• Adventure,  Travel

    Foto Kembara | Ini Bario, Bukan Disneyland

    “Apa pasal la Boss aku bagi assignment kat Bario ni, tempat Jin bertendang, kenapalah aku tak dapat assignment di London ke, Paris ke atau Disneyland, kan best” terdengar keluhan seorang wartawan muda sewaktu kami baru nak masuk ke hostel penginapan kami di Bario Sarawak. Tiada penginapan hotel lima bintang, tiga bintang ataupun satu bintang di sini, yang ada hanyalah hostel ataupun homestay sahaja. Mungkin juga ini kali pertama wartawan tersebut tinggal di homestay. Dalam hati, aku berkata, mungkin wartawan tersebut merasakan bahawa beliau di hukum atau didera dengan diberi assignment hujung dunia macam ni, saya pernah berassignmnet di luar negara, dan kebanyakan wartawan yang membuat liputan di luar negara adalahterdiri…