• Adventure,  Travel

    Kembara Trans-Siberian Railway | Checklist Barang-Barang Keperluan Semasa Di Dalam Keretapi

    Sebelum saya tulis selanjutnya saya hendak beritahu di sini bahawa tiada train bernama  Trans-Siberian, TRANS-SIBERIAN bukanlah nama sebuah kereta api, namun begitu ada kereta api khas untuk para pelancong, saya sebut untuk pelancong tidak bermakna penduduk tempatan Russia tidak boleh guna, tetapi kereta api ini khas untuk bersiar-siar sebab perlu ambil secara pakej, harganya juga tersangat mahal. Kereta api tersebut ialah Golden Eagle Trans-Siberian Express. Jika kita pilih kereta api mewah ni, tak perlu nak fikir soal makan dan minum, ianya ibarat menaiki sebuah hotel mewah yang bergerak. Trans-Siberian Railway itu bermaksud jaringan ataupun perjalanan keretapi merentasi Siberia, walaupun kita tidak menaiki keretapi hingga ke Beijing dari Moscow atau hingga…