• Adventure,  Travel

    Tips Membeli Kamera | Antara Keperluan Dan Kehendak

    Satu ketika dahulu saya sering dihujani pelbagai pertanyaan tentang jenis kamera apa yang sesuai untuk dibeli, terutamanya daripada adik-adik yang baru-baru ingin menceburkan diri dalam bidang photography ataupun daripada individu-individu tertentu yang mula menaruh minat terhadap bidang photography. Mereka ingin tahu kamera apakah yang terbaik di pasaran sesuai dengan bajet mereka. Seringkali juga soalan tersebut saya jawab dengan soalan juga, antara lain saya ingin tahu apakah kecenderungan mereka, untuk apa kamera tersebut, apakah untuk kegunaan sendiri, merakam gambar ahli keluarga semasa bercuti ataupun ingin menjadikan photography sebagai salah satu daripada sumber pendapatan  tambahan. Kadang-kadang sebagai orang baru kita mungkin termakan dengan umpan syarikat pengeluar kamera yang mengiklankan kamera mereka, kita…