• Art,  Travel

    Photobook | Tips Untuk Buat Photo Book Koleksi Peribadi

    Zaman sekarang ni boleh dikatakan ramai orang ada kamera terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar, kalaupun bukan memiliki kamera DSLR ataupun kamera kompak yang kecil, paling tidak pun kamera dari telefon pintar mereka yang sekarang ini hasil kualitinya dah cukup baik berbanding telefon pintar sepuluh tahun dahulu. Ramai yang suka kongsikan gambar-gambar tersebut di laman sosial seperti di Twitter, Facebook, Flickr, Instagram dan banyak lagi laman sesawang yang mana kita boleh kongsikan gambar-gambar kita. Ada sesetengah gambar tersebut hanyalah sebagai pemberitahuan, contoh kita ambil gambar hidangan di atas meja kita, sedang menikmati nasi lemak, atau minum teh tarik sebagi contoh dan kita upload ke laman Instagram ataupun di Facebook, gambar-gambar…