• Life,  Photojournalism,  Portrait,  Travel,  Uncategorized

    Megapakah Jurufoto Menggunakan Lensa Telephoto Yang Besar, Berat Dan Panjang?

    Artikel ini saya tujukan kepada adik kakak yang masih lagi dibangku sekolah, yang masih belum mengenali bidang photography ini secara mendalam, terutamanya kepada adik kakak di bangku sekolah menengah yang kemungkinan terlihat subjek ataupun topik tentang kerjaya jurufoto dalam buku teks mereka, dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 (KSSM) Secara tepatnya. Kepada Abang Kakak yang dah berstatus otai dalam bidang fotografi ni, abaikan saja artikel ini, jangan buang masa berharga anda, lebih baik melepak di kedai kopi sambil layan facebook atau whatsapp. Untuk tidak membuang masa lagi, mari kita teruskan dengan pembelajaran. Pernahkah adik-adik terlihat jurufoto membawa lensa yang besar gedabak, panjang dan kelihatan macam berat sangat sampai terpaksa…

  • Family,  Life

    Selamat Ulang Tahun Buat Raphael

    © 2016 Wazari Wazir | Happy Birthday Raphael Masa cukup pantas berlalu, kini Raphael telah genap usia 5 tahun pada 7 Jun ini, Syukur Alhamdulillah. Kami memang tidak pernah buat majlis sambutan Hari Jadi untuk mana-mana anak-anak kami, hanya disambut bersama keluarga sahaja. Beli kek, potong kek, tiup lilin tak lebih sebagai kenangan terutamanya dalam bentuk photography. Seperti kebiasaan, sebelum memotong kek, kami akan tutup lampu dahulu dan rakam gambar hanya dengan diterangi cahaya lilin sahaja, baru nampak dramatik sikit berbanding dengan suasana yang terang benderang, lepas ambil gambar, pasang lampu, potong kek dan makan seadanya. Gambar dirakam secara self-timer, kamera diletakkan di atas tripod. Beli kek pun separuh, bukan pasal…

  • Life,  Photojournalism

    Suka Duka Menjadi Seorang Photojournalist

    Pete Souza, namanya tidak asing lagi dikalangan Photojournalist baik di Malaysia mahupun di dunia, masakan tidak beliau ialah Ketua Jurufoto White House, di Amerika Syarikat, boleh dikatakan jurufoto peribadi kepada President Amerika Syarikat, iaitu yang terkini Barack Obama. Sebelum ini beliau juga pernah berkhidmat sebagai Jurufoto White House kepada President Ronald Reagen. Beliau juga pernah berkidmat secara Freelance untuk National Geographic dan juga Life Magazine serta pernah terlibat merakam peperangan di Afghanistan. Diringkaskan cerita, beliau telah ke serata dunia. Itu yang orang nampak, apa yang orang tak nampak dan mungkin tidak pernah hendak ambil tahu, bagimana dengan keluarganya, Kalau hendak ikutkan kehidupan peribadi Pete Souza agak misteri, kalau tak silap…

  • Photojournalism

    Fikir Dahulu Sebelum Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Photojournalist | Bahagaian IV

    “Bang, ada kerja kosong bang?” Masih teringat lagi pertanyaan seorang pemuda yang sedang melepak bersama kawan-kawannya di salah sebuah kedai tidak jauh dari perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Negeri Sembilan, sewaktu itu saya dan juga beberapa orang rakan sekerja baru sahaja selesai merakam acara sukan padang semasa kejohanan SUKMA 2004 yang mana Negeri Sembilan adalan tuan rumah pada waktu itu. Mungkin pemuda tersebut tertarik dengan kami yang menggalas kamera yang besar-besar dan juga lensa-lensa yang gedabak sizenya, mungkin dia hanya berseloroh, mungkin juga dia serius, saya hanya melambaikan tangan dan senyum sambil meneruskan perjalanan ke hotel. Sepuluh tahun yang lalu, saya masih muda dan bertenaga, waktu itu dengan selamba saya boleh…

  • Life,  Photojournalism

    Fikir Dahulu Sebelum Bercita-Cita Untuk Menjadi Seorang Photojournalist | Bahagaian II

    “There’s a price to pay for being a serious photojournalist. It demands determination and courage. It includes long hours, days or years of being in threatening places for a few published pictures. But the best photojournalists know that there is power in their profession. It is the power to paint a more realistic world, one defined by the eyes which were brave enough to look first.” – Vanessa Smeets – Saya nak sambung balik cerita tentang Photojournalist ni, saya buat entry baru, bukan apa kalau sambung terus pada entry yang terdahulu, berkajang-kajang pulak hendak membacanya. Artikel sebelumnya Di SINI Sebelum ini saya ada sebutkan bahawa Photojournalism atau menjadi seorang Photojournalist ini…