• Family,  Life,  Uncategorized

    Wisata Hujung Minggu | Jalan-Jalan Di Sungai Besi

    © 2015 Wazari Wazir | Hujung Minggu Di Pekan Sungai Besi | Taken With Fujifilm X100T Hujung minggu ni kami tidak ke KLCC tetapi ke Sungai Besi, skip jogging hari ini. Kira pergi pasar beli barang-brang keperluan dapur, anak-anak saya ni kalau ikutkan belum lagi masanya untuk bangun tidur. Gerak dorang bawak pi sini. Nak cepat punya pasal selipar Raphael pun tertinggal. Sambil ibunya pergi pergi membeli barang-barang keperluan dapur, saya jaga mereka sekejap, sambil-sambil tu ambil gambar, kamera Fujifilm X100T yang kecil memang selalu ada dalam beg saya, dan boleh dikatakan ke mana sahaja saya rakam gambar mereka cuma tak share di sini sahaja pasal banyak sangat gambar, tak…

  • Adventure,  Art,  Travel

    Why I Chose Fujifilm X100T Mirrorless Camera With Fixed Focal Length Lens For My Travel Photography

    Why I Chose Fujifilm X100T  Mirrorless Camera With Fixed Focal Length Lens For My Travel Photography, It’s quite a long title for a blog post, don’t you think so? Anyway, time and time again I get asked a questions regarding a camera choice and I’ve written quite a lot about it, maybe some of you just don’t get it, or simply don’t understand or just don’t want to understand or simply plain ignorance because you have a million dollar in your bank account. Okay, I just want to make it quick here. I want to talk just a little bit about mirrorless camera. There are basically two types of mirrorless camera, one…

  • Family,  Life

    Kenangan Manis Zaman Kanak-Kanak | Majlis Berkhatan Di Masjid Negara

    Tarikh 21 November 2015 mungkin merupakan tarikh yang akan kami kenang seumur hidup di mana pada hari itu anak-anak saya iaitu Raphael dan haiQal di sunatkan atau dikhitankan. tarikh itu juga sebenarnya merupakan tarikh pembukaan rasmi Persidangan ASEAN Kali Ke-27 di KLCC. Saya memohin kebenaran dari Boos saya untuk escape sekejap bagi menemani anak-anak saya di majlis ini, hampir dua bulan saya dah masukkan nama anak-anak saya untuk majlis ini dan merupakan antara yang paling awal mendaftar. Seawal jam 7 AM pagi kami dah keluar rumah, untuk mengelakkan jalan jem akibat ditutup sempena Persidangan ASEAN tersebut, Syukur Alhamdulillah setengah jam kemudian kami tiba di Masjid Negara, ibu bapa sudah mula…

  • Adventure,  Travel

    Kamera Apakah Yang Sesuai Untuk Dibawa Mengembara Keliling Dunia? | Mari Saya Bantu Anda Buat Pilihan

    © 2014 Wazari Wazir | (Top) Daily Life in Irkutsk Siberia | (Bottom) My Compartment Friend From North Korea Macam poyo pulak tajuk blog post saya kali ini kan? Kalau biasa-bisa macam formal sangat lah pulak, mulanya saya nak letak tajuk, Tips Memilih Kamera Yang Sesuai Untuk Kembara, rasa macam artikel dalam suratkhabar la pulak. Saya sebenarnya selalu sangat dapat soalan macam tu, tanya saya kamera apa yang sesuai untuk dibawa kembara. Kebiasaannya saya akan tanya balik, untuk apa? Soalan tersebut terlalu umum untuk saya jawab, kalau saya jawab secara umum, mungkin ramai tak puas hati, saya boleh jawab, guna sahaja kamera yang telah sedia ada di smartphone masing-masing, memandangkan…

  • Adventure,  Travel

    Tips Membeli Kamera | Antara Keperluan Dan Kehendak

    Satu ketika dahulu saya sering dihujani pelbagai pertanyaan tentang jenis kamera apa yang sesuai untuk dibeli, terutamanya daripada adik-adik yang baru-baru ingin menceburkan diri dalam bidang photography ataupun daripada individu-individu tertentu yang mula menaruh minat terhadap bidang photography. Mereka ingin tahu kamera apakah yang terbaik di pasaran sesuai dengan bajet mereka. Seringkali juga soalan tersebut saya jawab dengan soalan juga, antara lain saya ingin tahu apakah kecenderungan mereka, untuk apa kamera tersebut, apakah untuk kegunaan sendiri, merakam gambar ahli keluarga semasa bercuti ataupun ingin menjadikan photography sebagai salah satu daripada sumber pendapatan  tambahan. Kadang-kadang sebagai orang baru kita mungkin termakan dengan umpan syarikat pengeluar kamera yang mengiklankan kamera mereka, kita…