• Adventure,  Family,  Travel

    Jalan-Jalan di Bukit Jugra | Kuala Langat

    © 2016 Wazari Wazir | Bukit Jugra | Road Trip Sempena cuti Hari Wilayah ni, tak tahu nak ke mana, kami sekeluarga pun jalan-jalan Bukit Jugra, selama ni tak pernah sampai pun, hanya pernah dengar nama dan tengok gambar sahaja. Bukit Jugra ni kalau nak diikutkan besar sejarahnya untuk rakyat  Selangor, semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad, yang memerintah dari tahun 1859-1898, Bukit Jugra pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Selain daripada itu, Bukit Jugra juga terkenal dengan rumah apinya dan sejak kebelakangan ini Bukit Jugra ini cukup popular dengan peminat sukan paragliding. Cuma semasa kami ke sini, tak nampak pun kelibat paragliding kat sini, kami bercuti tetapi warga Selangor bekerja, so tak…

  • Life,  Portrait,  Travel,  Uncategorized

    Kehidupan Ini Adalah Sebuah Pengembaraan | Kuala Langat

    © 2016 Wazari Wazir | My Family at Kuala Langat Kehidupan ini sememangnya adalah sebuah pengembaraan, sama ada kita memilih untuk kekal hidup hingga akhir hayat di tanah kelahiran kita, ataupun keluar jauh meninggalkan keluarga yang membesarkan kita untuk hidup sendiri. Saya dibesarkan di Sungai Besi, mengenal A,B,C dan Alif, Ba, Ta di sana. Satu ketika dahulu Sungai Besi tu boleh dikatakan Kampung juga pasal agak jauh dari Kuala Lumpur, di kawasan saya tinggal banyak rumah-rumah kampung yang berdindingakan papan lapis dan beratap zinc. Kini kampung tersebut telah membangun, dah ada ERL, LRT, Komuter dan telah didirikan Stesen bas yang hampir menyerupai terminal lapangan kapal terbang iaitu Terminal Bersepadu Selatan…

  • Life

    Back To School

    © 2015 Wazari Wazir | Inside The Classroom “It is The Supreme Art of The Teacher to Awaken Joy in Creative Expression and Knowledge.” – Albert Einstein – Quite busy these past few days, my eldest son,  HaiQal start his new year in a new school and my little Raphael and Arianna has starting going to kindergarten.  As usual I bring along my camera but did not  take much photographs, just wanted to delve into the moment more than busy clicking shutter here and there. Kids nowadays are very lucky especially in urban areas where their parents manage to capture their first day in school in photographs, it doesn’t matter whether by camera phone or…

  • Adventure,  Travel

    Kembara | Jadikan Impian Satu Kenyataan

    Sisipan akhbar ekstra! KOSMO Ahad, April 2005 masih elok tersimpan dalam file kembara saya. Hampir sembilan tahun saya menyimpan impian, akhirnya Alhamdulillah Disember 2014 yang lalu, setahun yang lalu impian tersebut berjaya saya lakukan. Sejak zaman persekolahan lagi saya gemar menyimpan keratan-keratan akhbar tentang destinasi-destinasi menarik, biasanya saya simpan dalam file yang ada  sisipan plastik warna jernih tu. Bila jumpa mana-mana artikel ataupun gabar-gambar menarik tentang sesuatu destinasi yang saya minat, saya akan ambil keratan tersebut dan masukkan dalam file tersebut. Kira berkotak-kotak jugaklah file tu di rumah saya. Masa tu saya tak berapa cukup modal hendak beli buku panduan pengembaraan seperti Lonely Planet ataupun buku-buku lain, maklumlah masih sekolah,…

  • Life,  Travel

    Dengan Buku Aku Mengembara

    © 2015 Wazari Wazir | Jualan Buku-Buku Indonesia di Rumah Titi | Titiwangsa “Seseorang Itu Akan Mengikuti Agama Temannya. Maka Hendaklah Masing-masing Kamu Memperhatikan Dengan Siapa ia Berteman.” (HR. Tirmidzi) Aku memang hantu buku, sejak zaman sekolah lagi memang minat membaca, tapi bukan membaca buku-buku akademik, kalau dari dulu lagi aku minat baca buku-buku ilmiah ni, rasanya sekarang ni aku bukanlah orang yang dibelakang kamera tetapi mungkin orang yang jadi buruan lensa kamera, kalaupun bukan buruan lensa kamera, paling tidak pun antara orang-orang berjaya yang seringkali menjadi subjek sang photographer, mungkin aku yang tersilap memilih buku untuk dibaca hingga menjadi sang photographer. Anyway baru-baru ni dapat mesej facebook daripada sahabat saya…