» Wazari Wazir Photographer Blog, Malaysian Photographer

Kembara | Wisata Di Kota Bandung | Jawa Barat, Indonesia

© Wazari Wazir 2017 | Wisata Di Kota Bandung | With Pak Yanto (Last Pix)

 

Bandung, ada apa di Bandung? Bila dengar member nak pergi Bandung, biasanya yang tergambar difikiran ialah mereka yang ingin pergi shopping, sebab dengar kata barang-barang di sana murah terutamanya pakaian. Dan kebiasaanya menjelang perayaan terutamanya menjelang Hari Raya, dua tiga bulan sebelum tu, dah tentu ramai ke Bandung.

Selain daripada shopping, yang biasa kita dengar bila orang ke Bandung ialah ke Tangkuban Perahu atau Tangkuban Parahu. Dulu ingatkan Tangkuban Parahu ni sebuah tasik, sebab tengok gambar yang orang pergi tu nampak macam sebuah tasik, malas nak google lebih-lebih, rupanya Tangkuban Parahu ni sebuang Gunung Berapi.

Trip saya ke Indonesia kali ini bukanlah hendak buat gambar, bukan trip photography atau photography outing, secara jujurnya trip nak menghabiskan sejumlah cuti tahunan yang terkumpul, yang tidak digunakan dan sekiranya tidak digunakan ianya akan lupus begitu sahaja. So daripada memerap di rumah atau ulang alik ke KLCC, ada baiknya saya keluar sekejap dari Malaysia. Jadi saya pilih trip Trans-Java, rentas Pulau Jawa Overland dengan menggunakan perngangkutan kereta api. Nak jimat kos, nak ke Europe, banyak pulaklah guna duit.

Trip ni bukan solo tetapi saya pergi berdua dengan rakan sekerja saya, Azmi, kami pernah travel sekali ke India dan juga Istanbul sebelum ini. Kami tidak turun di Bandung tetapi turun di Jakarta dan sebaik sampai di Jakarta, terus ambil bas DAMRI dari airport dan terus ke stesen kereta api Gambir. Tiket kereta api saya dah beli siap-siap secara online dari Kuala Lumpur.

Perjalanan dari Stesen Gambir mengambil masa lebih kurang 3 jam sahaja dengan kereta api Argo Parahyangan. Rasa sekejap sangat 3 jam tu, maklumlah, sebelum ini saya pernah menaiki kereta api rentas Siberia yang mengambil masa selama 3 hari dalam kereta api iaitu dari Kazan Ke Irkutsk, jadi 3 jam ni rasa macam singkat sangat.

Salah satu sebab saya memilih untuk menggunakan kereta api ialah untuk melihat Pulau Jawa sekali lalu, sebab berdasarkan video di youtube yang saya lihat, pemndangan dari kereta api menuju ke Bandung dari Jakarta sangat menarik dan memang betul, sangat menarik, kiri kanan laluan kereta api kita boleh lihat pelbagai pemandangan, daripada bandar-bandar kecil, kampung-kampung sepanjang perjalanan dan juga kawasan sawah padi luas terbentang tak lupa juga dengan laluan rentas jambatan keret api yang sangat menarik.

Dipendekkan cerita sewaktu kami tiba di stesen kereta api Bandung, keadaan hujan renyai-renyai, saya hanya sempat ambil gambar di luar stesen dengan iPhone sahaja, malas hendak keluar kamera dalam bag. First time sampai sini dah kalut, bukan apa, kami salah pilih exit point untuk keluar stesen. Silap pilih exit point menyebabkan kami terpaksa menapak hampir 2KM untuk ke hotel kami, sedangkan kalau ikut exit point yang betul, tak sampai 100 meter dah sampai hotel kami yang terletak di Jalan Kebon Jati.

© 2017 Wazari Wazir | Stesen Kereta Api Bandung (Main Exit Point Sebelah Kanan)

Sebenarnya kami boleh cross landasan kereta api untuk ke exit point yang satu lagi, tetapi disebabkan kita di Malaysia tak boleh suka-suka hati nak cross landasan kereta api sebab ada elektrik, jadi di sini saya tak berani nak cross train track tu, actually boleh jer, maklumlah baru sampai, so menapaklah kami hampir 2KM ke hotel.

Kalau tengok gambar stesen kereta api di atas tu, kami keluar di sebelah kanan stesen manakala hotel kami terletak di sebelah kiri, kurang 100 meter jer dari stesen ni, so tak apalah, dapatlah jugak tengok-tengok apa yang ada di sekitar stesen kereta api ni.

Hari pertama sampai di sini, kami hanya di hotel sahaja lagipun dah lewat petang tetapi selepas Maghrib saya ajak Azmi ke Toko GRAMEDIA Bandung. Kepada kaki buku GRAMEDIA tak perlu diperkenalkan lagi tetapi kepada non book lover, GRAMEDIA ialah sebuah toko buku terkenal dan terbesar  di Indonesia. Ulat buku kalau ke Indonesia, macam tak sah kalau tidak jejakkan kaki ke GRAMEDIA. So sebelah malamnya kami ke GRAMEDIA yang terletak di Jalan Merdeka.

Saya decide hendak pergi ke GRAMEDIA, sebelah malamnya bukan pasal apa, so esok dah free and easy, dah takde sibuk nak pergi kedai buku lagi, jadi saya manfaatkan masa yang terluang untuk pergi malam tu jugak. Kami di Indonesia tidak ambil pakej internet, hanya bergantung sepenuhnya pada WiFi Free hotel sahaja. Melalui Google, tengok lokasi Toko GRAMEDIA ni tak jauh sangat dari hotel, dekat sangat pun tidak, tapi bolehlah jalan kaki. So pelan-pelan kami jalan kaki dari jalan Kebon Jati ke Jalan Merdeka, Syukur Alhamdulillah jumpa, itupun tanya pada pelajar sekolah yang kami temui di tepi jalan. Budak sekolah mesti tahu mana toko buku GRAMEDIA tu.

Esok paginya kami berangkat ke Tangkuban Parahu, bukan apa, dah sampai ke Bandung, lagipun saya tidak pernah ke sana, so atas dasar ingin tahu saya pun ke sana. Kami hanya gunakan Angkot sahaja, dua kali Angkot. Angkot ni macam Tuk-Tuk tapi bukannya tiga roda, dia macam van, bas mini yang lebih kecil dari mini bas.

Untuk ke Tangkuban Parahu, dari Jalan Kebon Jati atau dari Stesen Kereta Api Bandung kita perlu cari Angkot Ke Lembang, kena cari Angkot yang ada tulis “Lembang.” Ni kira last station Angkot tu, lepas sampai Lembang, kena cari Angkot Cikole pula. Lepas tu baru boleh sampai ke Tangkuban Parahu. Menaiki Angkot ke Lembang mengambil masa lebih kurang satu jam baru sampai Lembang,m tu belum sampai Tangkuban Parahu lagi.Tambang Angkot dari Stesen kereta Api ke Lembang ialah Rp10,000 sahaja.

Kalau hendak saya ceritakan tentang perjalanan ke Tangkuban Parahu ni, rasanya panjang sangat, boleh buat satu chapter dalam buku, so di sini saya tulis ringkas-ringkas sahaja. Kebanyakan orang yang ke Bandung ni mereka ambil chartered van, senang, bookong satu van dengan Pak Supir dan boleh pergi mana-mana kita suka, tetapi memandangkan saya memilih untuk rasa mengembara sebagaimana orang lokal bergerak, saya pilih naik Angkot.

Di Cikole saya terpaksa chartered satu Angkot untuk dua orang, sebabnya bila dah sampai ke Tangkuban Parahu tu, katanya, kata driver Angkot tu, tak ada teksi atau Angkot akan naik sampai atas, kalau tak nak chartered nanti kena menapak turun bawah yang boleh dikatakan agak jauh kalau hendak menapak, so nak tak nak terpaksalah chartered Angkot tu untuk Rp500,000. Kira rugi jugak sebab satu Angkot naik dua orang sahaja, kalau lima orang bayar Rp500,000 tu kira ok jugaklah, bayaran tu  untuk sehari, boleh nak guna Angkot tu ke mana sahaja di Lembang ni.

Lembang ni banyak tempat menarik sebenarnya, kalau hendak bermalam di Lembang lebih baik dari berulang alik ke Bandung tetapi memandangkan saya hanya ada satu malam sahaja di Bandung, tak dapatlah nak terjah semua tempat yang ada di Lembang ni. Yang sempat kami singgah ialah di Terminal Wisata Grafika Cikole. Tempatnya memang sangat menarik untuk keluarga, untuk bergambar memang cantik sangat tempat ni, cuma masa kami sampai dah tengahari. Kami ke Terminal Wisata Grafika Cikole (gambar saya sedang duduk atas batang balak) ni sebaik sahaja turun dari Tangkuban Parahu. (Ada port menarik kena tunggu giliran untuk bergambar sebab ramai orang)

Lokasinya terletak sebelah kiri jalan on the way ke simpang mendaki bukit Tangkuban Parahu. Di Tangkuban Perahu, saya tak sempat nak lama-lama, salah satu sebab angin kuat dan hujan turun, so nak berjalan dan ambil gambar kurang selesa, dan tambahan lagi ada saja penjual cenderamata yang mengekori kami rapat-rapat ke mana sahaja kaki melangkah, rasa rimas sangat. Bayangkan, belum turun dari Angkot, mereka dah nak menjual barang, belum sempat nak melihat kawah gunung berapi tangkuban Perahu, mereka dah sibuk nak promote cenderamata julan mereka, memang rimas sangat-sangat.

So, kami ambil gambar serba sedikit untuk kenangan di Tangkuban Parahu ni dan start turun balik dan saya beritahu Supir Angkot kami untuk singgah di Terminal Grafika Cikole, hampir 2 jam jugak kami di sana. Tak boleh nak lama-lama sebab saya bercadang hendak pulang ke Bandung sebelum lewat petang, saya ingin ke Pasar baru Trade Center Bandung untuk beli buah tangan untuk keluarga. Kena cepat sampai sebab kalau tak silap, dalam jam 5PM Pasar ni tutup, esoknya awal pagi kami dah hendak berlepas ke Yogyakarta, so memang kena rushing balik ke Bandung.

Bagi saya secara peribadi, yang best bukannya Tangkuban Parahu ataupun Lembang Cikole, yang paling best dan paling saya enjoy ialah perjalanan untuk ke Lembang, masih terngiang-ngiang lagi kata-kata penumpang Angkot, “Kiri Pak,” “Kiri Pak.” Itu tandanya dia hendak turun, takde nak tekan-tekan lonceng. Lagi satu masa balik dari Lembang ke Bandung kami dihiburkan oleh Pengamen Jalanan yang tiba-tiba menumpang Angkotan kami dan bermain gitar, terpulang kami untuk beri berapa sahaja secara ikhlas, dan ada antara mereka punya suara yang cukup merdu. Itu pengalaman pertama saya bertemu dengan Pengamen Jalanan di Indonesia.

*Tak sempat nak sembang pasal Pak Yanto tu, insyaAllah ada masa saya sambung…

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*