “Saat yang dirakamkan oleh jurufoto”, jangan memperlekehkan jurufoto, berterima kasihlah kepada jurufoto kerana tanpa orang yang merakamkan gambar kita, kenangan hanya tinggal kenangan, kalau nak bercerita dengan orang pun, mungkin ada yang tak percaya tetapi dengan adanya gambar, kebanyakan orang akan lebih mudah percaya. Memang betul kita boleh buat “super impose” tapi itu dah masuk bab lain.

Saya tidak buat bisness dengan mengambil gambar, baik gambar perkahwinan mahupun perseorangan, tetapi kepada sesiapa yang ingin gambarnya dirakamkan dengan baik, dengan menarik, carilah jurufoto mana yang berkenan dan bayarlah harga yang berpatutan pada mereka, jangan membandingkan jurufoto dengan juruto yang lain hanya berdasarkan pada harga tetapi pada gambar yang dirakamkan, kalau sesuai dengan selera di hati, ambillah meraka, tentang harga soal kedua, tak cukup duit, kumpul lagi, dapatkan yang terbaik supaya kita ada “moment” yang terbaik yang dapat dikongsikan bersama dengan anak cucu kita dan generasi akan datang. Jangan persoalkan tentang harga, jangan persoalkan tentang betapa murahnya kalau nak print sekeping gambar berbanding dengan ribuan ringgit yang dibelanjakan untuk sebuah “memory”.

Jangan berkata “Mahalnya You Charge” bagi saya secara peribadi, no matter how much money you pay for a photographer to take your picture, it’s never enough. “Special Moment is Priceless”, sebagai contoh gambar perkahwinan di mana sejarah sebuah keluarga mula terbina, di mana wajah sanak saudara terakam indah di dalamnya, di mana gelak ketawa, senyum dan tangis rakan taulan, sahabat handai serta sanak saudara terakam selamanya. Apakah ada harga untuk itu semua? Bagi saya sebagai seorang jurufoto, tidak ternilai harganya.

Percayaah di usia tua nanti pasti gambar-gambar berkenaan akan ditatap semula dan sama ada kita sedar atau tidak, mungkin gambar tersebut akan mampu untk menyentuh hati kita, mampu untuk mengalirkan air mata, mampu untuk buat kita ketawa, bukan sahaja kita, mungkin anak cucu kita pun turut gembira melihatnya kerana mereka, anak serta cucu kita tidak dapat menyaksikan kesemua itu tanpa adanya gambar yang dirakamkan, dan pada ketika itu, berterima kasihlah pada jurufoto yang merakamkannya kerana tanpa jurufoto kenangan hanya tinggal kenangan, cerita hanya dibir sahaja.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

3 Comments

  • dian nais

    salam..
    itulah sifat manusia.. saya juga menghadapi masalah yang sama.. hati ini juga terlalu bersimpati untuk meletakkan harga seperti mana diletakkan..

    setelah baca blog ini.. ini boleh dijadikan ‘modal’ untuk memberi justifikasi ke atas harga foto yang dikehendaki..

    🙂

    terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.