• Adventure,  Travel

    Panduan Untuk Pelancong | Tips Memilih Beg Yang Sesuai

    © 2012 Wazari Wazir | Backpackers at Pahar Ganj, Main Bazaar | New Delhi | India Mengapa “Pelancong”, mengapa tidak “Pengembara”? Antara perkara yang agak sukar bagi saya sebelum menulis blog ialah memilih tajuk yang sesuai dengan intipati artikel yang akan saya tulis. Saya memilih untuk menggunakan perkataan pelancong kerana tertarik dengan tulisan Agustinus Wibowo dalam bukunya berjajuk Titik Nol, sebenarnya kita semua adalah “pelancong”, mungkin ada yang akan mempertikaikan tentang ini tetapi baca dulu apa yang nak saya kongsikan. Memang ada benarnya apa yang Agustinus tu tulis, bagi saya dia menulis dengan nada bersahaja, mungkin sedikit sinis, sebabnya mudah, ke mana sahaja kita pergi terutamanya ke negara yang memerlukan…