• Art,  Emotion,  Family,  Malaysia,  Melayu,  People,  Photojournalism,  Reportage Photography,  Travel

    Nostalgia | Memori Di Chenderong Balai Perak

    © 2010 Wazari Wazir | Abandon Memory | Chenderong Balai | Perak Sukar untuk saya menulis tentang rumah ini, rumah arwah atuk saya yang telah hampir lebih 15 tahun ditinggalkan kosong sejak arwah Atuk meninggalkan kami semua. Semasa arwah Atuk masih ada, hanya arwah Atuk dan Opah saya berdua sahaja yang tinggal di rumah ini, bila arwar atuk meninggal, anak-anaknya bawa Opah tinggal bersama mereka lagipun kawasan ni sunyi, jarak antara satu rumah dengan rumah ang lain agak jauh, kalau ada apa-apa terjadi susah, dan oleh sebab itu, makcik dan pakcik saya berpakat untuk gilir-gilir menjaga Opah saya yang masih lagi sihat hingga ke hari ini (semasa blog ini ditulis)…