• Family

    Kehidupan Bukan Sebuah Perlumbaan | Teater Kanak-Kanak Lumba Lagi

    © 2015 Wazari Wazir | Pementasan Teater Kanak-Kanak Lumba Lagi | Dewan Bahasa Dan Pustaka Kehidupan berkeluarga ini tidak boleh disamakan dengan orang bujang, walaupun masing-masing memiliki 24 jam dalam sehari tetapi perlu diagih-agihkan sama rata, kalau tak dapat sama rata pun, perlu adakan masa untuk diri sendiri, keluarga terutamanya buat anak-anak, saudara mara serta kawan-kawan. Baru-baru ini saya sempat luangkan masa mengikuti pementasan Teater Kanak-Kanak bertajuk “Lumba Lagi” anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas, Gombak, UNITAR dan juga Kelab Seri Kenchana-Mesca. Terus terang saya katakan, saya ini bukan minat sangat teater kerana bagi saya hanya golongan bangsawan sahaja yang minat teater ini, so sangkaan…