Uncategorized

KEM Fotografi

KEM FOTOGRAFI 2009
KEM FOTOGRAFI 2009

Baru-baru ini saya telah pun dihubungi oleh saudara Black, tujuan utamanya untuk menjemput saya menjadi sebahagian dari tenaga pengajar untuk KEM Fotografi ini. Kerap kali juga saudara Black menghubungi saya dari Pulau Pinang, beliau juga telah turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan saya dan rakan-rakan Black yang lain, saya memang kagum dengan kesungguhan beliau, terharu pun ada juga di hati saya bila saya dijemput sedangkan masih ramai lagi jurufoto yang hebat-hebat di Malaysia ni, tapi dengan niat untuk berkongsi pengalaman saya terima dan saya kagum dengan kesungguhan Black.

Bukan senang untuk menganjurkan program sebegini, dengan zaman ekonomi yang tidak menentu, maka ramai juga dikalangan photographer yang mengambil sikap berjimat cermat. Bagi saya untuk menambahkan ilmu dan untuk menambahkan lagi nilai diri kita, seharusnya kita memperbanyakkan ilmu di dada. Saya ambil contoh wedding photographer yang tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan  di Malaysia ni, bagaimanakah cara terbaik untuk kita “stand out among the crowd”, apakah dengan memberi pakej termurah untuk menarik perhatian pelanggan, kalau inilah sikap kita maka, sukar untuk kita mengecap kemajuan, wedding photographer sepenuh masa akan tewas kepada jurufoto perkahwinan separuh masa, sebabnya jelas dan mudah, wedding photographer separuh masa tidak akan menjejaskan ekonomi mereka kalau meletakkan harga yang rendah kerana mereka punyai pendapatan yang tetap, lima dan enam ratus per wedding pun mereka boleh buat, asal lepas bayar bil itu dan ini.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah kita perlu menambahkan nilai pada diri kita, menjadikan produk kita agak berlainan dari “competitor” kita, apa uniknya kita untuk membezakan hasil kerja kita dengan orang lain, apa perlunya pelanggan memilih kita sedangkan mereka ada banyak pilihan, sekiranya kita mampu untuk menghasilkan sesuatu yang unik maka, insyaAllah kita akan terus maju ke depan, ianya memang akan mengambil masa untuk membina nama tetapi kita perlu konsisten, rajin-rajinlah menambah ilmu di dada, jangan asyik sibuk “mengupgrade” equipment tetapi lupa untuk menaik tarafkan ilmu serta kemahiran di dada, kalau asyik sibuk nak mengupgradekan equipment kita akan tewas kepada mereka yang mampu, yang punya poket yang tebal. Kesimpulannya tambahlah pengetahuan di dada, ada banyak perkara yang kita boleh buat dengan peralatan yang kita ada seandainya kita gunakan sepenuhnya.

Saya akan memberikan tutorial mengenai “Basic Editing Photoshop”, hanya membabitkan perkara-perkara asas untuk menaiktarafkan mutu gambar. Apa yang penting saudara dan saudari sekalian perlulah sentiasa meluangkan masa untuk bereksperiment sendiri dengan pelbagai teknik yang ada dalam Photoshop, untuk pengetahuan semua, hampir setiap hari saya menghabiskan masa berjam-jam bermain dengan photoshop, bukan untuk duit tetapi kerana minat yang mendalam. Cuma satu perkara yang ingin ditekankan di sini, bagi saya Photoshop adalah alat untuk menaiktarafkan gambar bukan untuk memperbaiki gambar yang rosak atau menyelamatkan gambar yang kurang kualiti. Perlu diingatkan untuk mengedit gambar supaya kelihatan hebat, sumber gambar itu juga perlu hebat, perlu bagus dari segi komposisi dan pencahayaan sebagai contoh, “get it right first in your camera” lepas tu baru kita “enhance” gambar tersebut. Bagi saya ada dua teknik editing dalam photography ni, “Image Manipulation” dan “Image Enhancement” namun kekadang kedua-duanya ada dalam teknik editing kita, ada sesetengah gambar kita perlu untuk “manipulate” to make it look great. Cuma yang kita tak dibenarkan untuk manipulate ialah gambar Photojournalism atau Fotografi Kewartawanan, hanya basic editing yang dibenarkan, Reportage Photographer ada Kod Etika Kewartawanan yang perlu dipatuhi untuk tidak memesongkan fakta sedia ada.

I'm a Photographer and Travel Blogger...

3 Comments

  • kalelkikgs

    TQ bro for posting the poster.
    Jumpa bro di Pulau Pinang.

    regards
    kalel
    presiden pjvpp

  • punk5hitam

    terima kasih daun keladi kerana sudi menerima pelawaan saya utk menjadi sebahagian dari tenaga pengajar utk kem fotografi ni…saya x tau mcm mana nak balas budi bro ni…ini sajalah yg termampu kita usahakan utk membantu anak bangsa agar lebih maju dan tahu apa yg mereka ingin dan sedang lakukan…kita bukan nak tunjuk pandai tapi sekadar ingin berkongsi sekelumit pengalaman yg ada moga2 memberikan manfaat…again…tq sifoo

  • zafferiz

    salam. sgt bminat nk ikut serta kem fotografi nie. jauh tue agak jauh jugak la. penat tu penat jugak la. pilah-klang-penang. ada la 7-8jam.
    tak pegi kang rase rugi sgt2 sbb bro ada kukubesi ada shaifulr ada. tiga2 top tue. sy sedang cuba aturkan mase & duit tuk ke sana. harap dpt bjmpa kt sana nnt, insya allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.