Family,  Life

Tentang Buku | Adakalanya Kita Yang Mencari Buku, Dan Adakalanya, Buku Itu Yang Mencari Kita!

The PhotographerThe Photographer

© 2015 Wazari Wazir | My New Book | Capture The Moment and Menjejak Cinta Di Bumi Tuhan

“Sometimes we don’t pick the books we read…they pick us.”

– Rubin “Hurricane” Carter –

Mungkin ada betulnya kata-kata tersebut, ada kalanya buku yang mencari atau memilih kita,  namun itu bukan bermakna buku tersebut berlari-lari atau memanggil-manggil kita di dalam kedai buku, tetapi tanpa suara kekadang seolah-olah ada daya tarikan pada buku-buku tertantentu yang memanggil-manggil kita untuk membelek-beleknya lantas mumgkin terus membelinya.

Mulanya saya nak letak tajuk post ini “Membaca Jambatan Ilmu” tetapi ketara sangat “cliche-nya” jadi saya cuba pilih tajuk lain yang lebih sesuai, saya memang minat membaca buku sejak di zaman sekolah rendah lagi, cuma bukan membaca buku-buku pelajaran tetapi buku-buku cerita (Kalau rajin baca buku akademik dah tentu tak pegang kamera tetapi seorang Professor mungkin) terutamanya kisah pengembaraan dan penyiasatan. Masa tu hanya mampu meminjam di perpustakaan sekolah sahaja, tak cukup kemampuan lagi untuk membeli buku, kalaupun ke kedai buku, hanya buku-buku rujukan sahaja yang dibeli kerana sumber kewangan yang amat terhad.

Buku “Menjejak Cinta Di Bumi Tuhan” hasil tulisan Wardah Abdullah tersebut memilih saya. Saya tidak mencari buku tersebut tetapi sewaktu membelek-belek buku-buku di kedai buku MPH Nu Sentral, saya terpandang buku tersebut lantas tertarik dengan tajuknya serta tertarik tentang “kisah kembara” yang terdapat dalam buku tersebut. Tanpa fikir panjang terus beli, lagipun harganya bukanlah mahal sangat.

Ada buku yang saya pilih, buku yang saya pilih sendiri ini biasanya saya google dahulu tajuk yang sesuai, dan kemudian browse di Amazon dan lihat komen-komen pembaca tentang isi kandungan buku tersebut, kalau rating tinggi, banyak dapat five star dan ramai orang berblogging di sana sini, maka perkara tersebut akan buat saya cenderung untuk membeli buku tersebut, biasanya saya juga akan melihat blog si penulis juga untuk melihat seni ataupun cara penulisan mereka, kalau saya tertarik dengan gaya tulisan si penulis maka, itu sudah cukup untuk saya membeli buku-buku tulisan mereka.

Berbeza dengan buku “Menjejak Cinta Di Bumi Tuhan”, saya tidak pernah pun dengar nama Wardah Abdullah, Legacy Publishing tersebut pun adalah sebuah syarikat penerbitan yang masih baharu. Saya belum pernah lagi membaca hasil-hasil tulisan Wardah Abdullah di internet ataupun media cetak yang lain, apalagi untuk membayangkan raut wajahnya, yang pasti saya tertarik dengan bukunya.

Berbeza pula dengan buku “Menjejak Cinta Di Bumi Tuhan” buku “Capture The Moment” hasil tulisan Sarah Wilkerson CEO Clickin Moms itu adalah sebuah buku yang memang saya tungu-tunggu, yang memang saya cari. Sudah agak lama saya mengikuti perkembangan blog Clickin Moms, banyak tips tips menarik tentang fotografi ada di sana terutamanya cara merakam gambar-gambar family, bayi serta anak-anak kecil. Gambar-gambar dalam buku tersebut adalah hasil sumbangan daripada berpuluh-puluh jurufoto wanita yang menyumbang karya serta artikel mereka dan disiarkan di blog Clickin Moms

Saya bukan hendak promote mana-mana buku, cuma sesaja nak share tentang buku pula, saya tak dapat sesen pun komisen sekiranya anda terpengaruh untuk membeli buku-buku yang saya paparkan  di sini.

Saya agak mudah terpengaruh dengan buku dan kebanyakan buku-buku yang saya beli adalah kesinambungan daripada buku-buku yang pernah saya beli terdahulu, biasanya dalam buku-buku tersebut ada juga disebutkan buku-buku lain yang menjadi rujukan si penulis, maka saya pun browse di Amazon dan kalau berkenan di hati saya beli.

Buku-buku pilihan saya sekarang ini kebanyakannya lebih emnjurus kepada buku-buku Travelogue, buku-buku kisah kembara tetapi agak sukar untuk mencari buku-buku kembara yang sedap dibaca seperti hasil tulisan  Bill Bryson. Setiap orang ada penulis kegemaran masing-masing dan saya memang tertarik dengan gaya penulisan Bill Bryson. Antara tulisan penulis yang saya minat ialah Torre DeRoche “Love with a Chance of Drowning.” Mulanya saya minat mengikuti kembara beliau melaui blognya, cukup minat dengan gaya tulisannya yang cukup santai, so bila buku tersebut berada di pasaran, tanpa berlengah saya beli. 

Walupun jumlah “Customer Review” tentang buku “Love with a Chance of Drowning” cuma beberapa ratus orang sahaja (Tidak Sampai 200 Orang pun ketika artikel ini ditulis) berbanding ribuan review tentang buku-buku Harry Porter, sebagai contoh, namun hasil tulisan serta pengembaraan Torre menarik minat saya, ianya antara buku paling menarik pernah saya baca.

Bagi saya buku-buku yang saya baca bukan setakat menghubungkan saya dengan ilmu, bukan sekadar jambatan ilmu, buku juga merupakan jambatan bagi saya untuk menghubungkan saya dengan dunia luar. Namun saya tidak mahu menjadi “Armchair Traveler,” saya ingin menjadikan jabatan tersebut untuk melihat dunia luar dengan mata kepala sendiri kerana melalui pembacaan kita hanya disogokkan dengan apa yang ingin dikongsikan oleh sipenulis.

Sama juga dengan fotografi, sekiranya kita melihat gambar-gambar kembara, kita hanya akan lihat dari gambar-gambar yang dirakam oleh jurufoto tersebut, bukan semuanya dirakam dan dikongsikan. Kecenderungan untuk Photographer berkongsi gambar-gambar yang cantik-cantik lebih banyak berbanding sebaliknya, kita tidak akan pernah tahu apa yang ada di luar Taj Mahal sekiranya kita tidak pernah menjejakkan kaki ke Agra India. Kita juga tidak akan pernah tahu betapa sejuknya Siberia sekiranya kita hanya sekadar membaca buku-buku tentangnya atau hanya menonton tentang Siberia di Youtube sahaja.

Bercakap tentang destinasi kembara pula, sama juga macam buku, adakalanya saya yang memilih destinasi tersebut dan adakalanya destinasi tersebut yang memilih atau memanggil-manggil saya. Sebab itu kalau ada yang bertanya, “ke mana selepas ini?” Susah saya hendak jawab…

I'm a Photographer and Travel Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.