• Family,  Portrait,  Travel

    Ada Apa Dengan Russia?

    Ada apa dengan Russia? Banyak sebab sebenarnya, malas nak tulis panjang-panjang, trip Trans-Siberian saya tahun lepas bukan pasal ikut-ikut orang, saya memang dah lama berminat untuk mengetahui tentang negara Russia, sebelum wujudnya facebook, Twitter lagi saya dah minat, mungkin terpengaruh dengan filem, walaupun masa kecik-kecik dulu lebih banyak filem Hindustan berbanding film dari Russia tetapi Russia jadi pilihan, bagi saya negara tu macam agak  misteri, tak banyak yang diketahui walaupun ia adalah sebuah negara paling besar di dunia. Dipendekkan cerita, semasa HaiQal kecil saya cuba mencari topi yang sering dikaitkan dengan Russia, masa tu saya tak tahu apa nama topi tu tai dalam kebanyakan film yang melibatkan negara Russia atau…