• Adventure,  Travel

    Jalan – Jalan Ke Bali | Membeli Belah Di Pasar Seni Sukawati

      ©  2014 Wazari Wazir | Shopping at Sukawati Art Market |  Desa Sukawati Kabupaten Gianyar | Bali Indonesia Memang tak lengkap rasanya kalau kita ke mana-mana tempat pelancongan kalau tidak melibatkan acara shopping, cuma perjalanan kami ke Pasar Seni Sukawati ni tidaklah dirancang. Pada waktu kami ke Pasar Seni Sukawati ni ialah hari “Rest Day” kami dari mengunjungi tempat-temat menarik di Bali ni, sebelum ni bermula dari hari Isnin hingga ke hari Rabu kami bersama supir kami Pak Badung, sibuk ke sana sini, ke Tanah Lot, Kintamani dan Bedugul jadi saya beritahu supir kami yang kami tidak memerlukan khidmat beliau keesokan harinya kerana ingin berjalan kaki sahaja ke pusat bandar…