• Adventure,  Travel

    Kembara | Jadikan Impian Satu Kenyataan

    Sisipan akhbar ekstra! KOSMO Ahad, April 2005 masih elok tersimpan dalam file kembara saya. Hampir sembilan tahun saya menyimpan impian, akhirnya Alhamdulillah Disember 2014 yang lalu, setahun yang lalu impian tersebut berjaya saya lakukan. Sejak zaman persekolahan lagi saya gemar menyimpan keratan-keratan akhbar tentang destinasi-destinasi menarik, biasanya saya simpan dalam file yang ada  sisipan plastik warna jernih tu. Bila jumpa mana-mana artikel ataupun gabar-gambar menarik tentang sesuatu destinasi yang saya minat, saya akan ambil keratan tersebut dan masukkan dalam file tersebut. Kira berkotak-kotak jugaklah file tu di rumah saya. Masa tu saya tak berapa cukup modal hendak beli buku panduan pengembaraan seperti Lonely Planet ataupun buku-buku lain, maklumlah masih sekolah,…