• Adventure,  Travel

    Merancang Itinerary Atau Rencana Perjalanan Untuk Trip Trans-Siberian Railway

    Sekembalinya saya dari melakukan trip Trans-Siberia, agak banyak juga pertanyaan yang saya terima baik melaui email, dan juga pertanyaan secara santai di Fcebook serta juga yang private message menanyakan pada saya tentang itinerary saya ke Russia. Sebenarnya agak susah untuk menjawab pertanyaan tersebut kerana setiap orang melakukan perjalanan atas tujuan yang berbeza-beza berdasarkan minat ataupun kecenderungan masing-masing. Di sini saya cuma ingin kongsikan secara umum sahaja. MINAT : Faktor pertama yang perlu kita tanya pada diri sendiri dalam merancang perjalanan ialah, kita perlau tahu minat kita, apakah kita lebih cenderung untuk menikmati keindahan alam semulajadi, meminati sejarah lampau sesebuah negara, iaitu trip ke Muzium sudah tentu akan menjadi salah satu agenda penting…