• Art,  Travel

    Buat Buku “Coffee Table” Guna Perisian Adobe Lightroom 4 Dengan Kerjasama Blurb

    Idea untuk buat buku ni sebenarnya telah lama ada tapi tak pernah terlaksana. Semenjak kelahiran anak pertama saya HaiQal lai saya telah bercita-cita untuk mengabadikan gambar-gambar anak saya tersebut ke dalam sebuah buku “Coffee Table” yang agak tebal. Walaupun hasrat tersebut tidak terlaksana, sempat juga saya buat album untuk HaiQal, album macam yang wedding photographer selalu guna tu, itu pun cuma 20 muka surat pasal tebal dan album tu guna photography paper, pasal tu tebal. Selepas buat album tu, saya tak puas hati pasal sikit sangat gambar, maklumlah hanya 20 muka surat, dan dalam tu pulak saya tak letak gambar banyak-banyak, cuma 16 keping sahaja pasal ada gambar yang makan…