• Adventure,  Art,  Travel

    Bolehkah Anda Mendaki Gunung Kinabalu?

    © 2013 Wazari Wazir | Mount Kinabalu Climber On Its Way to Laban Rata Saya tak boleh nak jawab sebenarnya pertanyaan tu tetapi itu adalah pertanyaan yang saya dapat melaui email. Ada seorang sahabat bertanya, saya tiada pengalaman mendaki gunung, boleh ke saya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu? Sebelum tu terdapat syarat ataupun panduan yang ditetapkan oleh pihak yang menguruskan Kinabalu Park iaitu Sutera Harbour. Antara lain ialah, “it is recommended” atau disyorkan bahawa semua pendaki perlu mandapatkan pemeriksaan perubatan sebelum mencuba apa-apa aktiviti mendaki gunung. Jika anda mempunyai sejarah menghidap penyakit berikut, elakkan dari mendaki: Tekanan darah tinggi, kencing manis, denyutan, Arthritis, Penyakit jantung, anemia teruk, ulser peptik, sawan…